Uncategorized

PRN Johor : Reaksi Wajah Mohamad Sabu, Anthony Loke tarik perhatian ramai

JOHOR BAHRU – Pusat Operasi Pakatan Harapan (PH) di Hotel Le Grandeur, Senai di sini bertukar hiba apabila apabila setakat pukul 8.15 malam, hanya dua kepimpinan tertinggi parti komponen pakatan itu yang telah hadir.

Mereka adalah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan juga Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.

Walaupun skrin besar telah menayangkan ‘score board’ keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berbanding tayangan video nasyid sebelum ini, namun paparan yang ditayangkan memberi impak negatif.

Keputusan menunjukkan Barisan Nasional (BN) jauh mendahului bukan sahaja PH, tetapi semua parti politik lain termasuklah Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan (Warisan), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) serta parti-parti lain.

Mohamad Sabu dan Anthony Loke yang hadir dilihat lebih banyak berdiam diri sambil menatap telefon bimbit masing-masing dengan berwajah sugul.

Ruangan yang menempatkan 18 meja berkenaan bagaimanapun hanya diduduki lapan dengan 10 daripada masih lagi kosong, manakala lapan meja berkenaan juga tidak penuh.

Lima daripada lapan meja berkenaan pula diduduki petugas media. Suasana ini amat berbeza jika dibandingkan di pusat operasi BN yang mana sorakan kemenangan sudah boleh didengar oleh pemimpin dan penyokong mereka.

Wajah Anthony Loke dan Mohamad Sabu dilihat sugul dan mereka lebih banyak menatap telefon bimbit masing-masing ketika berada di Pusat Operasi PH bagi PRN Johor, di Senai, Johor Bahru hari ini.

KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.