Hiburan

Gelarnya ‘Director gile’, Beto Kusyairy Kongsi Pengalaman Pertama Kali Berlakon Bawah Arahan Syamsul Yusof

Pertama kali bekerja di bawah arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, aktor berkaliber, Beto Kusyairy menyifatkan pengalaman itu sesuatu yang sangat berharga.

Malah, dia turut menyifatkan Syamsul merupakan seorang pengarah yang ‘gila’ kerana melakukan sendiri kebanyakan kerja melibatkan belakang tabir filem epik Mat Kilau yang akan ditayangkan pada 23 Jun ini.

“Seorang nakhoda ‘gila’ yang kali pertama aku berada di bawah pengarahannya.

“Gila kerana dia juga yang menulis, dia juga yang menjaga lakonan, dia kendali sendiri kamera dan dia yang bakal pecah kepala mengeditnya kemudian.

“Aku angkat tangan dengan kau (tabik) dengan kau Syamsul. Tak semua orang punya kelebihan dan kemampuan ini… syabas!” tulis Beto di laman Instagram.

Selain Syamsul, Beto turut menzahirkan penghargaan buat rakan lakon lain yang terlibat sama dalam filem berskala besar itu seperti Datuk Adi Putra, Fattah Amin dan Yayan Ruhian.

“Terima kasih seluruh warga kerja filem Mat Kilau. Serta semestinnya rakan-rakan lakon yang sama-sama berkongsi babak dan bingk4i.

“Yang baru berpeluang ketemu serta menjalin silaturahim dan yang telah biasa bekerjasama, teruskan bekerja untuk karya dan semoga senantiasa dirahmati dengan hasil yang baik,” tulisnya.

Dalam pada itu, menurut Syamsul, beliau sentiasa mahu memberikan yang terbaik dalam setiap karya

“Beto panggil aku director gile kat set!! Haha”

Beto, 41, memainkan watak sebagai rakan Mat Kilau bernama Wahid yang turut sama dalam misi menentang penjajahan British di Tanah Melayu.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta itu diterbitkan Studio Kembara dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula Khamis ini.

‘Saya manusia biasa yang tak mampu kawal semuanya’ – Syamsul Yusof

Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof, 38, sedia turun padang selepas ini bagi membuat kajian sendiri sekiranya dia masih ada peluang untuk mengarahkan sebuah lagi karya epik terbaharu pada masa akan datang.

Ia berikutan, Syamsul mengakui dia sedar terhadap kesilapan pihaknya di atas dakwaan daripada beberapa persatuan seni silat yang komen mengenai keris dan tanjak digunakan dalam penghasilan filem berkenaan.

“Saya sedar terhadap dakwaan itu yang mengaitkan komen beberapa persatuan tentang kesilapan penggunaan keris dan tanjak terutamanya. Apa yang boleh saya katakan, perkara ini sebenarnya untuk saya menghasilkan sesebuah filem epik seperti Mat Kilau ini, perlu ada kesungguhan dan ketelitian daripada semua pihak.

“Macam saya, sebagai pengarah ada tanggungjawabnya. Begitu juga dengan penerbit ada tanggungjawab mereka termasuk pengarah seni. Jadi, kalau nak cakap soal itu (kesilapan), ia adalah kesilapan daripada pengarah seni filem Mat Kilau ini. Dia yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap itu,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Syamsul berkata walaupun pengarah seni yang buat silap, dia juga tidak boleh menuding jari 100 peratus kepada pihak itu, termasuk juga meletakkan kesilapan berkenaan kepada penerbit yang menjalankan kajian kerana selaku pengarah dia juga yakin 100 peratus kepada penerbit.

‘Apapun, sebagai pengarah saya faham harus memastikan segala-galanya dengan teliti. Tapi, saya adalah pengarah dan manusia biasa yang tak mampu mengawal semuanya.

“Seperti yang kalian tahu, saya pengarah yang membuat banyak kerja dan banyak posisi dalam satu masa. Saya mengarah, menulis skrip termasuk saya juga ‘handle camera’ dan ‘everything’. Jadi, apa yang saya berikan itu sudah yang terbaik dan termampu dibuat. Saya tak dapat pastikan untuk segala-galanya,” katanya.

Justeru, Syamsul berharap janganlah kerana isu yang timbul itu menyebabkan kita terus berbalah dan mengeruhkan lagi keadaan kerana segala apapun juga tiada yang sempurna.

“Apa yang penting, mereka (persatuan) juga harus tahu kami (penerbitan filem) juga sudah memberi yang terbaik. Insya-Allah, jika pada masa depan sekiranya saya ada lagi nak hasilkan filem epik, maka saya sendiri akan buat kajian itu dan datang berjumpa mereka, tiada masalah.

“Bagi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini, apa yang penting kita orang Melayu bangkit kerana itu objektif utama karya seni ini dihasilkan. Semoga kehadiran filem ini juga dapat menyemarakkan semula aktiviti menonton filem tempatan di pawagam selepas dua tahun menghadapi Covid-19,” katanya.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan ditayang di pawagam seluruh negara mulai esok. Ia membariskan pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Ellie Suriaty Omar, Farah Ahmad dan pelakon aksi terkenal Indonesia bertaraf Hollywood, Yayan Ruhian.

kredit: media hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published.