Hiburan

Harga Ayam Bakal Naik, Subsidi Minyak Dimansuhkan Buat Sajat Akui Risaukan Rakyat Malaysia

Usahawan selebriti, Nur Sajat melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila mendapat tahu bahawa harga ayam dijangka akan naik sementara subsidi minyak pula bakal dihapuskan di Malaysia.

Sajat menerusi kemas kini Instagram berkata, sungguhpun tidak layak untuk memberi komen mengenai hal tersebut, namun, dia masih mempunyai keluarga, rakan-rakan dan pengikut di sini.

“Sedih mendengar bila ini kan terjadi pada mereka yang berada di Malaysia. Sajat sedar bukan Sajat layak untuk berkongsi hal-hal ini, mungkin ada yang akan cakap: ‘Sajat kenapa nak ambil peduli hal Malaysia, kau kan dah kat sana, jangan menyibuk‘.

“Mungkin ada betul yang comments seperti itu untuk Sajat, siapalah Sajat untuk berkata-kata, kerana Sajat pun dah kat Australia.

“Tetapi Sajat masih ada keluarga, sahabat, kawan-kawan, sedara-mara, dan follower-follower Sajat di sana. Setiap hari Sajat menerima DM message dari mereka di malaysia yang mereka nak mengikuti Sajat!

“Sajat rasa tak perlulah Sajat cerita lebih lanjut. Mungkin kerana ini lah mereka merayu pada Sajat nak berkerja atau mencari nafkah lebih jika di berikan peluang,” katanya.

Menerusi ruangan komen, terdapat seorang pengikut yang mengucapkan terima kasih kerana masih memberi perhatian kepada rakyat Malaysia sungguhpun dia kini sedang berada di luar negara.

“Terima kasih kerana masih ingat kami di Malaysia… kenapa lah jadi macam ni ya Allah,” katanya.

Dalam pada itu, seorang netizen turun menyatakan yang kos sara hidup di Australia juga kini semakin tinggi. Namun jawab Sajat: “Tetapi Australia bagi pertolongan pada rakyat, jika rakyat sini sakit, kena Covid, kerajaan bagi AUS$750 (RM 2,286) setiap minggu,” katanya.

Terdahulu, menerusi laporan Astro Awani, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee menjangkakan harga ayam mentah di pasaran akan mencecah sehingga RM11 sekilogram.

Menurut beliau, senario itu dijangka berlaku susulan kerajaan tidak lagi menguatkuasakan pelaksanaan harga siling RM8.90 seperti yang diperkenalkan Februari lalu selain menarik balik pemberian subsidi

RM1.40 yang diberi kepada penternak ayam dibawah Skim Kawalan Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Harga ayam dijangka naik RM11 sekilo mulai 1 Julai

ALOR SETAR: Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee menjangkakan harga ayam mentah di pasaran akan mencecah sehingga RM11 sekilogram.

Menurut beliau, senario itu dijangka berlaku susulan kerajaan tidak lagi menguatkuasakan pelaksanaan harga siling RM8.90 seperti yang diperkenalkan Februari lalu selain menarik balik pemberian subsidi

RM1.40 yang diberi kepada penternak ayam dibawah Skim Kawalan Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

“Harga ayam tentu sekali (naik dan) jika diapungkan (ia akan) lebih tinggi daripada RM8.90, ia akan ditentukan oleh pasaran bermula daripada 1 Julai ini.

“Yang pasti (harga) akan lebih tinggi daripada RM8.90, sama ada (berharga) RM10, RM11 ataupun lebih RM11, ia akan ditentukan dengan harga pasaran.

“Tentu sekali kerajaan memantau agar tidak ada elemen (mengambil lebihan untung) yang akan diambil oleh mana-mana (pihak),” tegas Ronald.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke kilang ayam milik Bismi Empire Sdn Bhd (BISMI) di Simpang Empat di sini, pada Selasa.

Ronald, dalam masa sama, memberi jaminan kerajaan akan terus membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40) melalui subsidi yang akan disalurkan secara terus kepada kumpulan berkenaan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

“Kerajaan tidak akan biarkan rakyat untuk membeli harga yang lebih tinggi, sebab itu subsidi untuk (masa) akan datang ini akan dialihkan kepada kumpulan B40 (seperti) , yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dua minggu lalu.

“Kementerian Kewangan dalam proses untuk menentukan jumlah subsidi yang akan dibagi kepada B40 dan bila diadakan (itu) akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan tetapi saya yakin (ia) akan disalurkan bantuan ini sebelum 1 Julai akan datang,” kata beliau.

Dalam perkembangan sama, Ronald memaklumkan, pihak industri penternakan ayam kini dalam usaha mengembalikan semula kapasiti pengeluaran pada tahap maksimum iaitu sekitar 1.8 juta sehingga 2 juta ekor sehari agar tidak lagi berlaku krisis atau masalah kekurangan bekalan ayam seperti yang berlaku sebelum ini.

Tambahnya, pemerhatian lanjut juga sedang dilakukan terhadap bekalan ayam di seluruh negara dalam masa dua hingga tiga minggu lagi sebelum kerajaan mengkaji semula larangan mengeksport ayam ke luar negara.

Datuk Seri Ronald Kiandee memberi jaminan kerajaan akan terus membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40) melalui subsidi yang akan disalurkan secara terus kepada kumpulan berkenaan. – Gambar Astro AWANI

Sumber: Astro Awani (1, 2)

Leave a Reply

Your email address will not be published.