Hiburan

“22 bnduan satu bilik kongsi satu tong utk membuang tnpa penghadang” – Emilia Hanafi Sebak Ceritakn Pengalaman Ketika Dipnjara

Baru-baru ini, bekas isteri ahli perniagaan terkenal, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi, 43 telah menyerah diri di pejabat polis Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk dipenj4rakan selama tujuh hari atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengenai tarikh lawatan tiga anaknya.

Bebeas selepas tamat jalani hukuman
Menurut laporan daripada Kosmo! memetik daripada perkongsian TikTok dari Media Variasi, Emilia hari ini telah dibebaskan daripada tahanan penj4ra di Penj4ra Kajang pada pagi Jumaat.

Tak malu digelar banduan

Dalam temu bual ringkas itu, Emilia memaklumkan yang dia tidak malu digelar banduan kerana mengatakan masuk ke dalam penj4ra disebabkan ketidak adilan yang dialaminya.

“Saya tak malu digelar bnduan, saya masuk atas ketidakadilan, saya tenang hati sebab saya tak buat salah”. katanya.

Cerita keadaan dalam pnjara

Wanita tersebut juga sempat berkongsi keadaannya di dalam penj4ra selama 7 hari selepas tarikh penyerahan diri tempoh hari.

“Rasa syukur saya bebas, saya masuk memang saya dah jihad dan ketika di dalam saya tak ada masalah atau rintangan.

“Saya gunakan masa yang ada sebaiknya untuk diri saya dan bantu rakan-rakan yang lain,” jelasnya.

Dia juga sempat bercerita keadaan di dalam sel tahanan dimana dalam satu sel ditempatkan seramai 22 orang banduan dengan satu tong untuk membuang air kecil dan satu lagi untuk membuang air besar tanpa sebarang penghadang.

“Dalam satu sel ada 22 orang, di dalam sana ada satu tong untuk buang air kecil, satu tong untuk buang air besar, tak ada penghalang dan guna kongsi-kongsi,” ujarnya.

Di akhir perkongsian tersebut, Emilia berharap agar situasi yang menimpanya tidak akan terjadi kepada mana-mana wanita yang lain terutamanya golongan ibu tunggal dan anak-anak mereka di luar sana.

Lihat video

Naratif Emilia Hanafi tak tepat – Peguam SM Faisal

Naratif berkaitan dakwaan Emilia Hanafi dipenj4ra hanya kerana sekali menukar tarikh lawatan tiga anaknya, sedangkan bekas suaminya yang juga ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin tidak hadir 87 kali tidak diambil tindakan, adalah tidak tepat dan berniat jah4t.

Peguam mewakili SM Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata naratif itu yang disebarkan hanya demi memburukkan nama Mahkamah syariah, perundangan syariah serta plaintif, SM Faisal.

Ini kerana katanya, Penghakiman Persetujuan bertarikh 23 Julai 2018 antara plaintif dan defendan, (Emilia) yang direkodkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur di hadapan Abu Zaky Mohammad, adalah sebaliknya.

Penghakiman Persetujuan itu menyatakan enam bulan pertama bermula Ogos 2018, hak lawatan (tanpa bermalam) adalah pada setiap Sabtu dan Ahad antara jam 9 pagi hingga 8 malam untuk minggu pertama dan minggu ketiga setiap bulan, sementara bermula Februari 2019, hak lawatan dan bermalam diberikan setiap Jumaat daripada jam 6 petang hingga 6 petang (Ahad) untuk minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

“Bagaimanapun, SM Faisal tidak pernah sekali dibenarkan berjumpa atau membawa keluar anak-anaknya. Walaupun sudah dipersetujui lokasi perjumpaan di Serene Kiara, Kuala Lumpur, Emilia tidak membawa anak-anaknya ke lokasi itu, sebaliknya menunggu di rumah bapanya di Country Heights, Kajang, Selangor.

“Beliau sengaja berbuat demikian kerana tahu bekas suaminya itu tidak akan hadir di Kajang dan beliau ada sebab melemparkan pelbagai tuduhan. Atas alasan inilah pihaknya menggunakan naratif SM Faisal tidak hadir sebanyak 87 kali walaupun jelas, terma Perintah yang dipersetujui adalah di Serene Kiara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Emilia serah diri di Mahkamah Syariah, jalani hukuman di Penj4ra Kajang

Terdahulu  Emilia menyerah diri di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk menjalani hukuman penj4ra tujuh hari atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah berhubung tarikh lawatan tiga anaknya.

Peguam Syarie, Nazri Yahya yang mewakili Emilia berkata anak guamnya akan menjalani hukuman itu di Penj4ra Wanita Kajang.

Akberdin berkata, SM Faisal memberikan beberapa notis peringatan kepada Emilia bahawa tindakan ‘unilateral’ atau satu pihak Emilia serta anak-anaknya kononnya ‘menunggu’ di Country Heights, Kajang adalah sia-sia dan bertentangan dengan kehendak Penghakiman Persetujuan.

“SM Faisal melalui peguam turut meminta peguam baru Emilia (ketika itu) menasihati anak guamnya itu agar mematuhi perintah Penghakiman Persetujuan itu.

“SM Faisal juga banyak kali membuat laporan polis terhadap tindakan bekas isterinya itu. Dengan kata lain setiap kali SM Faisal hadir ke Country Heights untuk menjemput anak-anaknya keluar, tetapi gagal, akibat helah Emilia. Akhirnya SM Faisal hanya pulang dengan tangan kosong dan kecewa,” katanya.

SM Faisal tak dapat beri hadiah hari lahir anak

Namun menurut Akberdin, hal itu bukan berlaku sekali dua. Pernah SM Faisal membelikan pelbagai hadiah sempena hari lahir anak-anaknya untuk diberikan di mahkamah syariah tetapi Emilia terus bergegas keluar mahkamah dan memungkiri janjinya agar hadiah itu diserahkan di tingkat bawah parkir mahkamah.

Untuk rekod, pada 4 September 2019, Mahkamah Tinggi Syariah di sini, menjatuhkan hukuman penj4ra tujuh hari terhadap Emilia selepas membenarkan permohonan komital (menghina mahkamah) yang difailkan SM Faisal, 43, apabila wanita itu mengubah tarikh lawatan anak-anaknya.

Emilia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Pada 8 Jun lalu, Emilia turut memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah yang menjatuhkan hukuman penj4ra tujuh hari terhadapnya.

Ibu tiga anak itu menamakan SM Faisal, bekas ibu mentuanya Puan Sri Zaleha Ismail, 70 dan lima pihak lain sebagai responden.

Turut dinamakan sebagai responden iaitu Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur dan Kerajaan Malaysia.

Sumber: TikTok Media Variasi, Kosmo, omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.