Hiburan

Ratusan berpesta tak patuh SOP, jumlah restoran makanan laut dik0mpaun buat ramai tak puas hati

SUNGGUHPUN negara bakal beralih ke fasa endemik bermula 1 April ini, pusat hiburan atau kelab malam masih tidak dibenarkan beroperasi.

Malah, sejak penularan Covid-19 dalam negara, kerajaan tidak membenarkan sebarang aktiviti di pusat hiburan sehingga kini.

Bagaimanapun, undang-undang yang ditetapkan itu tidak diendahkan segelintir individu yang sewenang-wenangnya menganjur ‘perhimpunan’ termasuk membuka pusat hiburan.

Lebih membimbangkan apabila premis tertutup itu dipenuhi pengunjung yang dianggarkan ratusan orang dalam satu masa.

Menerusi video yang tular sejak Jumaat (11 Mac) menunjukkan lokasi yang juga premis pengedaran produk makanan laut dipercayai menganjurkan ‘pesta’.

Video berdurasi 33 saat itu turut memaparkan pengunjung yang hadir sedang menari dan berkumpul tanpa menghiraukan penjarakan sosial, malah tidak seorang pun dilihat memakai pelitup muka.

Difahamkan, lokasi premis tersebut dikatakan di sekitar Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Menurut akaun Twitter @MalaysianCitiz3, ia menggunakan lesen restoran makanan laut untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Pengunjung tidak melakukan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

Pengunjung tidak melakukan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

“DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) tak batalkan lesen sebab nanti tak boleh kenyang.

“Jangan harap KKM (Kementerian Kesihatan). Keluarkan SOP kangkung tapi minta pihak berkuasa lain buat serbuan. KKM pula goyang kaki di rumah sahaja,” ciapnya di Twitter.

Menyusuri beberapa hantaran Tweet yang dibuatnya, didapati terdapat banyak lagi lokasi yang menganjurkan parti dan membuka pusat hiburan di seluruh Malaysia walaupun aktiviti dilarang kerajaan.

Posting yang dilakukan itu kemudiannya mendapat maklum balas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesalahan ketidakpatuhan SOP PPN (Pelan Pemulihan Negara) Fasa 4 iaitu gagal mengawal penjarakan fizikal ke atas pengunjung semasa berada di dalam premis.
NOOR DELLHAN YAHAYA
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, susulan video tular itu, pihaknya membuat siasatan di premis terbabit.

“Pada 11 Mac, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi dan Pejabat Kesihatan Lembah Pantai, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesalahan ketidakpatuhan SOP PPN (Pelan Pemulihan Negara) Fasa 4 iaitu gagal mengawal penjarakan fizikal ke atas pengunjung semasa berada di dalam premis.

Antara ciapan yang dibuatnya.

“Tawaran kompaun sebanyak RM1,000 telah dikeluarkan kepada pengurus premis mengikut peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2001,” katanya yang turut mengesahkan video tular itu dengan pemilik restoran.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published.