Amalan

Influencer Berhijab Suka Menari, Ustaz Dasuki Bagi Komen “Nak Menari Tu Boleh..”

Menerusi video temu bual berkenaan, Sabrina, 22 tahun, tetap dengan pendirian dan merasakan apa yang dilakukannya ketika ini tidak menjadi satu masalah. Katanya, walaupun dia seorang hijabis, tidak salah untuk dia menari dan membuat ‘dance cover’ kerana dunia sudah semakin maju.

Kenyataan tersebut jelas mengundang kemarahan ramai netizen.

‘Jangan sampai tergedik-gedik’

Disebabkan kecaman tentang dirinya tular, ramai yang tampil memberikan respon dan pendapat masing-masing termasuk pakar agama, Ustaz Dusuki. Menerusi perkongsian Ustaz Shariff Al-Azhari di laman TikTok, dia dan Ustaz Dusuki yang turut muncul dalam video tersebut telah memberikan satu teguran yang agak ‘pedas’.

Dalam perkongsian itu, Ustaz Dusuki berkata, tidak salah untuk seseorang itu menari mengikut jenis tarian yang mereka minati namun janganlah sampai melebih-lebih sehingga mengundang salah faham.

Nak menari tu boleh tapi janganlah sampai tergedik-gedik depan orang.

Kalau kita nak menari depan suami kita… atau orang yang haram untuk kita kahwini, itu tidak salah.

Tapi jangan sampai peringkat kita tunjuk tubuh badan kita, sampai peringkat kita nampak mengiurkan… itu yang tak bolehnya.

Tambahnya lagi, tidak salah untuk seseorang itu menari sekiranya perkara tersebut dilakukan di tempat yang tertutup, dan aksi menari itu tidak dipaparkan untuk tontonan umum.

Video berdurasi 59 saat itu telah mendapat respon positif netizen yang beranggapan bahawa perkara yang mereka marahkan telah dihujahkan oleh ustaz tersebut dengan jelas.

Sumber: Tiktok @shariffalazhari

Leave a Reply

Your email address will not be published.