Hiburan

Selepas Syada Amzah cakap tak akan maafkan, Sharnaaz tulis sesuatu di IG

“Kami tak pernah bermusuh. Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia.”

Demikian respons pelakon dan usahawan, Sharnaaz Ahmad mengenai hubungannya dengan penyanyi Shila Amzah yang dikatakan kembali bertaut.

Pemilik nama lengkap Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 37, itu mengakui ada berhubung dengan pelantun lagu Patah Seribu itu selepas bercerai pada 9 Februa­ri lalu.

“Jujur saya cakap, kami ada juga mesej. Dia (Shila) melalui fasa yang saya sudah lalui. Mungkin dia mahu pendapat dan bercakap dengan saya, benda dah lama sangat, nak berdendam apa lagi,” kata Sharnaaz.

Menurut Sharnaaz, komunikasi mereka lebih banyak ber­kisar tentang motivasi dalam kehidupan selepas kegagalan rumah tangga masing-masing.

“Orang hentam kita, bagi saya orang akan sentiasa bercakap. Saya cakap dengan Shila, kalau nak bahagia, hiraukan apa orang cakap dengan (membuktikan) kejayaan. Dengan itu, orang akan senyap,” katanya.

Sharnaaz memaklumkan, selepas rumah tangganya dengan Noor Nabila bertemu noktah, dia umpama hidup sehelai sepinggang.

“Bina empayar sendiri supaya orang yang pernah kecam kita dahulu akan menyesal dengan kata-kata mereka,” ujarnya.

Diusik pertanyaan ramai mendoakan agar dia dan Shila kembali bercantum, jawab Sharnaaz: “Kita tak boleh menghalang orang mendoakan. Jadi, saya terima sahaja (doa).”

“Yang tentukan hanya Allah. Terima kasih yang mendoakan, saya tak boleh ramal masa depan. Kalau ada, ada. Kalau tiada, kita nak buat macam mana. Pintu hati saya sentiasa terbuka untuk semua orang yang akan hadir dalam hidup.”

Sharnaaz pernah bercinta dengan Shila atau nama sebenarnya, NurShahila Amir Amzah pada 2011 hingga 2013, namun hubungan terputus di tengah jalan kerana tidak mendapat restu keluarga Shila.

“Awak panggil keluarga saya barua. Saya tak akan maafkan” -Syada Amzah ‘sound’ siapa?

Ketika netizen sedang rancak ‘mengatur jodoh’ selebriti tersebut, ciapan adik kepada Shila Amzah iaitu Syada Amzah telah mencuri perhatian ramai.

Mana tidaknya, dia seperti menyuarakan rasa tidak senang dengan situasi tersebut walaupun tidak merujuk kepada sesiapa.

Hina dengan kata2 menyakitkan

Dia juga meluahkan bahawa ‘seseorang’ itu pernah menghina keluarganya dengan kata-kata yang cukup menyakitkan.

Jadi, dia sendiri mengakui tidak dapat memaafkan perkara tersebut dan menegaskan antara bersikap jujur dan biadap itu adalah hal yang berbeza.

“Tolong, jijik!”

Dalam pada itu, Syada turut membalas satu ciapan yang merujuk kepada berita tentang kakaknya serta aktor tersebut dengan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang menjijikan.

Sudah2 lah nak kenenkan…

Beberapa komen daripada netizen yang turut berasa kurang selesa dengan berita tersebut juga dipersetujui oleh Syada apabila dia menekan button Retweet seakan memberi bayangan tentang apa yang dirasakan ketika ini.

Susah nak maafkan kalau orang dah hina keluarga kita

Kalau dah babit nama keluarga memang tak syok la

Sehubungan dengan itu, menerusi ciapan yang dibuat oleh Syada, ramai yang telah meninggalkan komen dengan pelbagai pendapat.

Ada yang bersetuju dengan apa yang diucapkan adik kepada Shila Amzah itu dan ada juga yang merasakan tindakannya berkongsi hal tersebut seakan membuka pekung kerana membuatkan ramai pihak tahu kisah di masa lalu.

“Sibuk Dengan Hal Saya Sendiri”

Dalam pada itu, Sharnaaz di lihat tidak mengambil peduli atau terkesan mengenai dakwaan segelintir pihak yang cuba mengungkit kisah-kisah lampau mengenai diri nya

“Busy in my own world.. away from toxic and negativity..”

“Please Bagi Sha Ruang, Iddah Pun Belum Habis Lagi”

Sejak minggu lalu, nama penyanyi Shila Amzah menjadi bualan ramai apabila netizen mengaitkan dirinya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Malah, ada segelintir netizen mahu mereka berdua kembali bercinta selepas pelakon itu dilihat memberikan sokongan buat Shila di AJL baru-baru ini.

Susulan pelbagai isu muncul, Shila dilihat ada menulis panjang di Instagram mengenai keadaannya serta berharap agar diberi ruang.

Menurut Shila, dia tiada masalah dengan gosip yang timbul apatah lagi sudah lama berada dalam industri namun dia minta agar diberi sedikit ruang memandangkan dia baru sahaja bercerai.

Kata Shila lagi, dia kini sedang menikmati momen indah selepas menjuarai AJL bersama SOG baru-baru ini.

“Sha okay je tau..Tapi if kalian okay with me , please bagi sha ruang. Selepas bercerai, Iddah pun belum habis lagi. This is the first time I get to , focus on me. Seumur hidup memang I always give myself away to people. Sha sedang menikmati #AJL36 , in sha Allah akan ada lebih lagi,” tulisnya.

Jelas Shila lagi, dia mengakui masih belum sembuh dan keutamaannya kini adalah untuk anak tunggalnya, Seth Uwais.

Dalam entri tersebut, Shila turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.