Uncategorized

PU Syed Tegur Pakwe Imamkan Makwe Solat Jemaah Online “Siap Hulur Tangan Salam Depan Kamera”

Di laman sosial Instagram (IG) dan aplikasi TikTok sejak beberapa hari lalu kecoh apabila ramai pengguna laman sosial mempersoalkan tentang video ‘solat jemaah online pakwe makwe’.

Video tersebut yang pernah dimuat naik di aplikasi TikTok pertengahan tahun lalu kembali tular sehingga mendapat perhatian ramai.

Rakaman video berdurasi 24 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki menjadi imam secara ‘online’ ketika solat berjemaah bersama kekasihnya menerusi panggilan video.

Tindakan tersebut turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Furqan Fawwaz yang menganggap ia seolah-olah mempersendakan agama Islam.

“Ada orang Islam berani buat macam ni? Tak kisahlah negara mana pun yang buat content macam ni tapi kita kena tegur sebab ini adalah solat penghubung antara kita dengan Allah.

“Kita solat untuk minta pada Allah supaya dijauhkan daripada musibah tapi korang buat pula content pergi mintak musibah. View makin banyak.

“Kita tegur supaya anak-anak kita tidak terikut-ikut dengan content-content nak kejar populariti sampai sanggup buat apa saja,” katanya.

Di ruangan komen rata-rata pengikut Furqan turut meluahkan rasa marah terhadap pasangan remaja terbabit kerana yang dianggap ‘lapar perhatian’ dengan memuat naik kandungan sedemikian.

Turut mengulas mengenai perkara tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Ahmad Marzuk berkata, perbuatan sebegitu secara jelas mempermain Islam serta hukum-hakam agama.

Tegas beliau, ia tidak boleh dibiarkan dan wajar diambil tindakan undang-undang.

“Saya nasihatkan, berpada-padalah dalam media sosial, jangan terbawa-bawa sampai buat content berbentuk keagamaan, yang kemudian tular hingga menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Perbuatan itu bukan sahaja menyentuh sensitiviti umat Islam, malah mereka juga boleh dikenakan tindakan mengikut enakmen atau undang-undang.sedia ada jika didapati bersalah,” katanya.

PU Syed tegur jangan kejar ‘likes’, takutlah bala Allah

TINDAKAN pasangan kekasih mengerjakan solat berjemaah secara dalam talian seperti yang tular di media sosial baru-baru ini mengundang keresahan ramai.

Rata-rata bimbang ia akan menjadi ikutan golongan remaja tanpa mengetahui hukum bagi perbuatan tersebut.

Menurut pendakwah bebas Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed, solat berjemaah secara dalam talian adalah bertentangan dengan hukum syarak.

Justeru dia berharap perkara tersebut segera dihentikan dan tidak menjadi ikutan.

Tak boleh solat Jumaat dalam talian – Mufti Perlis

KANGAR: Solat Jumaat tidak boleh didirikan secara bersendirian atau mengikut imam secara dalam talian termasuk rakaman secara langsung disiar aplikasi media sosial sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata perkara itu dilihat tidak munasabah, sekali gus tidak menzahirkan sifat solat Jumaat itu sendiri.

Katanya, isu ini mula timbul apabila ia dicadang dilakukan beberapa pihak di Eropah sehingga majlis fatwa negara berkaitan terpaksa mengeluarkan fatwa melarang ia dilaksana atas beberapa faktor.

“Terdapat ayat di dalam al-Quran menerangkan solat Jumaat memerlukan individu membuat persediaan dengan bergerak ke masjid awal dan lain-lain untuk menunaikannya.

“Jika seseorang menunaikannya berseorangan di rumah, maka ia seakan tiada makna dan tidak menepati tuntutan al-Quran dalam mendirikan solat Jumaat.

“Ulama juga berpendapat bahawa keutamaan asal bersolat adalah mendirikan solat Zohor dan empat waktu lain, manakala solat Jumaat dikhususkan pada hari Jumaat,” katanya ketika menyampaikan kuliahnya di sini, semalam.

Mohd Asri berkata, sekiranya ada pihak menggunakan alasan darurat bagi melaksanakan solat Jumaat berjemaah secara dalam talian, dikhuatiri orang tidak lagi ke masjid.

“Akhirnya nanti orang tidak berjemaah di masjid atas alasan boleh berjemaah dari rumah sahaja melalui siaran langsung dalam talian.

“Ahli fiqh meletakkan syarat bahawa solat berjemaah terlaksana apabila imam dan makmum berhimpun pada satu tempat dan masa yang sama selain makmum boleh melihat pergerakan imam yang tidak terhalang dinding besar mahupun sungai.

“Maka apabila timbul masalah atau situasi seperti ketika ini, maka kembali kepada hukum yang asal iaitu mendirikan solat Zohor,” katanya.

SUMBER: MSTAR, BHARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.