Hiburan

Selain Hadiah Kereta RM300K, Rupanya Ada Lagi Yg AC Mizal Sediakan Utk Anak

Kuala Lumpur: Pengacara popular, Datuk AC Mizal menegaskan pemberian kereta mewah Mercedes Benz C300 yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 kepada anak lelakinya, Muhammad Reeve Damien sempena ulang tahun ke-18 adalah untuk mengajar anaknya menjadi lebih dewasa dan matang.

AC Mizal berkata, video kejutan yang dikongsikan di media sosial bukanlah untuk memberi contoh kepada ibu bapa lain, sebaliknya atas keinginan diri yang sudah berjanji untuk menghadiahkan sebuah kereta kepada anaknya itu.

Dah Siapkan Stesen TV Untuk Di Warisi

“Sebenarnya pemberian itu supaya dia jadi lebih dewasa dan bukan budak-budak lagi. Saya dan isteri pun sudah siapkan stesen TV untuk dia warisi, jadi sudah tiba masanya dia lebih matang dalam menjalani kehidupan dan berdikari.

“Tiada istilah mahu manjakan anak kerana saya menganggapnya perkara normal. Saya sudah bekerja kuat selama ini dan apa salahnya untuk saya hadiahkan anak saya kereta.

“Walaupun ada yang berpendapat sebegitu selepas saya kongsikan di media sosial, tapi saya tiada niat nak cerita kepada orang kerana pengikut dia media sosial juga ada ramai kenalan saya.

“Saya bukan nak bagi contoh kepada ibu bapa lain, tapi lebih kepada diri sendiri nak hadiahkan sesuatu kepada anak. Saya pun dah tua jadi sudah tiba masanya saya menikmati kehidupan ini bersama keluarga,”katanya ketika ditemui pada majlis Jom Raya Setikar bersama iQiyi yang diadakan di sebuah restoran di sini, semalam

Menurut AC Mizal, pada mulanya dia mahu menghadiahkan sebuah kereta ‘sport’ dua pintu, namun anaknya menolak kerana memikirkan keselesaan serta kesukaran untuk membawa ahli keluarganya bersama nanti.

“Saya dan isteri memang sudah lama menyimpan impian untuk belikan Damien sebuah kereta sebaik dia berusia 18 tahun.

“Pada awalnya saya tawarkan dia kereta ‘sport’ dua pintu tapi dia menolak kerana alasannya nanti susah nak bawa nenek, adik serta famili. Dia nakkan kereta yang miliki empat pintu dan kami pun akhirnya memilih Mercedez Benz C300 selepas pa uji beberapa kenderaan lain.

“Ketika saya belikan kereta ini dia akui takut dan bimbang jika kereta itu tercalar atau terbabit kemalangan, tapi saya cuba yakinkan dia kerana tiada seorang pun bawa kereta untuk langgar orang,”katanya.

AC Mizal, isteri hadiahkan anak remaja kereta Mercedes-Benz

Terdahulu sempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya yang ke-18, pasangan selebriti AC Mizal dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida menghadiahkan kereta mewah berkenaan kepada Muhammad Reeve Damien.

Emylia menerusi perkongsian di TikTok berharap anak lelakinya menjadikan hadiah itu sebagai pembakar semangat untuk lebih gigih menimba ilmu dalam segala aspek kehidupan.

Video kejutan itu dikongsi melalui akaun Instagram (IG) rasmi AC Mizal di bawah nama @emyliadac, semalam.

Emylia berkata, Muhammad Reeve Damien bakal mencapai usia 18 tahun pada 11 Ogos depan.

“Sebenarnya, kejutan dirancang sejak setahun lalu. Tetapi dengan situasi semasa pandemik C0VID-19, semua jadi tergendala.

“Kiranya kejutan ini disambut awal dari tarikh sebenar kelahirannya. Kebetulan hendak tempah kereta berkenaan mengambil masa.

AC Mizal dan Emylia memberi kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada Damien yang sedang meniti alam remaja. Foto Ihsan Emylia Rosnaida
AC Mizal dan Emylia memberi kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada Damien yang sedang meniti alam remaja. Foto Ihsan Emylia Rosnaida

“Dipendekkan cerita, kami terima kereta terbabit, baru-baru ini. Jadi, saya dan suami hadiahkan lebih awal kereta berkenaan kepada Damien,” kata Emylia kepada BH Online.

Emylia berharap hadiah itu menjadi pembakar semangat buat anaknya.

“Semoga Damien akan terus menyerikan kehidupan kita sekeluarga dengan hati yang mulia dan senyuman itu.

“Terima kasih kerana menjadi anak yang baik selama ini. Sebagai ibu, kehadiran Damien ibarat rahmat. Belajar rajin-rajin dan semoga Damien akan lebih menyayangi kami,” katanya.

Sementara itu, AC berkata, biarpun anaknya bertambah usia dan meniti kedewasaan, dia dan isteri tetap memberi kasih sayang tidak berbelah bahagi kepadanya.

“Tidak kiralah berapa umur kamu, Damien akan sentiasa menjadi putera kami. Terima kasih kepada King Merc kerana menguruskan pembelian kereta dan membuatkan anak saya gembira,” katanya.

Selain kereta, Damien menerima kek hari jadi di pusat pameran kereta jenama premium dari Jerman itu.

Selain Damien, AC Mizal dan Emylia dikurniakan anak perempuan, Fea Eryssa yang berusia 15 tahun.

kredit:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.