Hiburan

Pernah Dig0da Maid, Iqbal Bagitahu Kenapa Dia Nak Cari 3 Orang Wanita 40-an

Usahawan viral dan bintang Big Stage 2022, Iqbal Zulkefli mendedahkan dirinya pernah digoda beberapa kali oleh pembantu rumah wanita sebelum ini.

“Arwah ibu saya tidak begiru suka saya ada pembantu rumah kerana pernah ada kes wanita cuba menggoda saya.

“Bukan sekali dua tapi berulang kali. Ini privasi untuk saya ceritakan namun kali ini saya tidak dapat bertahan dek kesibukan saya yang terlalu memerlukan orang untuk menjaga kelancaran harian saya.

“Untuk elakkan ada isu gangguan, saya terpaksa ambil pembantu rumah yang boleh berdiri sebagai sifat keibuan. Selain itu, risiko kes pembantu rumah lari mencari lelaki sedikit kurang jika saya ambil yang lebih berusia,” dedah Iqbal menerusi hantaran di Instagram Stories.

Malah, Iqbal mahu mencari tiga orang pembantu rumah serentak yang mempunyai pengkhususan kemahiran berbeza-beza.

“Saya memerlukan banyak kemahiran berbeza. Ada yang saya akan fokus untuk memasak, ada yang jaga kebersihan dan pakaian dan ada perlu ikut saya keluar.

“Untuk kucing saya perlukan seorang penjaga khas supaya membesar dengan baik. Selama saya bela kucing, kucing saya perlu dihidangkan daging 4 kali sehari. Mahu lihat mereka membesar dengan baik.

“Lagi pula kerja pembantu rumah akan penat. Saya tidak mahu pembantu rumah merasa terbeban. Kesibukan saya tidak sama seperti orang lain, terlalu sibuk,” jelasnya lagi.

Antara kriteria pembantu rumah yang dicari Iqbal terdiri daripada warganegara Indonesia dan bukan jantinanya lelaki.

“Saya anggap kerja rumah majoriti lebih teliti jika perempuan yang buat. Contohnya perempuan ada kepintaran memasak, membasuh pakaian dan mengemas pada waktu sama.

“Tidak terlintas di fikiran untuk bersikap rasis. Cuma orang Indonesia lebih sanggup kerja keras kerana ada sebahagian yang benar-benar susah.

“Mereka terbiasa kerja keras. Saya tak sampai hati nak minta orang yang kita kenal basuh jamban, tandas begini.

“Sebab lain, jika orang Indonesia tanpa komitmen lain kerana mereka tiada saudara di sini untuk dikisahkan. Jika ambil orang Malaysia, setiap musim perayaan mesti akan pulang ke kampung halaman,” tambah Iqbal.

Terdahulu, Iqbal yang tinggal sendirian di sebuah banglo di Selangor menyatakan hasrat untuk membuka peluang kerjaya kepada individu yang berminat untuk menjadi pembantu rumahnya.

Tegas Iqbal, syarat-syarat yang diletakkan relevan terutama yang membabitkan soal hati dan perasaan.

sumber: astrogempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.