Amalan

“Mung gi report balai polis” Tak Boleh Terima Anak Ditvduh Mencurl, Ibu buat ‘Live’ FB Sambil Menjerit-Jerit.

Siapa yang tidak marah kalau anak yang kita tatang bagai minyak yang penuh dimarahi oleh orang lain sehingga menangis-nangis mengadu tentang insiden berkenaan.

Namun begitu, sebagai ibu bapa, tidak seharusnya kita percaya bulat-bulat apabila mendengar aduan anak tanpa membuat sebarang siasatan terlebih dahulu.

Tak boleh terima anak dituduh mencuri

Hal ini terjadi seperti beberapa perkongsian yang tular di media sosial apabila seorang wanita melepaskan kemarahan kepada pekerja-pekerja sebuah pasaraya selepas anaknya disyaki mencuri.

Oleh hal itu, dia telah datang menyerang para pekerja di pasaraya tersebut kerana tidak dapat menerima anaknya pulang dalam keadaan menangis.

Buat live nak marah2

Menerusi video yang dikongsi laman Facebook Viral Apa Hari Ini, wanita berkenaan telah membuat live di FB sebelum memarahi pekerja-pekerja yang berada di kaunter dengan lantang.

Lebih teruk lagi, anaknya yang sedang menangis turut membuang-buang barang yang ada di kaunter serta berkata kasar kepada pekerja pasaraya tersebut.

Lebih2 pulak

Insiden itu mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen kerana merasakan tindakan wanita itu sangat berlebihan disebabkan dia langsung tidak mahu mendengar sebarang penjelasan.

Dia juga terus terjerit-jerit memarahi para pekerja sambil melihat viewers di akaun Facebooknya sambil mencabar pekerja supaya membawanya ke balai polis.

Kalau kena marah dekat sekolah ni mak auto datang

Bagaimanapun menerusi satu video yang lain pengurus kepada kedai berkenaan mendakwa dia sama sekali tidak marah akan kanak-kanak tersebut dan menafikan sekeras-kerasnya.

Kanak-kanak ini juga pada masa yang sama turut menafikan yang dia mencuri mainan tersebut dan mendakwa pekerja tersebut memarahinya.

Aku tahu anak aku bagi berapa ringgit sehari. Sekarang kita bertindak mengikut undang-undang. Lepas ini aku tak mahu kamu tuduh anak saya. Memang saya tinggi suara sebab staff **** marah dia.

Perbalahan tersebut tidak terhenti apabila wanita ini meminta supaya pekerja tersebut meminta maaf kepada anaknya.

Ketika artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan kejadian tersebut berlaku di mana namun menerusi loghat yang digunakan ia dipercayai berlaku di Pantai Timur.

Susulan daripada itu, rata-rata netizen merasakan tindakan wanita tersebut agak keterlaluan kerana begitu lantang memarahi orang lain tanpa mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak.

Ada juga sesetengah netizen yang memandang serong dengan mengatakan sudah tahu perilaku yang kurang beradap ditunjukan kanak-kanak itu datangnya dari orang tuanya sendiri.

Anak pun berani tengking orang tua

Kecil2 dah pandai menjawab budak tu, Anak dia yang terpaling betul

Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak. Punca perkara tersebut berlaku turut tidak jelas kerana belum ada sebarang bukti atau kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak merujuk kepada video tular terbabit.

Kalau Anak Ada 5 Tanda Ini, Mereka Mula Jadi ‘Raja’ Pada Mak Ayah

Jom semak 5 tanda ini. Awas jika ada pada anak anda ! Ternyata mereka sudah menjadi ‘raja’ dalam diam. Jika dibiarkan, parah jadinya. Apabila besar nanti, ditakuti anak-anak ini sudah hilang rasa hormat kerana selama ini mereka yang mengawal ibu-bapa.

Perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan untuk semua. Semoga bermanfaat. Ubah sebelum terlambat.

5 Tanda Anak Kita Dah Mula Jadi Raja Kepada Mak Ayahnya

Banyak sangat yang saya jumpa mak ayah yang dikawal oleh anaknya tanpa dia sendiri sedari. Ni tanda-tandanya bila anak dah mula naik kepala dan jadi raja pada mak ayahnya :

1. Mak ayah mula jadi overprotective

Anaknya tak boleh disentuh dan taknak anak susah langsung!

Sifat melindungi ni bagus sebab itu memang fitrah mak ayah yang Tuhan dah bagi tapi kalau dah melampau sangat tu namanya Helicopter Parenting.

Anak yang datang daripada Helicopter Parents ni biasanya akan jadi manja melampau, tak pandai berdikari dan mudah mengalami masalah cemas ( anxiety ) bila dah dewasa nanti

2. Mak ayah tak pernah cakap TAK BOLEH kat anak

Semua benda mak ayah tu terpaksa tunaikan sebab anak meragam tak berhenti bila permintaan tak ditunaikan.

Padahal sifat meragam tu muncul sebab anak dah tahu dah bila meragam je mak dan ayahnya akan kalah dan tunaikan permintaannya.

3. Mak ayah bagi je semua makanan yang anak minta

Mak ayah tu dah tak boleh bezakan antara real food dan jajan.

Semua makanan yang tak sihat mula memenuhi peti ais rumah masing-masing kerana mak ayah tu tak mampu tolak kemahuan anak-anak.

Padahal jajan tu penuh dengan kalori tetapi kosong nutrisi.

4. Mak ayah tak boleh dengar anak menangis

Mak ayah tu jadi gelabah dan gelisah sangat kalau anak menangis.

Akhirnya mak ayah tu tunaikan segala kemahuan anak. Padahal tangisan anak tu adalah tangisan manipulatif.

Tangisan manipulatif ni bukan tangisan yang real pun. Tangisan manipulatif adalah tangisan yang dibuat-buat kerana anak tahu tangisan tu berjaya membuatkan mak ayahnya tunduk dan patuh pada segala kemahuannya!

5. Smartphone mak ayah selalu berada di tangan anaknya

Kalau sekali sekala tak apa. Yang bahayanya sampaikan 24 jam smartphone tu berada di tangan si anak.

Akhirnya anak menjadi ketagih dan mula tak dapat kawal emosi ( lack of self control ) bila berjauhan dengan smartphone mak ayahnya

Pssst. Benda ni tak ramai mak ayah yang tahu tau. Tolong sebarkan pada mak ayah yang belum tahu ye.

Sumber: FB Viral Apa Hari Ini, TikTok @real_life669, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.