Uncategorized

“Islam Suruh Kahwin Cepat, Bukan Berm4ksiat 4 Tahun…” – Puteri Sarah Liyana Mula Buka Mulut

Walaupun kemelut rumah tangga diantara Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof masih menjadi tanda tanya ramai pihak, namun itu bukanlah lesen untuk warganet memberikan komen mengenai status hubungan pasangan ini.

Terbaharu, Puteri Sarah dilihat memberi komen balas kepada individu yang dilihat meninggalkan komennya di ruangan Instagram portal hiburan Xtra baru-baru ini.

Menerusi komen berkenaan, individu yang dikenali sebagai @keropokpisang dilihat meminta aktres berkenaan untuk menerima hubungan Syamsul Yusof dan Ira Kaza memandangkan pengarah tersohor itu mampu dari segi kewangan.

“Mampu nak kahwin lagi, kahwin je lah… Tak payah sibuk…” tulisnya.

Bagaimanapun, tidak hanya berdiam diri, Puteri Sarah tampil menjawab komen terbabit.

“@keropokpisang islam suruh kahwin cepat bukan bermaksiat 4 tahun. Ada beza tu,” balasnya.

Terbaharu, menerusi perkongsian di InstaStory Puteri Sarah sebentar tadi, beliau didakwa sedang menguruskan hal berkaitan rumah tangganya apabila menunjukkan pas pelawat yang beliau kini sedang berada di Jabatan Agama Islam Selangor.

Muat Naik Gambar Berdua, Ibu Mentua Siap ‘Mention’ Puteri Sarah Isteri Syamsul Yusof – ‘Ini Lagi Win Perli’

Kemelut rumah tangga yang dihadapi aktres cantik, Puteri Sarah Liyana dengan pengarah filem tersohor, Syamsul Yusof bukan lagi rahsia. Meskipun rumah tangga dilanda badai, Puteri Sarah mendedahkan bahawa keluarga mentua iaitu ibu bapa kepada Syamsul Yusof sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Perkongsian ibu mentua Puteri Sarah

Sebelum ini, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail pernah membuka mulut mengenai situasi hubungan Syamsul dan Puteri Sarah. Malah Datin Fatimah juga pernah menasihati individu yang menjadi pengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka agar bertaubat. Tidak terhenti di siti, Datin Fatimah ada memuat naik foto anak dan menantunya bersama cucu di saat mengecap kebahagiaan dengan berlatar belakangkan lagu yang agak sedih daripada Opick berjudul ‘Cahaya Hati’.

Menerusi perkongsian terbaharu Datin Fatimah Ismail di Instagram, dia telah berkongsi gambarnya sedang makan tengah hari bersama menantunya, Puteri Sarah. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah kapsyen yang ditulis oleh Datin Fatimah dengan memberitahu bahawa Puteri Sarah adalah isteri kepada anak lelakinya, Syamsul Yusof.

Lunch bersama menantu saya, isteri Syamsul Yusof, Alhamdulillah.

Menjengah ke ruangan komen, Puteri Sarah turut membalas hantaran yang dibuat oleh Datin Fatimah dengan menyatakan rasa sayang terhadap ibu mentuanya itu. Meskipun Datin Fatimah tidak menyebut nama mana-mana individu namun kebanyakan netizen membuat andaian bahawa kapsyen tersebut ditujukan kepada ‘orang ketiga’ yang menjadi pengganggu hubungan Syamsul dan Puteri Sarah.

Tidak terhenti di situ, rata-rata netizen memuji keakaraban antara Puteri Sarah dan keluarga mentuanya bahkan netizwn berharap agar hubungan baik antara mereka akan berkekalan dan bahagia selama-lamanya.

Komen netizen

https://www.xtra.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published.