Hiburan

“Pada saya Bob bukan berhijrah” Sabri Yunus Mula Buka Cerita Pasal Bob Lokman

Terdahulu Pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 58, dilanda ujian lagi pada bulan Ramadan ini apabila terpaksa mendapatkan rawatan di hospital ekoran kesihatannya kembali menyusut akibat masalah buah pinggang.

Menurut Bob, keadaannya kini stabil setelah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@IIUM) di Kuantan, Pahang sejak dua hari lepas.

Bob Lokman pernah memenangi AJL menerusi lagu Isabella (Search) pada 1989.

AMY Search menyanyikan lagu Isabella yang liriknya ditulis oleh Bob Lokman di AJL4 1989.

Berikut perkongsian dari Sabri Yunus ketika melawat Bob Lokman baru-baru ini

“Bob Lokman ( Mohammad Hakim bin Hj Lokman)..

” Perjalanan yg panjang dan berliku..
Mengenali Bob adalah mengenali jiwa Kelantan. Mengenali sifat dan jati diri.. memahami realiti..

“Cicit ulamak nusantara Tok Kenali ini dari kecil terdidik dalam persekitaran keagamaan. Pendidikan sekolah Agama di Kelantan meneruskan di Kajang , Selangor.. Latar belakang pendidikan agama dari pengajian dan keluarga tidak pernah hilang atau tertanggal dalam kelana Bob didaerah seninya.

“Sepanjang bersahabat dgn Bob.. saya melihat dan merasai serba sedikit rempah ratus kehidupannya.. zaman susah senangnya.. zaman sehat dan uzurnya.. hingga ke zaman hijrahnya..

” Ya.. Saat kami bersahabat Bob sudah tersohor dalam industri lagu tanah air.. lagu dan lirik hasil seninya sedang di kemuncak.. dan benar saya heret Bob ke industri filem dan drama tv..

” Bawa Bob pada Pi Mai Pi Mai Tang Tu.. dan dari situ Bob meneruskan ke siri yang lain dgn Hafsham..

” Saya bawa di pada filem pertamanya Yes Tuan , arahan Zul Said yang juga pengarah Pi Mai Pi Mai Tang Tu..

“Kemudian Bob bawa saya pula jelajah Malaysia dalam siri Suzuki Road Show.. dari situ saya berkenalan dan bersahabat dgn Ramli Sarip.. dari Bob juga saya mengenali M Nasir..

“Dalam kecelaruan rumahtangga pertamanya saya punya pengalaman yg dekat dgn situasi Bob ketika itu..

Saya jadi mangkuk muntahan Bob. Ya dia akan lega setelah muntah.

Ahhh .. begitulah.. panjang dan berliku persahabatan kami..

” Bob mula berubah dan akhirnya “berhijrah”.. begitu ungkapan yg biasa kita terima.. tapi pada saya Bob bukan berhijrah.. Bob kembali pada peribadinya..Bob tinggalkan dunia geletek geletek dan gurauannya.. pernah dia call saya setelah lebih kurang sebulan dia benar benar kembali pada peribadinya.. saya akur dan setuju saja dgn pilihannya.. kerana saya kenali Bob..

“Semoga Bob sentiasa dalam kasih Allah..” tulis Sabri lagi

Reaksi netizan

“Sahabat dunia akhirat…hanya Allah yg dapat sediakan balasan yang baik buat sahabat berdua ni yg selalu bantu satu sama lain…susah payoh, senang hilai tawa bersama…moga Allah berikan KESIHATAN YG BAIK buat Abang Bob Lokman dan sihatkan kembali tubuh badan dan mudahkan urusan abang Bob Lokman juga kita semua dunia akhirat…insya Allah…Allahumma yassir…aaamin ”

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

kredit: sabri yunus

Leave a Reply

Your email address will not be published.