Uncategorized

Dituduh tak simpati kem4tian Tangmo…Ustaz Kazim tampil beri penjelasan

TINDAKAN penceramah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias menegur sikap segelintir pihak yang berlebihan dalam memberi perhatian mengenai kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida mengundang rasa kurang senang netizen di laman sosial.

Gara-gara teguran itu, Ustaz Kazim berkata dia menerima kecaman hebat netizen sehingga ada yang menuduhnya tiada rasa simpati atas kematian aktres berkenaan.

Tampil menjelaskan maksud ceramahnya itu, Ustaz Kazim, 49, memberitahu dia bersuara mengenai isu ini kerana ada segelintir mereka mempercayai beberapa perkara yang boleh menjerumus ke arah menyekutukan Allah SWT.

“Saya nampak kita dah berlebih-lebihan, itu sebab saya tegur. Memang la kita simpati, memang la kita kasihan dengan apa yang berlaku tapi melampau-lampau sampai jadi penyiasat persendirian, leka dalam kesamaran.

“Kedua saya tegur sebab sampai ada percaya satu bomoh perempuan yang dirasuk roh si mati kononnya. Fasal apa kita nak percaya, benda tu syirik! Itu sebab saya tegur… dah orang hentam saya bertalu-talu dan kata tak ada simpati. Siapa yang tak simpati?

Ustaz Kazim terpaksa tegur dalam ceramah.

“Kita ada simpati, tapi nak doakan keampunan dia tak boleh, dia bukan agama kita. Nak doakan Allah cucuri rahmat ke atas dia pun tak boleh, dia bukan Islam… hanya ucap takziah sajalah kepada keluarga dia,” katanya.

Ustaz Kazim menjelaskan mengenai perkara itu menerusi rakaman pendek siri ceramahnya yang dimuat naik di Instagram pada Khamis.

Kita tuduh orang sana, orang sini… sampai tak masak kerana menangis, itu yang saya tanya yang meninggal ini anak saudara kamu ke menangis teruk sangat?

Sebelum ini, menerusi ceramah berlainan Ustaz Kazim berkata ada banyak lagi perkara lain yang boleh dibincangkan selain kes kematian Tangmo, tambahan pula umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi.

Bagaimanapun teguran itu kurang disenangi dan menjadi perdebatan netizen yang menganggap Ustaz Kazim tidak berperikemanusiaan dan tiada rasa simpati terhadap kes kematian aktres berusia 38 tahun itu.

“Kita tuduh orang sana, orang sini… sampai tak masak kerana menangis, itu yang saya tanya yang meninggal ini anak saudara kamu ke menangis teruk sangat?

Kematian Tangmo jadi perbualan hangat netizen di Malaysia.

“Sampai suami tulis (status) wahai isteriku, ku rindu masakanmu. Fasal tak masak duk bincang kes pembunuhan ini. Kita pun tak tahu cerita sebenar duduk diam sahaja sudah,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Ustaz Kazim berkata ada beberapa nama selebriti tempatan yang tiada kena mengena dengan kes kematian ini turut menjadi perbualan netizen di laman sosial.

Ini selepas timbul beberapa cadangan mahu menerbitkan filem mengenai kematian Tangmo Nida.

Leave a Reply

Your email address will not be published.