Amalan

Disanjung Sebagai Ikon Permotoran, Haqiem Stopa Dis4man. Kesalahan Yg Di Lakukan Memang Tak Masuk Akal

Nama ‘ikon permotoran’ Haqiem Stopa rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya pemuda berusia 22 tahun itu menjadi bualan ramai selepas Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberikan gelaran kepadanya sebagai ikon permotoran anak muda.

Terbaru, tular gambar Tiktokers itu dikenakan saman kerana tidak mempunyai lesen kenderaan. Menerusi gambar itu, Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar baru sahaja disaman pada 17 Julai lalu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pukul 11.39 minit malam.


Perkongsian itu menarik perhatian ramai di mana ramai ‘geli hati’ apabila mengenangkan ikon permotoran yang ‘disanjung’ itu sebenarnya tidak mempunyai lesen memandu.

Terdahulu, video kehadiran Haqiem Stopa ke sekolah untuk berkongsi kisah kehidupannya telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata kurang bersetuju dengan perkara tersebut.

Malah, Menteri Kanan Pelajaran ,Senator Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin mengatakan pihak KPM akan memanggil pemuda tersebut.

Haqiem Stopa ikon permotoran?

Anda kenal Haqiem Stopa? Namanya kini tular di media sosial selepas Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengangkat dia sebagai ikon permotoran anak muda sehingga mencetuskan kemarahan warga permotoran negara.

Gelaran itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan pelumba negara kerana populariti Haqiem menewaskan pengalaman pelumba-pelumba negara yang sebelum ini pernah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa seperti Hafizh Syahrin Abdullah, Azlan Shah Kamaruzaman, Affendi Rosli dan ramai lagi.

Majoriti mempersoalkan gelaran itu kerana tiada yang mengenali Haqiem dan apakah kriteria membolehkan anak muda berusia 22 tahun itu digelar ikon.

Malah ketika diajak untuk berlumba di trek oleh Affendi yang pernah muncul juara di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), Haqiem langsung tidak menyahut cabaran itu malah menghentikan siaran langsung yang dibuatnya di laman sosial.

“Tahu tak maksud ikon itu apa. Ikon ibarat mentor untuk dijadikan inspirasi kepada anak muda untuk dijadikan ikutan. “Betulkah Haqiem ni layak. Lihat saja imej nya, rem di tempat awam, bergaduh, lumba haram, imej pakaian itu sudah cukup. Ini ke belia muda yang harus dijadikan ikutan.

“Saya bukan dengki. Isunya adakah gelaran itu sesuai untuk Haqiem. Sebagai contoh abang Viva di gelar ikon penyelamat. Semua orang setuju kerana sifat baiknya menyelamatkan nyawa penduduk ketika banjir dan hadir membantu pihak berkuasa mengalihkan dan menyelamatkan orang banjir.

“Ini sifat terpuji yang patut belia muda contohi. Bukannya beri gelaran ikon permotoran tapi calon itu sendiri tak menepati untuk di jadi inspirasi kepada belia muda. Nak ke kita lihat belia muda kita akan datang terjerumus dengan pendedahan yang tidak sihat serta terbabit dengan kesalahan undang-undang.

“Bila ikon menunjukkan sesuatu aura yang tidak sihat wajarkah dia dijadikan inspirasi belia muda.

“Jadi saya cabar Haqiem ataupun pengikutnya berentap dengan saya dan kawan-kawan di dalam litar. Segala kelengkapan sut, kasut, helmet saya sediakan. Jika kami kalah barulah hati kami reda dan Haqiem itu memang ikon permotoran,” katanya.

Tambah Affendi lagi, sebenarnya tiada isu langsung pun berkenaan bahan yang dimuat naik berhubung permotoran dibuat oleh pemuda berkenaan, tetapi yang menjadikan dia ralat adalah gelaran ‘ikon’ diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai kelayakan sedangkan ramai lagi pelumba profesional yang pernah berjuang untuk nama negara dalam arena permotoran.

Menjengah komen di laman sosial Ahmad Khan berkata, generasi zaman sekarang ini tidak tahu untuk bezakan ikon yang berjasa dengan seseorang yang hanya ada pengikut dan ‘view’ yang ramai di laman sosial.

Sementara Ebnu Md Amin berkata, Hafizh Syahrin yang sudah pusing merata dunia, yang pertama dari Asia Tenggara wakil dalam saingan MotoGp pun belum dapat gelaran itu.

WAN Ahmad Fayhsal ketika menerima kunjungan Haqiem. FOTO FB Wan Ahmad Fayhsal

Sumber: Facebook Kau ninggal jela

Leave a Reply

Your email address will not be published.