Hiburan

Pemuda tersalah Masuk Tandas Wanita, ini yg berlaku selepas hampir 4 jam terperangkap dlm tandas wanita

Setiap orang pasti sahaja tidak akan terlepas daripada melalui momen yang memalukan terutamanya apabila berada di kawasan tumpuan ramai.

Semalam, seorang pemuda, Rizqin Daniel telah berkongsi di TikTok pengalaman dia tersalah masuk ke dalam tandas wanita di sebuah pusat membeli-belah.

Ikon kat luar keliru sangat!

Dalam perkongsian tersebut, pemuda itu memberitahu bahawa dia tidak sengaja memasuki ke dalam tandas wanita.

Menurut Rizqin, semuanya berpunca apabila ikon yang dipaparkan di luar kawasan tandas itu mencetuskan salah faham kepadanya sehingga terpaksa terperangkap lama.

Dia memutuskan untuk menunggu di dalam sebuah bilik tandas sehingga keadaan di luar selamat untuk keluar kerana risau jika kehadirannya itu diketahui oleh pengguna wanita yang lain.

Risau dengar suara perempuan

Dalam pada itu, Rizqin juga berasa semakin risau apabila kedengaran suara perempuan yang berada di luar tandas berkenaan.

Apa yang menariknya, dia baru perasan terdapatnya tong sampah sanitasi di dalam bilik tandas tersebut semasa terperangkap di situ.

Tambahnya lagi, dia sempat tertidur di dalam bilik tandas disebabkan perlu menunggu hampir empat jam sebelum berjaya meloloskan diri.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Rizqin Daniel, berkongsi pengalaman yang tidak akan dilupakan olehnya apabila dia tersalah masuk ke dalam tandas wanita.

Korang tolong aku, aku tersalah masuk tandas. Tiba-tiba dengan suara perempuan pulak.

Ujarnya lagi, dia tidak sengaja memasuki dalam tandas terbabit kerana ikon pada papan tanda tandas berkenaan mencetuskan salah faham sehingga menyebabkan dia ‘terperangkap’ dalam tandas wanita.

Risau wanita akan menjerit jika dia keluar daripada tandas berkenaan, lelaki tersebut membuat keputusan untuk menunggu sehingga tiada siapa di dalam tandas berkenaan.

Aku dah tak larat dah nak tunggu orang tak ada. Aku tertidur. Baru perasan ada tong sampah for women.

Setelah menunggu lama untuk keluar, akhirnya lelaki terbabit berjaya ‘meloloskan diri’ daripada tandas berkenaan sehingga bateri telefon bimbitnya tinggal sedikit.

Aku dah keluar. Sorry muka barai. Thank you yang mana concern. Battery phone sikit bye.

‘Aku tertidur’

Benda normal tu salah masuk

Perkongsian video berdurasi 9 saat itu telah mendapat banyak reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman sedia ada.

Sumber : TikTok Rizqin Daniel

Leave a Reply

Your email address will not be published.