Amalan

Penganalisis politik dedah BN dijangka menang besar jika perkara ini berlaku

HAH ALAM – Pemerhati dan penganalisis politik meramalkan Barisan Nasional (BN) dijangka menang besar jika kadar peratusan keluar mengundi secara rasminya di bawah 60 peratus.

Antara punca utama peratusan keluar mengundi adalah kerana kelesuan politik, kebimbangan terhadap penularan Covid-19, protes pengundi muda dan kaum Cina sudah muak terhadap situasi politik negara sekarang.

Kadar peratusan keluar mengundi yang rendah juga mungkin menyebabkan majoriti calon mewakili parti baharu seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) serta Bebas bukan hanya kalah teruk, malah besar kemungkinan akan hilang wang pertaruhan.

Untuk rekod pada PRN kali ini, Pejuang meletakkan calon di 42 kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN), 16 calon bertanding atas tiket Bebas, enam calon Warisan, PBM (empat), masing-masing satu calon Putra dan PSM.

Penganalisis politik merangkap Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, jika peratusan keluar mengundi pada PRN Johor kali ini adalah di bawah 60 peratus, maka ia adalah jumlah terendah berbanding dua PRN sebelum ini iaitu Melaka (65.85 peratus) dan Sarawak (60.67 peratus).

Beliau berkata, jika jumlah peratusan keluar mengundi pada PRN Johor bawah 60 peratus, maka ia akan memberikan kelebihan dan keuntungan kepada BN selaku parti memerintah kerana mempunyai penyokong akar umbi yang teramai.

“Jadi dalam kes PRN Johor, parti lebih dominan dan mempunyai penyokong tegar paling ramai ialah BN berbanding parti lain seperti Muda, Pejuang dan PBM yang ahlinya sedikit serta jentera partinya agak lemah.

“Apatah lagi Pakatan Harapan (PH) semakin berpecah apabila PKR bertanding dengan menggunakan logo sendiri dan ada banyak pertandingan membabitkan antara tiga hingga tujuh penjuru pada PRN kali ini,” katanya kepada Sinar Premium.

Jeniri yang juga pensyarah Universiti Malaysia Sarawak berkata demikian ketika mengulas gabungan parti politik mana bakal menang PRN Johor jika peratusan keluar mengundi bawah 65 peratus selepas tempoh pengundian tamat pada jam 6 petang, Sabtu.

Untuk rekod statistik dikeluarkan oleh SPR menunjukkan sehingga jam 4 petang tadi, hanya 50 peratus daripada 2.6 juta pengundi berdaftar keluar mengundi pada PRN Johor hari ini.

BN dakwa kuasai undi pos, undi awal PRN Johor

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mendakwa koalisi itu berjaya menguasai undi pos dan undi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor susulan peti undi kategori itu kebiasaannya dikira lebih awal.

Sumber koalisi itu berkata, perkara itu dimaklumkan bilik Gerakan Utama BN susulan proses perkiraan undi pos dan undi awal difahamkan sudah selesai dikira sebentar tadi.

Jelas beliau, undi-undi ini kebanyakannya daripada pengundi polis dan tentera yang sebelum ini difahamkan memberi sokongan sepenuhnya kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Berdasarkan kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 22,531 rakyat Johor mengundi awal, manakala jumlah pengundi pos adalah melebihi 35,000 orang.

Sehingga kini, belum ada parti yang memenangi sebarang kerusi DUN Johor berdasarkan keputusan tidak rasmi.

“Kejayaan ini memberi petanda baik bahawa BN mampu menang PRN Johor dengan majoriti besar setelah ditolak rakyat Johor pada PRU14,” kata sumber berkenaan kepada Sinar Premium pada Sabtu.

Penguasaan undi pos dan undi awal itu membolehkan BN mendahului parti-parti lain terutama di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Bukit Batu, Senai, Pekan Nanas, Tiram, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Skudai dan Kota Iskandar.

Setakat jam 7.30 malam, BN difahamkan sudah mendahului di 40 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi yang dipertandingkan pada PRN Johor.

Menariknya, PN pada kali ini mengekori rapat di tempat kedua, diikuti PH.

Sehingga kini, belum ada parti yang memenangi sebarang kerusi DUN Johor berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.