Amalan

“Isteri Mimpi Lihat Seseorang Rupa Pelik di Tepi Kubur” Kisah Zul 2by2 Hampir Tak Jadi Kahwin

” Ada ketika saya rasa tawar hati untuk bernikah dengan Zul…”

Di sebalik khabar gembira perkahwinan pasangan penyanyi Zul (2 by 2) dan Intan Maya pada 22 Februari lalu, siapa sangka rupa-rupanya tersembunyi pelbagai dugaan dan rintangan.

PaIing menakutkan apabila Maya, 39, diuji dengan kesak1tan dipercayai akibat perbuatan guna-guna atau iImu hit4m yang didorong perasaan d.engki.

Luah Maya, dia mengalami se.sak nfas dan beberapa per1stiwa peIik sehingga hatinya berbolak-balik untuk meneruskan hasrat berkahwin dengan Zul atau Zulkefli Majid, 50.

Tawar hati dan mahu batalkan pernikahan

” Saya rasa ses4k nfas, kaki jadi sak1t dan kepala terasa amat berat.

” Sehinggakan ada ketika saya rasa tawar hati untuk bernikah dengan Zul.

” Saya juga ada beritahu kepadanya untuk membatalkan pernikahan. Malah pada hari pernikahan kami, saya rasa seperti mahu member0ntak,” katanya kepada mStar.

Tambah Maya, dugaan berkenaan berlaku kira-kira tiga minggu sebelum majlis pernikahan mereka.

” Mujur ada teman-teman rapat yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk saya lawan perasaan itu.

” Syukur selepas bernikah semuanya hilang dan saya sekarang dalam proses untuk memulihkan diri,” katanya.

Isteri Zul bermimpi pelik

Menjelaskan lebih lanjut tentang pengalaman berkenaan, Maya yang pernah menganggotai kumpulan The Girls berkata, dia juga sering mengalami mimpi pelik tentang seseorang di tepi kubur.

Malah, dia turut mengalami masalah tidur dan hanya boleh terbaring dalam keadaan tegak seperti jnzah.

” Saya pernah bermimpi melihat seseorang yang rupanya agak peIik di tepi kubur.

” Selain itu saya juga susah untuk tidur, tidak boleh mengiring atau dalam posisi lain. Hanya terbaring seperti jnazah dengan tangan di dada. Mungkin dia mahu saya m4ti,” terangnya.

Bimbang keadaan menjadi lebih par4h, Maya berkata dia cuba berubat dan menjalani rawatan perubatan Islam.

Bukan itu sahaja, dia juga kerap bermimpi wajah seseorang selepas menunaikan solat hajat meminta diberikan petunjuk.

” Saya lakukan solat hajat memohon diberi petunjuk siapakah orang yang melakukan perbuatan ini. Beberapa kali saya nampak wajah yang sama.

” Saya maafkan orang itu. Tidak elok menyimpan dendam kerana takut perkara sebegini akan berlaku kepada keluarga saya.

” Sekarang ini ada masa saya rasa jiwa masih kosong. Saya hanya kuatkan semangat dan terus berdoa dijauhkan daripada sebarang unsur sih1r lagi,” ujarnya.

Maya dan Zul selamat bernikah pada 22 Februari lalu. Ini merupakan pernikahan kali kedua buat mereka.

Zul memilih penyanyi, Maya yang juga bekas anggota kumpulan The Girls itu untuk mengisi kekosongan hati selepas bercrai dengan penyanyi Ismaliza Ismail atau Isma AF7 pada 2018.

” Kami sah bergelar suami isteri pada jam 10 pagi di masjid Taming Jaya, Balakong. Tarikh istimewa ini dipilih oleh saya sebagai kenangan buat kami berdua.

” Bukan saja tarikh, malah wang hantaran diberikan kepada isteri juga berjumlah RM22,222,22,” kata Zul dipetik sebagai berkata pada 23 Februari lalu.

Zul mula mengenali Intan Maya secara dekat pada majlis berbuka puasa April, tahun lalu dan mereka kemudian bertunang pada Jun. Sebelum itu, kedua-duanya hanya kenal sebagai rakan artis.

Menerusi perkahwinan mereka yang terdahulu, Zul mempunyai lima anak, manakala Intan Maya pula mempunyai empat cahaya mata.

Info menarik tentang Zul dan kumpulan 2 By 2

1) Kumpulan 2 By 2 merupakan sebuah kumpulan penyanyi padu suara yang pernah aktif di Malaysia. Mereka menyampaikan lagu-lagu Melayu.

2) Kumpulan 2 By 2 pernah popular suatu masa dulu dengan lagu Mawarku yang didendangkan bersama-sama penyanyi tersohor tanahair Dato’ Siti Nurhaliza. Lagu Mawarku pernah mendaki carta teratas di stesen-stesen radio tanahair pada waktu itu.

3) Album pertama mereka yang memuatkan lagu Mawarku mendapat sambutan di luar jangkaan sehingga mencatatkan jualan melebihi 150,000 unit di pasaran.

4) Album kedua mereka yang memakai judul Pak Pung Pak Mustape juga mencapai kejayaan dengan jualan sebanyak 80,000 unit.

5) Bagaimanapun ketika album ketiga mereka dikeluarkan, mereka terbabit dengan kontroversi yang mengaitkan perbalahan sesama anggota kumpulan menyebabkan pasaran album Juwitaku agak lembap dan hanya dijual 20,000 unit sahaja.

6) Selepas pengeluaran album ketiga, kumpulan 2 By 2 agak sepi daripada sebarang publisiti walaupun lagu-lagu mereka masih menjadi siulan ramai.

7) Penyanyi utamanya, Zul ketika itu telah membuat keputusan untuk menerima tawaran syarikat rakaman SRC sebagai Pengurus A & R.

8) Sementara anggota yang paling diminati, Halim juga telah mengorak langkah dengan melahirkan sebuah album solo berkonsep Hindustan dengan memakai nama Ali Khan.

9) Dua anggota kumpulan ini, Faizal dan Man pula lebih senang menguruskan perniagaan mereka di luar Kuala Lumpur.

10) Anak sulung Zul 2 By 2 bersama bekas isteri Isma yang bernama Muhammad Haiqal Aiman, 23 merupakan pemain dram kumpulan TreeHill

Sumber:mstar dan wikipedia

Leave a Reply

Your email address will not be published.