Hiburan

Gangguan Orang ke-3 Adalah Jenayah Syariah, Peguam Syarie Jelaskan Hukuman Yg Boleh Dikenakan

Umum sedia maklum mengenai gangguan orang ketiga dalam rumah tangga Puteri Sarah suaminya, Syamsul Yusof sehingga pelakon itu terpaksa mengambil tindakan undang-undang.

Berhubung konflik tersebut, seorang peguam syarie bernama Nurul Atikah tertarik bagi mengulas lanjut dengan memberikan pandangan dan fakta serta hukuman menanti si pelaku.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Nurul Atikah menegaskan bahawa menganggu rumah tangga seseorang adalah satu kesalahan jen4yah sehingga boleh berdepan hukuman penj4ra.

“Gangguan dari pihak ketiga adalah di bawah bidang kuasa pendakwa kerana ianya merupakan satu kesalahan JEN4YAH syariah. Ya! Mengganggu rumahtangga orang lain adalah satu JEN4YAH ya,” tulisnya.

Nurul Atikah berkata, tindakan ‘menggangu’ itu mungkin dianggap puas bagi si pelaku tetapi terdapat undang-undang yang sedia ada khusus untuk golongan ‘kaki sondol’.

“Nampak seronok ganggu rumahtangga orang, seronok jadi skandal, seronok main-mainkan isteri teman lelaki yang merupakan suami orang…

“…tapi kalau disabitkan kesalahan gangguan dari pihak ketiga boleh dikenakan hukuman PENJ4RA atau DENDA atau SEBATAN atau mana-mana kombinasi hukuman,” katanya.

Malah, dia turut mempersoalkan sekiranya berbaloi menjadi orang ketiga kerana perbuatan itu hanya menjejaskan rekod kehidupan apatah lagi memiliki sejarah dimasukkan ke dalam penj4ra.

“Bayangkan dimasukkan penj4ra hanya kerana sebab menganggu rumahtangga orang?! Berbaloi ke? Habis reputasi ada rekod dipenj4rakan.

“Mahkamah Syariah sekarang dah makin ke hadapan, jangan merendah-rendahkan mahkamah syariah. Dulu orang selalu kata, hukuman kat mahkamah syariah denda sahaja, bawa je duit nanti,” ujarnya.

Pada akhir penulisan, Nurul Atikah turut menasihati kaum wanita supaya tidak melakukan perbuatan keji kerana tiada apa perlu dibanggakan sekiranya berjaya merampas dan merosakkan kebahagian orang lain.

“Jangan merosakkan diri sendiri hanya untuk keseronokan sementara. Jangan menganiayai orang lain tambah-tambah sama-sama gender perempuan yang mana patutnya lebih memahami.

“Jangan normalisasikan dan banggakan yang anda adalah seorang skandal suami orang. Mana sikap perempuan Melayu yang penuh dengan sifat malu. Baliklah kepada fitrah asal kita,” tambahnya.

Terdahulu, pelakon berusia 37 tahun itu nekad memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa menganggu rumah tangganya.

Sumber: Instagram Nurul Atikah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.