Uncategorized

Pensyarah Tak Dpt Tahan Sebak Saat Terjumpa Bekas Pelajar ’Struggle’ Mencari Sesuap Rezeki

Sayu hati bila terjumpa bekas pelajar struggle dalam mencari sumber pendapatan. Saya tunggu sehingga habis dia makan.. Saya hanya memerhati dari dalam kereta..

Tular perkongsian seorang pensyarah meluahkan rasa sayu aapbila terserempak dengan bekas pelajarnya yang gigih mencari sumber rezeki pendapatan. Perkongsian pensyarah wanita yang dikenali sebagai Dr. Syazwani Drani itu menjadi tumpuan netizen yang rata-rata tersentuh dengan perkongsian tersebut.

Reaksi seperti yang saya jangka.. Teruja dan segan.. Sempat berkongsi kepayahan yang dialami.. Antara yang terkesan “saya suka time hujan Dr” masa tu orang ramai tak keluar.. Oder banyak time tu.. Ya Allah.. Kita dalam hujan di rumah.. Oder ja.. Mereka yang mencari pendapatan dengan cara ini bergadai nyawa yang semestinya ketika hujan pelbagai risiko ada.

Suapan demi suapan saya perhatikan..tersentuh hati.. Mengalir juga air mata.. Masa nampak dia tengah buka bungkusan makanan. Terdetik dah nak panggil.. Tapi terlintas, nanti dia xjadi pula dia nak makan.. Sabar menanti sampai habis dia makan.. Bila dah selesai.. Saya panggil..

Ikhlasnya mereka membantu memudahkan urusan penghantaran makanan kepada kita. Sedangkan mereka struggle macam-macam.

Kalau makanan lewat sedikit sampai jangan la marah.. Bukan niat mereka untuk lambatkan penghantaran. Ucaplah terima kasih semasa terima makanan yang di hantar. Cukup untuk menghilangkan penat lelah..jangan dimaki.. Kalau nak cepat.. tahu nak maki dan marah ja sebab lewat..

Pemberian saya di tolak.. Lepas beberapa kali saya nyatakan hasrat saya membantu.. Terlihat pada matanya berkaca.. Allah.. Betul-betul meruntun hati.. Ucapan terima kasih tak lekang dibibir..

Kenapa tak keluar sendiri.. Lebih cepat kan.. Terus dapat.. Jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada.. “Sekali sekala letak la kaki kita dalam kasut mereka”. Baru tahu selesa ka ketat ka.. Tak muat ka”.Dengan keadaan sekarang ramai yang terkesan. Jangan tambah beban.

Sehingga saya berlalu pergi. Mendung di luar.. Tapi hujan di dalam.. . Saya doakan awak sentiasa berjaya dan dipermudahkan setiap urusan serta dipelihara dari sebarang musibah. Dilindungi dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Semoga dimurahkan rezeki.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Syazwani Drani / fb Berita Tempatan

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.