Hiburan

“Kalau Ikut KL Gengster Kita Dah Sampai” Masa Yusuf Azmi Buat Sidang Media, Tiba2 Syamsul Yusoff Muncul

“Bukan semua benda boleh dijadikan bahan lawak terutamanya membabitkan bangsa dan agama,” tegas Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) Yusuf Azmi.

Gesaan itu dibuat susulan kontr0versi membabitkan seorang wanita yang didakwa menghina Islam dalam komedirinya baru-baru ini.

Yusuf berkata, kini tindakan tegas juga perlu diambil kepada pemilik kelab berkenaan yang dikenali sebagai Rizal kerana membiarkan agama dan bangsa menjadi bahan komedi.

Menurutnya, pemilik kelab terbabit bukan baru membiarkan pelawak komediri di kelabnya menjadikan agama dan bangsa sebagai ‘content’.

“Tindakan tegas juga perlu diambil kepada pemilik kelab yang dikenali sebagai Rizal kerana sudah banyak bahan lawak mempersendakan agama dan bangsa digunakan dalam persembahan.

“Bukan semua perkara boleh dijadikan bahan komedi kerana Malaysia memiliki pelbagai bangsa dan agama yang dijaga sensitivitinya.

“Kami juga tidak akan teragak-agak untuk mogok di hadapan kelab berkenaan selagi tindakan penutupan premis tidak dibuat pihak berwajib,” katanya ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini, hari ini.

Terdahulu, peguam PPSM membuat laporan polis terhadap pemilik kelab Crackhouse Comedy agar tindakan tegas diambil polis dan pihak berkuasa berkaitan.

Turut hadir, pengarah filem Syamsul Yusof dan pelawak Shahrol Shiro bersama lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, Shahrol berkata, komediri bukan cabang lawak baharu namun isu yang dibangkitkan dalam kandungan komedi itu tidak seharusnya melampaui batas.

Katanya, ia sudah pasti tidak sesuai dengan konteks kepelbagaian agama dan kaum di Malaysia kerana boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.

“‘Stand up comedy’ ini sudah lama di barat dan mereka bebas menjadikan apa saja isu termasuk agama dan bangsa sebagai ‘content’.

“Namun, keadaan itu tidak sesuai di Malaysia kerana kita hidup dalam kepelbagaian agama dan bangsa.

“Ia juga memberi imej yang tidak baik kepada industri komedi tempatan yang seharusnya dijadikan platform penyatuan,” katanya.

Dalam pada itu, Syamsul berkata, tindakan tegas wajar dikenakan kepada pemilik kelab yang tidak mampu mengawal pelawak yang membuat persembahan.

Katanya, ini sudah pasti mencetuskan suasana tegang pelbagai bangsa dan tidak seharusnya dibiarkan.

“Isu ini perlu disuarakan lebih vokal supaya tiada individu dan pihak lain yang mencetuskan suasana tegang selepas ini walaupun sekadar hiburan,” katanya.

VIDEO:

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.