Amalan

Pengeluaran Khas RM10,000, Ini Pesanan Tengku Zafrul Kepada Pihak KWSP

SHAH ALAM – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memastikan pengeluaran khas RM10,000 yang baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipermudahkan.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perbincangan mengenai perkara tersebut juga telah selesai dilakukan.

“Saya baru habis berbincang dengan KWSP. Mereka akan memastikan agar pengeluaran khas KWSP ini dipermudahkan,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Pada Rabu, kerajaan mengumumkan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat.

Bagaimanapun katanya, pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

KWSP Beritahu Tarikh Dan Syarat Untuk Pengeluaran RM10K

SHAH ALAM – Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April nanti.

KWSP dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, permohonan tersebut juga akan ditutup pada penghujung bulan depan dan tempoh pembayaran akan dilaksanakan sebelum 20 April 2022.

“Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak,” maklum kumpulan tabungan pekerja itu.

Ismail Sabri dalam Sidang Media Khas mengumumkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19.

Dalam sidang akhbar khasnya, Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

“Justeru, hari ini (Rabu) kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” katanya.

“Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM 10,000 dan minimum RM 50, dan perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak,” jelasnya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: sinar  harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.