Uncategorized

Sebelum persembahan AJL, sesuatu terjadi kepada Ibu Naim Daniel

Malam ini rata sedang melihat siaran langung Anugerah Juara Lagu yang ke 36. Salah satu pilihan juara adalah Naim Daniel.

Tetapi ramai tidak tahu ada sesuatu yang terjadi kepada keluarga Naim Daniel sebelum dia membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu.

Penyanyi, Naim Daniel mengesahkan bahawa ibu dan kakaknya positif Covid-19, hari ini. Berita tersebut dikongsikan oleh Naim menerusi akaun Instagramnya.

Mohon jasa baik kalian doakan kesembuhan bonda saya @norataherah yang disahkan positive covid pada hari ini dan kesembuhan kakak saya @emyliaizzati yang selalu teman saya sewaktu bekerja, kesihatan beliau juga tidak mengizinkan untuk ada dengan saya dihari penting ini.

Tak apa, mama dengan kakak tak ada pun mata Naim tetap akan cari kalian dalam ribuan orang yang menyaksikan #ajl36 pada malam ini. “Tuhanku mohon kau jaga, dia tanpa ada noktah.”

Naim memohon doa orang ramai agar ibu dan kakaknya kembali sihat dan tabah menghadapi ujian ini.

Meskipun kakaknya, Emylia Izzati tidak dapat menemaninya pada malam kemuncak AJL36 hari ini, Naim memberitahu dia tetap akan membayangkan mereka nanti.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan urusan Naim malam ini dipermudahkan.

Mereka berharap Naim kuat dan dapat memberikan persembahan yang terbaik untuk AJL36. Rakan artis dan peminat turut mendoakan yang terbaik buat ibu dan kakak Naim.

Sumber: Naim Daniel via Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.