Uncategorized

Baru je PM umum pengeluaran Rm10K, ini yg berlaku kepada laman web KWSP buat pencarum pening

PENGUMUMAN Perdana Menteri berhubung pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 dianggap seperti khabar gembira buat rakyat negara ini.

Selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman itu pada pukul 1.30 petang, Rabu, rata-rata netizen tampil meluahkan kelegaan dan rasa gembira di media sosial.

Semakan mStar sekitar jam 2 petang Rabu mendapati laman web KWSP mengalami kesukaran untuk untuk diakses secara normal oleh para pencarum.

Malah, ramai yang turut mengalami kesukaran untuk mendaftar masuk (log in) bagi membuat semakan akaun masing-masing.

Selain laman web rasmi KWSP, aplikasi KWSP i-Akaun juga gagal diakses oleh pengguna.

Gangguan teknikal itu dipercayai berlaku kerana trafik sesak dalam laman web dan aplikasi tersebut.

PM membuat pengumuman pengeluaran khas KWSP hari ini.

Difahamkan, ramai pencarum cuba mengakses akaun masing-masing selepas pengumuman rasmi PM sebentar tadi.

“Aplikasi KWSP dah mula loading, masing-masing tengah tengok balance ke tu?

“Saya tak boleh bayangkan jumlah trafik online KWSP sekarang. Sistem tergendala dalam setengah jam selepas pengumuman.

Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat.
DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
PERDANA MENTERI

“Down terus website KWSP ni,” tulis beberapa netizen.

Selain komen mengenai kesukaran akses laman web dan aplikasi KWSP, ramai yang turut meluahkan pendpat masing-masing mengenai pengumuman itu.

“Alhamdulillah. Jangan risau. Nanti kami kerja, kami carumlah balik,” tulis seorang netizen di ruangan komen Instagram mStar.

Selain itu, ada netizen turut menyatakan hasrat membuat pengeluaran itu demi menyambut kedatangan bulan suci Ramadan tidak lama lagi.

Ada netizen mahu menggunakan wang RM10,000 itu untuk kos baik pulih kediaman selepas bencana banjir baru-baru ini.

Malah, ada netizen berkata mereka mahu membuat pengeluaran demi membayar hutang, membaiki kediaman serta kereta yang rosak ketika bencana banjir baru-baru ini.

Terdahulu, Ismail turut memberi nasihat agar pencarum berfikir masak-masak sebelum membuat pengeluaran tersebut.

“Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Ada yang meluahkan hasrat memanfaatkan wang RM10,000 itu untuk menyambut kedatangan Ramadan.

“Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan,” ujar Ismail dalam sidang medianya.

Butiran mengenai pengeluaran khas simpanan persaraan sehingga RM10,000 akan diperincikan KWSP dalam masa terdekat

Pengeluaran Khas RM10,000: KWSP akan umum langkah perlu bagi menangani isu dana persaraan ahli KWSP yang telah berkurangan

— @tzafrul_aziz

Untuk rekod, kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.