Hiburan

“Saya Tak Berlakon”- Aaron Aziz Cerita Perkara Sebenar Kenapa Men4ngis Teruk Dalam Drama Suamiku Lelaki Pendosa

Pelakon berbakat, Datuk Aaron Aziz baru ini berkongsi klip video yang sangat menyentuh hati dan perasaan di media sosialnya. Dalam video yang dimuatnaik di Instagram nya itu, Aaron kelihatan penuh emosi selepas mendengar mesej suara milik arwah ibunya.

Men4ngis Penuh Emosi Ingat Arwah Ibu

Menurut Aaron ketika berlakon sebagai watak Dean yang menangis kerana rindukan ibunya, aktor kacak ini mengatakan dirinya tidak berlakon ketika itu kerana dirinya sendiri sangat merinduikan arwah ibunya.

Dan menerusi babak ini juga, Aaron berikan yang terbaik untuk melakonkan babak tersebut. Selain itu, pelakon serba boleh ini juga mengatakan mesej suara milik arwah ibunya itu lah, yang menjadi pengubat rasa rindu tatkala mengenangkan arwah ibunya.

 

“Babak saya yang rindu kan ibu nya dalam #suamikulelakipendosa saya tak berlakon. Kerana saya memang rindu kan arwah ibu saya.

Ya tinggal hanya mesej suara arwah ibu saya untuk lepaskan rindu. Ini lah watak yang boleh saya katakan ‘Saya berikan darah, peluh dan air mata saya’ untuk jadi #DeanIlyas

‘Miss you so much mummy’. Allahumaghfirlaha Warhamha Wa’fini wa’fuanha @dramasangat @globalstationsb” tulisnya

Peminat Merasai Kesedihan Dalam Babak Lakonan
Melihat perubahan emosi Aaron selepas mendengar video mesej milik arwah pelakon tersebut, ramai peminatnya memberi komen turut merasai kesedihan kehilangan seorang ibu dan merasai babak yang dilakonkan Aaron penuh emosi menerusi video tersebut.

“Sampai rasa tu”

“Aloo babak ni nanti mesti lagi sedih.. Saya merasai anda.. Hanya orang yang kehilangan ibu memahami peritnya rindu itu”

“Al fatihah semoga ditempatkan dikalangan orang beriman…”

“Rasa tu sampai… Sangat-sangat rasa.. Saya juga rindukan arwah mak yang dah 7 bulan tinggalkan kami”

“Saya tengok lakonan itu dan dalam hati saya berkata itu bukan lakonan lagi, memang betul sebab nampak betul kesedihannya” komen peminat

Ibu Aaron Aziz meninggal dunia pada usia 70 tahun

Ibu pelakon Singapura, Aaron Aziz, meninggal dunia pada usia 70 tahun.

Allahyarhamha Juriana Jaafar meninggal dunia di Hospital Besar Changi (CGH) sekitar pukul 8.00 malam 7 Nov 2020, kata Diyana Halik isteri Aaron,

Semasa dihubungi Diyana memberitahu bahawa Aaron tidak dapat memberikan sebarang komen kerana suaminya itu masih bersedih atas pemergian ibu tersayang.

Menurut Diyana, beliau, Aaron dan dua anak perempuan mereka – Dahlia Arissa dan Dwi Ariana – bergegas pulang ke Singapura pada Rabu lalu (4 Nov). Anak lelaki mereka Danish Anaqi tidak dapat pulang kerana berada di Jepun bagi pengajiannya.

“Kami diberi izin selama satu jam semalam untuk menziarahi ‘mummy’. Semalam Allahyarhamha sudah nazak. Jadi Aaron dapat berjumpa ‘mummy’ sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir. Selepas sahaja kami beredar, Allahyarhamha meninggal dunia,” kata Diyana, tentang detik-detik akhir ibu mentuanya yang mesra dipanggil ‘mummy’.

Diyana menambah, ibu mentuanya itu terlantar di CGH sejak 24 Oktober lalu dan Allahyarhamha meninggal dunia disebabkan masalah buah pinggang dan serangan jantung.

Hari ini, mereka sekeluarga diberi izin selama empat jam untuk ke tanah perkuburan bagi urusan pengebumian Allahyarhamha.

“Alhamdulillah urusan pengebumian dah selesai. Selepas sahaja Allahyarhamha diturunkan ke liang lahad, hujan pun mula turun renyai-renyai sebelum mula lebat. Kami di tanah kubur pun tiga jam sahaja sebab urusan pengebumian orang Islam cepat juga,” ujar Diyana.

Diyana menyifatkan Allahyarhamha sebagai seorang ibu yang amat penyayang. Malah sesiapa yang mengenali Allahyarhamha juga selesa memanggilnya ‘mummy’ ibarat ibu mereka sendiri.

Menerusi catatan di laman Instagram Diyana, beliau berkongsi rakaman audio yang memperdengarkan bagaimana Allahyarhamha membalas mesej menantunya itu.

Catatan Diyana itu sedikit sebanyak menyingkap tirai memperlihatkan kemesraan Allahyarhamha dengan menantunya itu.

Sebahagian catatannya berbunyi: “Awak yang pertama memberitahu saya sekiranya berat badan saya naik atau muka saya pucat. Hari Rabu semasa saya datang menziarahi, dengan tembel yang besar, walaupun dalam keadaan sakit, awak masih mampu bergurau mengatakan “kenapa saya nampak teruk” dan kita ketawa.”

Di laman Instagram Aaron pula, beliau mendoakan ibunya menerusi catatan: “Hujan rahmat darimu Allah sebaik sahaja kami kebumikan bonda tercinta kami. Jadilah ini tanda bondaku sudah diampunkan dan ringankanlah alam barzakhnya hingga kami bertemu sekali lagi di jannatul Firdaus a’la.”

Sekadar info, drama bersiri sebanyak 28 episod ini mula bersiaran bagi slot Samarinda di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis, 10.00 malam.

Drama penuh konflik dan emosi ini menampilkan gandingan hebat Datuk Aaron Aziz, Sophia AlBarakbah, Gambit Saifullah dan ramai lagi barisan pelakon handalan yang lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.