Uncategorized

Kelibat Wanita Ni Berniaga di Pasar Siti Khadijah Tarik Perhatian Pengunjung. Rupanya Selebriti Terkenal

Pelakon cantik, Nur Fazura mendedahkan dirinya mempunyai impian untuk bergelar sebagai seorang peniaga selain pramugari ketika masih kecil.

Kini, impiannya untuk menjadi peniaga tercapai ketika mengunjungi Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya iaitu myfazura, dilihat Fazura dapat merasai pengalaman menjual sayur-sayuran di salah sebuah kedai di pasar tersebut.

“Saya teringin nak rasai sendiri pengalaman menjual di Pasar Siti Khadijah dengan peniaga-peniaga wanita yang ada di sini.”kata isteri kepada pelakon Fattah Amin.

Apa yang lebih membuatkan pelakon berusia 39 tahun itu teruja adalah dia berjaya melayani seorang pelanggan yang datang hendak membeli sayur di situ.

“Alhamdulillah, apabila ada pelanggan yang datang membeli, rasa tercapai impian saya nak menjual itu,”ujarnya lagi video Fazura Ke Pantai Timur.

Difahamkan, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin berkongsi video perjalanannya ke rumah jurumekap peribadinya bagi merasai sendiri pengalaman menyambut perayaan Aidiladha di Kelantan.

Pada masa yang sama, pelakon itu turut berkongsikan beberapa akviti menarik yang dilakukan olehnya semasa berada di negeri tersebut seperti mengunjungi Masjid Ar-Rahman, Pulau Nami, persembahan wayang kulit dan berpeluang menjadi tukang karut.

Sumber: Youtube myfazura, omm

Leave a Reply

Your email address will not be published.