Hiburan

Gadis Ini Cuba Nyanyi Lagu Casablanca, Tapi Bila Dia Mula Buka Mulut Ramai Terkejut

Siapa saja yang tidak tahu lagu yang tengah trending di seluruh Malaysia sekarang iaitu Casablanca betul tak?

Lagu popular nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin yang bertemakan ala-ala Arab itu telah mendapat perhatian ramai kerana melodi dan liriknya yang menarik.

Malah, lagu tersebut telah berjaya menjadi tumpuan para pendengar di Indonesia. Ramai yang tidak ketinggalan untuk menyanyikan lagu itu dengan lenggok dan gaya tersendiri.

Namun, lain pula yang jadi dalam sebuah video viral ini apabila seorang gadis cuba untuk menyanyikan lagu Casablanca telah membuatkan netizen terdiam selepas mendengar suaranya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Konon nak feeling Arabic, sekali bila buka mulut lain pula yang jadi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @yayazureimy, kelihatan gadis itu sedang berangan di depan kamera sambil memasang lagu Casablanca.

Tidak dinafikan, gadis tersebut memang cantik sambil menunjukkan inai yang dipakainya. Namun, sebaik saja dia menyanyikan lagu itu, ramai terdiam kerana suaranya yang sumbang.

Malah, ramai yang tidak sangka dia akan menyanyi kerana mereka ingat dia ingin membuat tutorial tudung yang dipakai ala-ala Arab itu.

“Mula-mula tengok, SubhanAllah cantiknya. Sekali buka mulut MashaAllah hahaha. Saya suka bakat terpendam macam ni, tapi lebih baik awak pendam je” – Netizen

Sehingga kini, video berkenaan telah tular mencecah 1.7M views, 74.8K likes dan 6.6K shares di TikTok.

Manakala, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu yang konfiden menyanyi walaupun suaranya tidak sedap.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Casablanca paling tular

Lagu dan muzik video (MV) bertajuk Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin yang dilancarkan pada 4 Jun lalu kini menjadi fenomena peminat dan pencinta muzik tanah air.

Di aplikasi TikTok dan Instagram, lagu terbitan Universal Music Malaysia dan Bee Good Media, ciptaan lirik oleh Daqmie dan Abdul Karim Al Ali, produser Amir Hufaz, Khairul, Wan Saleh dan Daqmie.

Ini mencetuskan fenomena tersendiri apabila dijadikan muzik latar bagi kebanyakan video yang dihasilkan pengguna laman sosial.

Muzik video rasmi Casablanca dimuat naik di saluran YouTube Masyhur sudah mencecah lebih lima juta tontonan dan dilayari mencecah lebih 2.5 juta di Spotify.

Begitu juga di aplikasi TikTok di mana lagu ini mencecah tontonan #casablancachallenge mencecah 14.1 juta tontonan.

Tidak cukup dengan itu, lagu Casablanca mencipta sejarah apabila menjadi lagu pertama tempatan yang paling tular dengan menduduki tangga teratas carta Spotify Viral 50 Global, Spotify Viral 50 Indonesa dan juga menduduki tempat ketiga belas Spotify Top 50 Indonesia di penstriman muzik.

Lagi itu turut mendapat kedudukan tempat pertama di aplikasi JOOX Malay Hits manakala di aplikasi Apple Music Top 100, Casablanca menduduki tempat kedua.

Pengarah A&R & Pemasaran Universal Music Malaysia, Hermond Cheng dan Pengarah Urusan BeeGood Music, Amir berkata, mereka berbangga dengan pencapaian yang diraih sekaligus menjadikan Universal Music Malaysia dan Bee Good Media sebagai syarikat rakaman pertama yang berada di tangga teratas carta Spotify Viral di Indonesia.

“Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pendengar, peminat dan pengguna laman sosial sama ada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei atau di mana juga berada kerana mendengar dan menstrim lagu ini hingga tular dan mencetuskan fenomena yag luar biasa,” katanya.

Malah, resipi itu dilihat sangat sesuai buat mereka yang ada ‘crush’ atau yang sedang dalam percintaan.

Disebabkan itu, lagu Casablanca yang menampilkan Wan Saleh, Amir Hufaz, Khairul, dan Daqmie selaku penerbit dan pengubah lagu itu berjaya diterima baik dan dekat di hati peminat.

KREDIT:  https://says.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.