Uncategorized

Ramalan AJL36 Neelofa mengena lagi, ini senarai penuh juara AJL

Menerusi ciapan sama, bekas pengacara program MeleTOP itu bagaimanapun dengan serius meramalkan bahawa kejutan akan dilakukan Marsha menerusi lagu Cinta ciptaan pasangan suami isteri, Stacy Anam (Bunga Cantik) dan Akim Ahmad (Hang Nadim) untuk kategori vokal terbaik.

Nampaknya ramalan Neelofa mengena lagi, beriktu senarai penuh pemenang

Juara AJL: Pelukan Angkasa – Shila Amzah & SOG

Tempat kedua: Cinta – Marsha

Tempat ketiga: Mimpi – Haqiem Rusli

Jom Imbas Kembali Senarai 10 Pemenang AJL Sejak 10 Tahun Lepas

Ini antara senarai para pemenang AJL sejak 10 tahun lepas:

AJL26: Awan Nano – Hafiz Suip

Image from TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Image via TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Menyuntik elemen drama dalam persembahannya, Hafiz tampil berpakaian sama seperti muzik videonya iaitu baju T berwarna biru, seluar track dan berselipar jepun. Ringkas dan bersahaja, Hafiz turut membawakan Herman Tino ke atas pentas AJL. Lagu tersebut berjaya menggondol kejayaan besar dengan merangkul Tempat Pertama AJL 26 dan Hafiz juga membawa pulang anugerah Vokal Terbaik.

AJL27: Terukir Di Bintang – Yuna

Image from TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Image via TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Uniknya kali ini, walaupun berada jauh di Amerika Syarikat untuk melebarkan sayap kerjaya seni beliau, Yuna tetap menerima pengiktirafan yang tinggi di Malaysia. Yuna memberi kepercayaan kepada Aizat Amdan untuk membawakan lagu Terukir Di Bintang di pentas akhir AJL27, sekali gus membawa pulang gelaran juara.

AJL28: Bahagiamu Deritaku – Hafiz Suip

Image from TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Image via TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Karier muzik Hafiz sedang benar-benar memuncak pada masa ini. Setelah hanya dua tahun, Hafiz berjaya lagi kali ini apabila merangkul dua gelaran pada AJL28 menerusi lagu Bahagiamu Deritaku iaitu Persembahan Terbaik dan Lagu Terbaik.

AJL29: Apa Khabar – Joe Flizzow & Sonaone

Image from TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Image via TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Buat pertama kalinya, genre rap atau hiphop diangkat sebagai juara dalam sejarah AJL. Sebelum ini, pencapaian terbaik ialah tempat ketiga yang dimenangi Altimet dan Awi Rafael dengan lagu Kalau Aku Kaya pada AJL28. Mereka yang selama ini memikul harapan genre hiphop berasa sangat terharu apabila usaha mereka membuahkan hasil.

AJL30: Potret – Akim & The Majistret

Image from TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Image via TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Pertama kali bertanding dalam pentas akhir Anugerah Juala Lagu, Akim & The Majistret berikan segalanya kali ini setelah lagu Mewangi gagal dicalonkan pada tahun sebelumnya. Kugiran rock itu sekali gus membawa pulang dua gelaran iaitu Persembahan Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi lagu Potret pada AJL30.

AJL31: Lelaki Teragung – Dayang Nurfaizah

Image from TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Image via TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Kemenangan Dayang Nurfaizah pada tahun lepas seperti sudah diramal. Dayang unggul buat 3 tahun berturut-turut apabila berjaya membawa pulang anugerah Vokal Terbaik pada AJL29, AJL30, dan AJL31. Akhirnya, lagu Lelaki Teragung dinobatkan sebagai juara di pentas akhir AJL31 sekali gus menewaskan 11 lagu lain yang bersaing.

AJL32: Jampi – Hael Husaini

Image from TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Image via TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Jampi merupakan percubaan pertama Hael Husaini secara solo. Beliau memulakan karier sebagai penyanyi melalui kumpulan duo Azhael yang menempa nama menerusi rancangan program realiti Akademi Fantasia 2013. Dengan kemenangan lagu itu, beliau dan Ezra Kong membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM10,000.

AJL33: Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Image from TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Image via TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Untuk rekod ia adalah kemenangan kali kedua berturut-turut gandingan Hael Husaini dan Ezra yang pernah menjuarai AJL32 menerusi lagu Jampi. Manakala lagu nyanyian Dayang berjudul Lelaki Teragung pula merangkul trofi AJL31.

AJL34: Sumpah – Naim Daniel

Image from TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Image via TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Lagu Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K, menepati ramalan ramai apabila dinobatkan sebagai juara pada AJL34. Lagu dendangan Naim itu yang juga menjadi OST bagi drama Pia di TV3 berkenaan melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, trofi serta baucer CJ Wow Shop bernilai RM10,000.

AJL35: Gila – Kaka Azraff, Noki & Loca B

Image from TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Image via TV3MALAYSIA Official (YouTube)
Lagu Gila ciptaan Noki, Loca B, dan Ezra Kong mencipta kejutan apabila dinobatkan sebagai juara pada AJL35. Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan Kaka Azraff, Noki dan Loca B, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, dan trofi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.