Amalan Hiburan

Iwan Kongsi Kisah Anak Tidak Mahu Berjumpa Dengannya, Bahkan Mengejek-Ngejeknya

Sejak berhijrah, fokus bekas penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman, 60, lebih tertumpu kepada aktiviti keagamaan dan penyebaran dakwah lebih sedekad lalu.

Jika ada kelibatnya membuat persembahan di kaca televisyen, kebiasaannya hanya membabitkan lagu bercorak ketuhanan yang menjadi pilihannya.

Penampilannya juga cukup berbeza dengan apa yang pernah dilihat pada zaman kegemilangannya.

Membuang jauh imej glamor, tetapi penyanyi jolokan Raja Dangdut kini selesa mengenakan jubah dan kopiah.

Iwan pernah menjadi mngsa hak melawat anak-anaknya dinafikan, anak-anaknya tidak mahu berjumpa dengannya, bahkan mengejek-ngejeknya. Sedih, memang sedih.

Tetapi Iwan menggunakan kejadian itu untuk mengingati tuhannya dan kembali mencari Allah, tuhan yang menguasai hati-hati manusia. Asbab anak-anaknya tidak menerimanya, dia mencari tuhan.

Maka, ingatlah kaum ayah. Always look on the bright side of life. Be positive. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Baik atau buruk, selagi ajal belum sampai, kembalilah kepada kasih sayang yang abadi.

Tenang-tenang, Allah sentiasa ada!

“Saya panggil anak saya nak jumpa, anak saya keluar tapi bukan nak jumpa saya
dia orang ejek saya. Jelirkan lidah, tepuk-tepuk buntut. Dia main-main, dia masuk balik” kongsi Iwan lagi

Umum mengetahui, Iwan adalah bapa kepada pelakon adik beradik Oktovia Manrose dan Aprena Manrose.

Walaupun sudah lama meninggalkan dunia seni dan mempunyai pandangan sendiri mengenai dunia yang pernah mempopularkan namanya, namun, Iwan bersikap terbuka dengan pilihan dan kehidupan dua anaknya itu.

“Saya tak pernah memaksa Oktovia dan Aprena berhijab. Malah, saya hanya memberi nasihat supaya sentiasa berubah ke arah kebaikan.

“Setiap kali bertemu, saya akan tarbiah. Apa yang dilakukan hari ini adalah rezeki. Namun, mereka harus ingat bahawa rezeki jangan dibiar berterusan kerana mereka kena berubah.

“Selain menyampaikan tarbiah, saya juga menghadiahkan mereka buku yang mengandungi hadis Rasulullah SAW. Justeru, saya bersyukur apabila mereka memaklumkan kini sudah berhijab.

“Sebagai bapa, saya hanya mampu berusaha dan berdoa, selebihnya urusan Allah. Doa saya semoga mereka istiqamah dalam berhijab,” ujarnya dalam nada sebak.

Mengulas kehidupannya, Iwan berkata, dia bahagia melayari perkahwinan ketiga bersama Evie Surriyanti sejak 12 tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup bersama wanita yang berasal dari Permatang Siantar, Medan, Indonesia, pasangan itu dikurniakan dengan enam cahaya mata.

“Alhamdulillah, saya bahagia dengan isteri dan enam cahaya mata. Saya memang mahukan ramai anak.

“Walaupun rumah macam kapal pecah dan bising dengan jeritan dan tangisan, tetapi kami tetap gembira,” cerita Iwan.

Terdahulu, Iwan mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penerbit, Allahyarham Rosnah Mohd Noor selama lapan tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata, Wan Ramada Agus Putra, Octovia dan Aprena.

Perkahwinan kedua Iwan bersama Wan Rafidah Abu Bakar pada 1988 hanya bertahan selama lapan tahun. Mereka mempunyai anak angkat, Nursyafiqah Emisya.

