Uncategorized

[TIDAK RASMI] PRN Johor: Ketua Pemuda dedah berapa kerusi DUN yg BN kuasai

KUALA LUMPUR: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa di 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Perkara tersebut dikongsikan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki menerusi akaun Twitternya.

“Alhamdulillah, BN sedang mendahului di 44 kerusi DUN. Teruskan berdoa. Moga-moga Allah memberikan kemenangan kepada BN demi #KestabilanMasaDepan rakyat dan negeri Johor,” tulis beliau.

BN juga dijangka akan menang di beberapa kerusi lagi untuk meneruskan siri kemenangan bergaya selepas PRN Melaka pada November tahun lalu.

Selepas 14 hari berkempen, pengundi Johor menunaikan tanggungjawab mereka dalam pesta demokrasi yang diadakan pada hari ini (Sabtu).

PRN Johor diadakan selepas DUN negeri itu dibubarkan pada 22 Januari lalu.

BN dakwa kuasai undi pos, undi awal PRN Johor

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mendakwa koalisi itu berjaya menguasai undi pos dan undi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor susulan peti undi kategori itu kebiasaannya dikira lebih awal.

Sumber koalisi itu berkata, perkara itu dimaklumkan bilik Gerakan Utama BN susulan proses perkiraan undi pos dan undi awal difahamkan sudah selesai dikira sebentar tadi.

Jelas beliau, undi-undi ini kebanyakannya daripada pengundi polis dan tentera yang sebelum ini difahamkan memberi sokongan sepenuhnya kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Berdasarkan kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 22,531 rakyat Johor mengundi awal, manakala jumlah pengundi pos adalah melebihi 35,000 orang.

Sehingga kini, belum ada parti yang memenangi sebarang kerusi DUN Johor berdasarkan keputusan tidak rasmi.

“Kejayaan ini memberi petanda baik bahawa BN mampu menang PRN Johor dengan majoriti besar setelah ditolak rakyat Johor pada PRU14,” kata sumber berkenaan kepada Sinar Premium pada Sabtu.

Penguasaan undi pos dan undi awal itu membolehkan BN mendahului parti-parti lain terutama di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Bukit Batu, Senai, Pekan Nanas, Tiram, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Skudai dan Kota Iskandar.

Setakat jam 7.30 malam, BN difahamkan sudah mendahului di 40 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi yang dipertandingkan pada PRN Johor.

Menariknya, PN pada kali ini mengekori rapat di tempat kedua, diikuti PH.

Sehingga kini, belum ada parti yang memenangi sebarang kerusi DUN Johor berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.