Hiburan

“Sikit lagi nak kena hempuk dgn Malik” Izuan Razali Buat Hal Lagi, Tapi Kali Ni Salah Org Dia Cari Pasal

Pelakon Izuan Razali pasti ramai menegenali nya dengan lakonan watak ‘gangster’. Baru baru ini. Izuan kerap memuatnaik klip ‘prank’ di kedai makan. Namun, ada yang tidak berpuas hati dengan tindakan nya.

Terbaru, menerusi akaun Tiktok Aaron Aziz, beliau ada memuatnaik satu klip durasi pendek bersama Izuan dan menegaskan bahawa dia tidak mahu terlibat dalam sebarang ‘content’ yang dibuat oleh Izuan.

Aaron Aziz menulis ringkas:

Ah ni satu lagi. Boleh tak jgn babit kan Aku dlm content kau? Abg senyap je. Memang dua dua nak buat content masing masing cuma tiber tiber terbabit dgn content mcm ni… Takpe Abg faham cuma tak kuasa lah nak layan semua ni. Ingat sekali upload Tapi 2 kali upload pasal Aku???? Kena bayar Kalau mcm ni lah…special appearance kan.

Lihat video dibawah:

Lihat juga apa kata orang ramai:

@Muhd hakim:abang malik cuba ajak dia lawan buku lima baru dia tau yang MALIK IS BACK

@Shahrul Azlans: marketing je haritu dia cakap aron aziz ada contact dia untuk apa tau

@View replies (1,068) v:Marah je bang !! Kami ni dah bosan dgn prank papeh dia tu !! Cakap kat dia “sebelum lu prank orang waa dah pergi perang laa”.

@ ☽ DANNY: dia bukan dah ada orang ugut dia nak bunuh ke lagi nak buat prank sana sini

@Marlia Nadia:aku ada komen lepas to ada puak2 dia hentam aku dkt fb, mcm kelakor bila org skong cntent dia

Dalam pada itu, Aaron Aziz telah membuang kandungan video tersebut kerana terlalu ramai yang kec4m dia dan Aaron sendiri tidak mahu terlibat menangung apa-apa d0sa di atas kandungan tersebut

Sebelum ini tular tentang satu video seorang pelakon yang kini bergiat membuat content di Tiktok dikecam netizen.

Nama dia kian naik kerana prank di sebuah restoren di Kuala Lumpur. Pada awalnya rata rata sangkakan ianya bukan prank 100% tetapi akhirnya Izuan Razali jelaskan bahawa semua telah dirancang.

Dia tidak sangka kecaman yang begitu hebat diterima dirinya sehingga ada yang membabitkan keluarga dia.

Malah dia turut menerima ugutan dan terpaksa membuat laporan polis.

MENERIMA ugutan menerusi media sosial, pelakon Izuan Razali tampil membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara pada Rabu. Ujar Izuan, 30, dia mengambil langkah itu selepas merasakan keselamatannya tergugat gara-gara video prank di aplikasi TikTok.

“Saya terima ugutan daripada individu yang saya tak kenal, ugutan tembak… dia tiba-tiba DM cakap nak tembak, nak pecahkan muka saya kalau jumpa depan-depan.

“Saya datang kat balai ini untuk lindungi diri saya, buat masa sekarang saya serahkan kepada pihak polis untuk handle kes ini.

Izuan Razali mengalah, minta maaf buat prank mengamuk di kedai makan selepas dapat ugutan jenayah

“Dalam masa sama saya nak minta maaf kepada semua. Saya nak jelaskan bahawa semua prank tersebut sudah dirancang lebih awal untuk bantu promosi pemilik kedai,” ujarnya kepada mStar.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja ya.

Sumber: Tiktok Aaron Aziz & IG Daebaking

Leave a Reply

Your email address will not be published.