Hiburan

Dulu Sebak Nampak Kereta Arwah Suami Atas Jalan, Kini Hidayah Syukur Berjaya Beli Vellfire. Rupanya Ini Perniagan Yg Dia Usahakan Selama Ini

SAYU… terdahulu sebuah video yang dikongsi balu Allahyarham Abam iaitu Noor Hidayah Mohd Ali mengundang simpati netizen apabila dia meluahkan rasa sedih melihat kereta yang pernah dimiliki oleh mereka di jalan raya.

Menerusi perkongsian di laman TikTok miliknya, Hidayah memberitahu kereta jenis Toyota Vellfire itu hanya tinggal kenangan selepas ia dibeli oleh orang lain.

“Hanya tinggal kenangan kereta arwah suami. Bila Hamzah dah besar nanti, inilah kereta ayah.

“Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya,” ujar Hidayah.
Meninjau ruangan komen ramai dalam kalangan netizen yang turut simpati dan sedih dengan perkongsian itu.

Dalam masa sama, ada juga yang mengutuk tindakan adik kepada Abam iaitu Ali Puteh yang sebelum ini dikatakan menuntut hak kereta tersebut sebelum menjualnya.

Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya

“Insya Allah ada rezeki, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga.
“Hidayah kuat, pasti berjaya. Saya sokong Hidayah dari belakang.

“Susah juga kalau ada waris tamak.
“Sedih zaman sekarang tak tahu apa fungsi faraid dalam Islam. Harta yang diambil itu sepatutnya diamanahkan untuk menjaga anak yatim,” tulis netizen.

Abam dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang kini berusia dua tahun.

Ali (kiri) dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada Hidayah.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.

Selepas kematian Abam, timbul perbalahan antara Hidayah dan Ali berkaitan tuntutan faraid.

Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.

Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, pada Februari lalu mahkamah memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

Menerusi laporan mStar pada 1 Januari lalu, Ali meminta Hidayah bersemuka dengannya bagi menyelesaikan isu faraid.

kredit:mstar

Kini Hidayah Syukur Berjaya Beli Vellfire Hasil Jual Cempedak & Sabun

Meskipun bergelar ibu tunggal, namun ianya tidak mematahkan semangat isteri kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah untuk berjaya dalam perniagaan.

Lebih manis, berkat usahanya menjual cempedak dan menjalankan perniagaan produk kecantikan, Hidayah berjaya memiliki semula kereta jenis Toyota Vellfire.

Baru-baru ini, Hidayah ada memuat naik gambar bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah sempena hari raya Aidiladha.

Turut kelihatan, sebuah kereta Vellfire dibelakangnya sekaligus membuatkan pengikutnya bertanya kepada Hidayah adakah dia membeli kenderaan tersebut selepas kereta arwah suaminya dijual.


Hidayah dilihat ada membalas komen pengikutnya bahawa itu adalah hasil kerja keras dalam mencari rezeki selepas pemergian suaminya.

Dalam pada itu ada yang tumpang gembira dengan pencapaian Hidayah itu yang akhirnya dapat membeli sendiri kereta tersebut dengan hasil usahanya sendiri.

Terdahulu, perkongsian Hidayah menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa sedih ternampak kereta yang dimiliki arwah suaminya di jalan raya. Hidayah berkata kereta jenis Toyota Vellifre itu hanya tinggal kenangan selepas ianya dibeli oleh orang lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.