Uncategorized

“Aku Yang Tak Ada Apa Ini Dapat Cedok Ilmu…” – Beto Kusyairy Kongsi Pengalaman Bekerjasama Dgn Yayan Ruhian

Pelakon Beto Kusyairy menyatakan rasa berbesar hati dapat bekerjasama dengan aktor hebat Indonesia, Yayan Ruhian dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Beto menyifatkan Yayan tidak hanya hebat sebagai seorang pelakon malah pencipta koreografi seni bela diri juga.

“Aku cukup berbesar hati dapat bekerjasama dengan kang @yayanruhian dan team choreonya yang cukup profesional dan faham akan teknikaliti seni tarung wayang.

“Syukur aku yang tak ada apa ini dapat cedok ilmu sedikit sebanyak,” tulisnya.

Dalam pada itu, Beto juga menyatakan tugas seorang koreographer seni bela diri bukanlah sesuatu yang mudah.

“Fight choreographer bukan setakat perlu gerak tarung atau mahir dalam seni bela diri, ianya lebih dari itu.

“Selain perlu memahami kehendak pengarah dan mencipta gerakan, mereka juga perlu tahu mengolah mengikut kesesuaian pada pelakon serta watak dan perwatakannya.

“Yang terpaling penting faham dan punya ilmu tentang sudut pandang kamera dan lens yang digunapakai.

“Gerak tari secantik mana pun jika tak kena dengan camera angle, takkan dapat memberikan impak yang maksimum,” coretnya.

Beto jugak turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan Yayan kerana bertungkus lumus mencantikkan lagi perjalanan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ini.

“Selain kru sebalik tabir yang lain, mereka adalah wira-wira yang tak didendang (selain kang Yayan lah) untuk seni tarung #filemMatKilau ini.

“Penghargaan besar buat @reza.hilman, @cece_ciungwanara, @achmadali.s. Terima kasih kerana buat kami tampak hebat,” tulisnya.

6 fakta mengejutkan Yayan Ruhian yang ramai tak tahu

1) Yayan merupakan pelakon yang berasal dari Indonesia dan dilahirkan pada 19 Oktober 1968. Kampung halamannya adalah di Tasikmalaya di Jawa Barat, Indonesia.

2) Selain menjadi pelakon, dia juga merupakan artis seni belas diri dan pelakon lagak aksi. Yayan mula aktif sejak tahun 2007 lagi.

3) Nama Yuyan melonjak dan dikenali di seluruh dunia selepas membintangi filem antarabangsa bersama Keanu Reaves dalam filem John Wick: Chapter 3- Parabellum pada 2019.

4) Isteri Yayan bernama Wawa Suwartini dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan 3 orang anak. Mereka berkahwin pada tahun 1997

5) Selain berlakon dengan Keanu Reaves, Yayan terlebih dahulu mengembangkan bakatnya ke Hollywood sejak awal pembabitannya dalam dunia seni dengan membintangi filem Star Wars.

6) Antara filem lakonan Yayan Ruhian adalah Merantau (2009), The Raid (2011), Star Wars: The Force Awakens (2015), Beyond Skyline (2017) dan John Wick: Chapter 3 – Parabellum (2019)

Bakal ada Mat Kilau 2 lepas ini, tapi jangan gopoh

Terdahulu, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berjaya mencatat kutipan lebih RM23 juta selepas tempoh tujuh hari tayangan

Ia sekaligus menjadikan ia filem epik Melayu pertama yang pecah panggung. Rentetan kejayaan itu, ramai penggiat seni tempatan termasuk dalam kalangan penonton mahukan kesinambungan filem Mat Kilau.

Pengarahnya Syamsul Yusof berkata, Mat Kilau 2 akan ada sama seperti kebanyakan filem dihasilkan sebelum ini.

” Filem Mat Kilau 2, setakat ini kalau dari bahagian saya sudah semestinya akan ada. Cuma, perkara ini tak boleh gopoh.

” Dalam berkarya ini tak boleh gopoh. Kalau inginkan sesuatu yang berkualiti kena ambil masa, kajian dan sudah tentu nak tingkatkan dan tambah baik untuk selepas ini.

” Tidak kira sama ada filem Mat Kilau atau apa saja pahlawan dan apa jua filem sekalipun kena perbaiki daripada sebelumnya, Insya-Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai adakah barisan pelakon utama Mat Kilau dikekalkan, Syamsul merahsiakannya.

” Bagi Mat Kilau 2 dan pelakon masih terlalu awal untuk saya komen, nanti dahulu… Masih dirahsiakan,” katanya ringkas.

Filem Mat Kilau terbitan Studio Kembara menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Yayan Ruhan dan ramai lagi.

Dalam pada itu, berdasarkan semakan terbaru di Instagram Syamsul, kutipan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan selepas sembilan hari tayangan adalah sebanyak RM32 juta.

Tahniah buat Syamsul Yusof dan kesemua pelakon serta kru produksi!

Terdahulu, Mat Kilau berjaya mencatatkan rekod penjualan tiket yang memberangsangkan sejak ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Mat Kilau juga berjaya mendapat kutipan RM12 juta dalam masa empat hari tayangannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.