Iwan, isteri dan anak-anak pada majlis resepsi anak ketiganya, Oktovia Manrose, baru-baru ini. – Foto IG Oktovia Manrose

Berikut sedikit info mengenai Iwan

Di Malaysia, di Indonesia, Singapura dan Brunei, empat penjuru (negara) ini saya rasa berjutalah peminat-peminat saya, saya dah bawa mereka mungkin di antaranya ada yang terlalai (kerana lagu-lagu saya). Jadi saya ambil kesempatan ini, saya mohon maaflah daripada semua peminat dan juga saya minta ampun kepada Allah SWT.

Sebab sebenarnya pada waktu itu saya memang tak faham. Saya (hanya tahu) nak seronok, saya nyanyi saya dapat duit, memang seronok (waktu itu)….”, ujarnya.

Itulah pengakuan jujur berbaur penyesalan oleh Wan Syahman bin M. Yunus. Dulu beliau lebih dikenali sebagai Iwan Dangdut, kerana peranannya menjulang genre muzik itu. Kini beliau lebih senang dipanggil Iwan Syahman.

Sejak usia mudanya anak kelahiran Sumatera, Indonesia, pada tahun 1961 ini memang suka merantau. Hampir separuh dunia pernah dikunjunginya untuk menimba pengalaman hidup mengikut runtutan jiwa mudanya yang inginkan kehidupan bebas.

Bahkan, beliau pernah tinggal beberapa ketika di Jerman dan Jepun, sebelum datang ke Singapura pada 1980. Pada 1984 Iwan datang ke Malaysia, juga atas kegemaran merantau sambil mencari kehidupan.

Beliau memilih untuk menetap di Seremban. Katanya, secara kebetulan ramai sanak-saudara sebelah emaknya dari Sumatera tinggal di daerah itu.

“Masa tu saya masih muda, belum tahu nak jadi artis ke apa. Tapi di situlah mula berjinak-jinak dengan dunia muzik. Kebetulan saya memang suka bergaul dengan orang, bermain gitar dengan anak-anak muda sambil menyanyi, selalu datang rumah dia orang, makan malam, makan tengahari, ramai lah jadi mak angkat saya”, Iwan membelek kenangan silamnya.

Di situlah beliau mula terlibat secara lebih aktif dengan dunia muzik. Bermula sebagai penyanyi di pub dan kelab malam, beliau kemudiannya menubuhkan kumpulan muzik.

“Selepas dua tahun (di Seremban), pindah ke Kuala Lumpur. Kita main group band pulak, dan yang terakhir group saya tu “The Artstream”. Saya pemain gitar bass, timba pengalaman selama tiga tahun, sambil tu menyanyi juga. Kemudian dari situ saya belajar recording (rakaman). Selepas itu barulah saya pergi ke album, buat sendiri”, ujarnya.

Album pertamanya berjudul ‘Fantasia Musim Cinta’ terbit pada 1993 dan mendapat sambutan peminat. Iwan seterusnya menghasilkan tiga lagi album genre pop dan kesemuanya mendapat sambutan membanggakannya.

Iwan dianggap mencapai zaman kemuncak popularitinya di situ, terutama menerusi lagu-lagu duetnya bersama beberapa penyanyi wanita, termasuk seorang artis dari India. Lagu-lagu irama dangdutnya menjadi kegemaran ramai hingga kini.

“Sebabnya dalam kemewahan itu, nampaknya (zahir) senang tapi yang sebenarnya perceraian demi perceraian berlaku ke atas kita, sebab kita tak faham agama, isteri kita pun tak faham agama. Kita tak dekat dengan Allah, maka dua kali bercerai.

Mula-mula (isteri pertama) orang Kelantan, 8 tahun (kahwin, dapat) anak tiga. Isteri kedua dari Terengganu, tak ada anak, cerai juga lepas 8 tahun,” Iwan memperincikan kegagalan rumahtangganya. “Selepas itulah Allah bagi satu fikir pada saya, saya fikir kenapa sebenarnya hidup saya ini macam ini? Bagi saya, tanda-tanda yang Allah bagi, menerusi ketakutan demi ketakutan yang kita alami, menyebabkan saya terfikir bahawasanya saya perlu berubah.

