Hiburan

“Dia Power! Berjaya Mahramkan Musa” Mizz Nina Kuat Semangat Nak Susukan Anak, Kaunselor Laktasi Kongsi Satu Cerita

Tidak hamil bukan bermakna tidak dapat menyusukan anak. Kisah pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh yang tular selepas mendedahkan mengambil anak angkat selepas 11 tahun berkahwin banyak memberi inspirasi kepada pasangan yang sekian lama menantikan zuriat.

Walaupun bukan darah daging sendiri namun demi menjadikan anak angkatnya, Musa sebagai mahramnya, wanita yang sentiasa cekal dan cukup aktif dalam misi kemanusiaannya ini tekad untuk menjalani proses bagi menyusukan Musa.

Hal ini dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Nurdiana Mohd Rasid di facebooknya, Owh Dydiana yang menjadi menjadi pembimbing sepanjang perjalanan Mizz Nina menyusukan Musa.

Kongsinya lagi, Mizz Nina yang kini bergelar ibu adalah seorang ibu yang amat cekal malah tekad untuk menyusukan bayinya walaupun mempunyai jadual yang cukup padat.

“Alhamdulillah. Since Kak Nina sendiri dah revealed baru Kakdy berani nak cerita.

“Ceritanya memang indah dan kelam kabut macam nak tercabut lari je masa dia dihubungi oleh beliau.

“Kami dijodohkan oleh founder Sentuh.my, Puan Nadia (confinement care yang support breastfeeding. Mommies go and hire them!! (ni lg sorg..sweet and soft spoken juga).

“Nervous tu jangan cakap sebab knowing her yang mmg super positive buatkan Kakdy mcm boleh ke ni? Boleh ke?

“Discussion kami sekejap-sekejap tapi keep on going. Daripada check up,On Meds and pumping.

“Masa mula-mula banyak juga cabaran sebab Kak Nina super busy orgnya. Dalam kepada Kakdy, boleh ke ni?..again and again and again. Cuak tu lebih.

“Tiap kali nampa WA Kak Nina masuk je mesti dah cuak…ha kenapa pulak kali ni? Buat yet alhamdulillah everything ok. Berjalan lancar,” tulisnya berkongsi.

Namun kata kaunselor laktasi yang petah berkata-kata ini lagi, apa yang membuatkannya terus mengagumi wanita selembut Mizz Nina adalah semangatnya yang cukup kuat dan tidak mudah berputus asa.

Sebolehnya, dia mahu menyusukan Musa dengan baik dan lancar.

“Simpan semua kenangan buat kami berdua saja. Kakdy taknak cerita. Tapi apa Kakdy nak share Kak Nina ni bukan seorang yang cepat patah semangat.

“Induce lactation bukan mudah tau. Dia punya busy tu mmg memula buat Kakdy rasa RISAU ya amat!

“Finally dapat baby tu dia susu dah banyak! Syukur masyallah.

“Apa yang boleh Kakdy share sikit je. Kak Nina ni masyaallah lembut betul orangnya. Lembut sangat-sangat!

“Penuh dengan ucapan yang indah islamic je tau. Dari kita kalut jadi tenang hahaha. Tapi Kakdy tetap jua kena jaga disiplin dia dalam menjayakan Induce Lactation ni. Sorry Kak Nina if i garang.

“Btw tahniah again Kak Nina and husband. Alhamdulillah dah 3 bulan masih bersusu lagi.

“Trust me dia dah macam Perdana Menteri punya busy tapi berjaya mahramkan baby Musa! Dia power!

Bukan hanya dapat menyusukan Musa di awalnya bahkan sehingga kini ibu yang sentiasa menjadi inspirasi ini terus menyusukan bayinya hingga kini.

“Jadi for those yang tertanya-tanya comment kt socmed “betul ke dia dah mahramkan anak angkat dia tu? Betul ke ada susu?, Ye Kakdy yang guide Kak Nina and baby Musa is her Mahram.

“Jangan ingat orang yang tak pernah mengandung dan melahirkan tak boleh hasilkan susu. BOLEH!

“Cantik secantiknya ciptaan Allah Swt. Sama ada kita nak bersyukur dengan nikmat Dia bagi atau sebaliknya. Sesuatu tak datang dengan mudah. Sebaliknya kita perlu berusaha. Menyusu dengan ilmu. Insyallah.

“Tahniah again Kak Nina, husband and baby Musa! Nothing is impossible.

Salam sayang.

Bertahun-tahun usaha dapat zuriat, Mizz Nina dan Noh Salleh akhirnya ambil anak angkat

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan zuriat, pasangan Mizz Nina dan Noh Salleh akhirnya membuat keputusan untuk mengambil anak angkat.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, berkata bayi yang diberi nama Musa itu kini sebahagian daripada hidup mereka sejak tiga bulan lalu.

Dia turut berkongsi perjuangannya mendapatkan zuriat biarpun bukan dari darah daging sendiri.

“Saya boleh katakan bahawa dia adalah mahram saya sekarang Alhamdulillah.

”Perjalanan yang panjang untuk sampai ke sini, melalui operasi iui, ivf, selama bertahun-tahun, Allah menganugerahkan kita bayi ini melalui cara lain, dan itu semua sudah pasti.

Saya boleh katakan bahawa dia adalah mahram saya sekarang Alhamdulillah

“Jika Allah menghendakinya untuk anda, tiada apa yang dapat menghalangnya daripada sampai kepada anda dan hanya Dia yang mengetahui masa yang sesuai untuk segala-galanya jatuh ke tempatnya. Segala ujian dan perjuangan adalah bersebab,” ujarnya.

Tambah Mizz Nina lagi, dia mengambil masa lebih setahun untuk bersedia melakukan usaha ini.

Katanya, perjalanan dalam melakukan kerja amal dan kemanusiaan yang dilakukan selama ini turut membantu dirinya dalam membuat keputusan tersebut.

“Saya masih ingat saya mengambil masa lebih setahun untuk membuka diri dan bersedia untuk usaha ini.

“Perjalanan kemanusiaan kami juga sangat membantu saya dalam membuat keputusan ini, terdapat banyak bayi dan kanak-kanak di luar sana tanpa seorang atau kedua-dua ibu bapa, tanpa cara atau tempat yang boleh mereka hubungi ke rumah dengan keluarga yang menyayangi mereka.

Mizz Nina dan Noh sudah 11 tahun berkahwin.

“Ia membuka hati saya untuk peristiwa yang mengubah hidup ini bukanlah mudah dan saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk meluaskan hati dan memberi ruang di dalamnya untuk saya melepaskan rasa tidak yakin dan percaya kepada-Nya, rancangan-Nya, jalan-Nya.

“Alhamdulillah, dengan baby Musa, hati, jiwa, minda dan badan saya sedia menerimanya.

“Dia adalah anugerah dan ciptaan Allah yang indah, dan merupakan satu keistimewaan bagi kita untuk memilikinya setakat ini” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, perjalanannya sebagai ibu bapa baru saja bermula dan berdoa diberi perlindungan dan dipermudahkan urusannya dalam menjaga bayi itu.

“Menjadi ibu bapa baru adalah satu perjalanan roller coaster yang mengagumkan dan kami menyayangi setiap saat Alhamdulillah.

“Semoga menjadi cahaya bagi ummat, Semoga Allah melindungi keluarga kecil kita di dunia dan akhirat serta mengizinkan kita termasuk orang-orang yang diredai-Nya Aamiin,” tulisnya.

Untuk rekod, Mizz Nina dan Noh berkahwin pada 1 Julai 2011.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.