Hiburan

Giliran Safiey Illias nak keluar Malaysia. Negara Yg Dia Nak Pergi Tu Sajat Pernah Duduk

Lumpur: Usahawan kontroversi Safiey Ilias bakal berhijrah dan memulakan kehidupan baharu di Bangkok, Thailand.

Spekulasi itu timbul susulan tindakan Safiey Ilias yang menjual semua aset dimiliki membabitkan rumah, isi rumah dan kereta mewah miliknya.

Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias berkata, itu antara perancangan yang sudah diatur selain menyifatkan ia pilihan terakhir untuk kehidupan yang lebih baik.

“Macam dikatakan sebelum ini, saya mahu menjual semua aset adalah untuk memulakan sesuatu yang baharu. Saya ingin bermula semula dari bawah. Tidak kisahlah orang nak kata apa sekalipun.

“Soal dikatakan bakal berhijrah ke Bangkok, bagi saya ini adalah pilihan dan dirasakan terbaik. Kita tidak tahu mungkin rezeki saya di sana pula. Lagi pula tidak salah untuk kita mencuba sesuatu yang baharu,” katanya.

Dalam masa sama, Safiey juga penyanyi lagu Syinta Gila terharu apabila masih mendapat sokongan warganet menerusi komen dan mesej peribadi (DM) di Instagram.

“Terharu sangat. Semoga asbab dahulu Allah bagi peluang sekali lagi untuk saya berniaga dan bangkit semula. Dulu saya tak sedar sangat perkara ini. Tapi bila dalam situasi sekarang, dapat komen macam ini pun rasa tersentuh dan bersyukur sangat.

“Bersyukur dapat bantu orang menjana pendapatan. Terima kasih semua. Segalanya adalah pengalaman. Kita tidak pernah kalah, kita belajar sesuatu,” katanya.

Ikut rekod, Sajat pernah melarikan diri dari Pihak Berkuasa Malaysia terus ke Thailand dan kini menetap di Australia

Safiey Ilias nak jual kereta Mustang RM270,000

Kuala Lumpur: Selepas mengambil keputusan menjual rumahnya yang terletak di Sunway Montana, di sini dengan harga RM2.1 juta, usahawan kontroversi Safiey Ilias mahu menjual kereta mewah Mustang.

Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias berkata, kereta yang dibeli pada 2016 itu dijual dengan harga RM270,000.

“Memang sedih apabila nak jual Mustang saya ini. Tapi tak apa mungkin ini ketentuan buat saya. Terima kasih Allah sudi pinjamkan rezeki memiliki Mustang ini pada saya.

“Saya nak menjual semua aset dan harta yang ada. Saya nak menjadi orang biasa dan sederhana saja. Siapa yang membeli kereta ini, saya akan promosi Facebook dan Instagram dia. Pendek kata, saling membantu. Apa pun harga yang dinyatakan masih boleh dirunding,” katanya.

Safiey juga penyanyi lagu Syinta Gila berkata, duit yang diperoleh daripada menjual semua aset yang ada ingin digunakan untuk memulakan sesuatu yang baru.

“Terlalu banyak kenangan saya bersama semua aset yang ada. Pahit, manis dan jatuh bangun saya ada bersama semua benda ini. Walaupun perit dan sedih, tapi saya terpaksa.

“Kalau boleh tahun ini saya mahu memulakan sesuatu yang baru dan segar dalam hidup. Rezeki yang ada saya nak kongsi bersama,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.