“Alhamdulillah lah, Allah Ta’ala ni, Dia sangat (dan) masih sayangkan saya. Sehingga kalau kita tengok bukti-buktinya, pada saya lah kan, tak ada lagi sebenarnya cubaan yang berat-berat. Tuah bagi saya, kalau menurut dari hidup saya ini yang sudah terlalu “jauh” (dari agama) ini kan, sepatutnya dah teruk dah (kena ujian Allah), tapi Dia masih beri saya sempurna lagi kan?”, ujar Iwan dalam nada amat positif terhadap rahmat Tuhannya.

Kini, beliau dengan sepenuh hati meyakini perjalanan hidupnya yang sebegitu sudah diaturkan oleh Allah untuknya. Apatah lagi selepas diberikan hidayah untuk berhijrah dan berubah, Allah menemukannya dengan sebuah jemaah dakwah.

Beliau akui, menerusi penglibatannya dalam jemaah tersebut beliau mendapat keyakinan dan petunjuk. “Alhamdulillah, bila saya masuk jemaah, Allah bagi petunjuk kepada saya, nampak keindahan dan keseronokan untuk beragama. Kita perlukan itu (hidup beragama) sebenarnya.

Sedangkan saya zaman remaja sibuk dengan khayalan-khayalan,” katanya. Komitmennya untuk berubah bertambah kukuh apabila merasakan Allah Ta’ala mentakdirkannya untuk berfikir menebus kesilapan silam.

Jika dulu Iwan banyak mengkhayal dan melalaikan orang, sekarang Allah memberinya satu pemikiran agar menyuci dan menebus kembali kesalahan itu.

Selalu kena tarbiah… Iwan Syahman syukur akhirnya anak perempuan, Aprena dan Oktavia Manrose sudah berhijab

BAPA kepada pelakon Aprena dan Oktovia Manrose iaitu Iwan Syahman meluahkan rasa syukur dengan perubahan dua orang anak perempuannya iaitu pelakon Aprena Manrose dan Oktovia Manrose yang kini sudah berhijab.

Ujar Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman Wan Yunus, 60, dia tidak pernah memaksa kedua-dua anaknya itu untuk berhijab sebaliknya terus menasihati mereka agar berubah ke arah kebaikan.

“Saya selalu jumpa anak-anak saya tarbiah. Saya kata ini rezeki kamu, kamu kena fikir bahawa rezeki ini jangan berterusan kamu kena berubah.

“Bila dua orang anak saya Aprena dan Oktovia bagitahu, papa saya dah tutup aurat. Alhamdulillah bagus.

“Tapi untuk mengubah mereka bukan saya tapi Allah. Saya sebagai bapa hanya menasihatkan mereka untuk berubah,” katanya kepada mStar

Iwan bersyukur Aprena dan Oktovia kini mengenakan imej bertudung.

Iwan ditemui pada sidang media pelancara program Hijrahkan Laguku yang diadakan di sebuah restoran di Oakwood Hotel.

Dalam pada itu, Iwan memberitahu walaupun sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri dia tidak pernah memutuskan hubungan dengan anak-anaknya.

Ujarnya, dia akan terus mendoakan dan memimpin mereka ke jalan Allah.

Saya sebagai bapa hanya menasihatkan mereka untuk berubah.

“Saya tidak akan putuskan hubungan dengan mereka. Saya hanya berdoa kepada Allah. Macam Oktovia ada minta doakan dia istiqamah untuk terus berhijab,” ujarnya.

Bercerita lanjut tentang perjalanan hijrahnya, Iwan kini banyak mengubah lagu dangdut yang pernah dipopularknya kepada lirik Islamik.

Katanya, dia juga memberitahu tidak akan menyanyikan lagu-lagu hitnya dahulu walaupun atas permintaan peminat.

“Saya keluarkan lagu-lagu yang sudah tukar liriknya. Kalau ada yang minta saya nyanyikan lagu dulu-dulu… minta maaf saya tidak akan menyanyikannya lagi.

“Sebab dulu saya tak faham, saya rasa menyesal, kesalahan saya dulu Allah bukakan. Saya hidup dalam lautan tidak bertepian, ini perjalanan hidup saya.” ujarnya.

kredit: mstar, hmetro

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.