Uncategorized

Kesihatan Semakin Mer0sot, Ini Keadaan Terkini Komposer Terkenal, Datuk Ooi Eow Jin

KEADAAN kesihatan komposer terkenal, Datuk Ooi Eow Jin yang menghidap penyakit Alzheimer sejak 2015 dilaporkan semakin merosot selepas dij4ngkiti viru. s C0 vid-19.

Isterinya, Datin Khaw Lean Kee memberitahu selain Eow Jin, anak lelaki mereka Raymond, 57, turut disahkan positif dan kedua-dua mereka masih menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Khaw yang turut positif akibat virus itu namun sudah dibenarkan pulang ke rumah pada Jumaat menurut Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT)

.

Keadaan Eow Jin yang dibantu oleh isterinya menguruskan diri.

Pengerusi yayasan itu, Datuk DJ Dave berkata, Khaw menghubunginya bagi memaklumkan keadaan terkini mereka sekeluarga akibat Covid-19 pada Rabu lalu.

Malah pihak YKAT sempat memberikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada keluarga itu pada 24 Jun lalu memandangkan mereka terdesak dari segi kewangan dan kesihatan.

“Apa yang merungsingkan beliau adalah tentang kesihatan suami dan anaknya, Raymond yang sebelum ini pernah menghidap penyakit ketumbuhan otak.

Sebagai ibu sudah pasti dia bimbang dengan keadaan Raymond meskipun dirinya sendiri sakit tetapi anaknya itu perlukan penjagaan rapi

“Isterinya telah dibenarkan keluar hari ini tetapi dia bimbang bagaimana keadaan anaknya kerana dia tahu anaknya tidak makan dan lapar tetapi tak boleh melakukannya. Dia terpaksa mengharapkan jururawat untuk menyuap anaknya.

“Sebagai ibu sudah pasti dia bimbang dengan keadaan Raymond meskipun dirinya sendiri sakit tetapi anaknya itu perlukan penjagaan rapi,” ujarnya.

Pasangan itu mempunyai dua cahaya mata tetapi anak sulungnya meninggal dunia akibat leukemia.

Eow Jin yang kini sedang mendapat rawatan di hospital akibat dij4ngkiti C0 vid-19.

Sementara itu, DJ Dave berkata, pihaknya ingin melawat Eow Jin dan Raymond di hospital namun atas faktor prosedur operasi standard (SOP), hasrat itu terpaksa dilupakan.

Eow Jin pernah menghasilkan beberapa lagu untuk penyanyi popular tanah air antaranya Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Datuk M Nasir dan Rahimah Rahim.

Berikut Sedikit Info Mengenai Datuk Eow Jin

Ooi Eow Jin, DSPN, lahir pada 3 Jun 1938, ialah pencipta lagu-lagu malar segar bintang-bintang ternama negara kita bermula awal tahun 70an serta menjadi salah seorang pemuzik Malaysia yang aktif dan ternama semenjak awal tahun 70an.

Beliau pernah bertugas bersama Orkestra RTM mulai tahun 1963 di RTM dan kemudiannya di TV3 mulai tahun 1986 sehingga 1999 dan mencipta pelbagai lagu tema pelbagai program-program stesen tv berkenaan.

Pingat kebesaran yang diperolehi beliau adalah hasil pengiktirafan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai anak jati Pulau Pinang.

Barangkali ramai yang lupa dengan lagu dendangan Allahyarham Dato Dahlan Zainuddin iaitu ‘Lagu Ku Untukmu’ yang bermula dengan senikata, ‘Ini, irama hatiku…nada pilu di jiwaku…..’

Lagu berkenaan yang menjadi amat digemari di tahun 70an dahulu adalah ciptaan komposer Dato Ooi Eow Jin.

Tentu ramai masih mengingati yang Allahyarham Dato Sudirman Haji Asrhad menjadi johan pertandingan akhir Bintang RTM tahun 1976.

Persiapan dan rehearsal susunan muzik untuk lagu-lagu dendangan Allahyarham Sudirman di final Bintang RTM 1976 itu dibuat Allahyarhan bersama Dato’ Ooi Eow Jin.

Kemudian muncullah Allahyarham Sudirman dengan album pertama beliau, ‘Teriring Doa’, yang merupakan lagu yang meletup ketika itu juga hasil ciptaan Dato’ Ooi Eow Jin.

Jika mahu mengimbas kembali lagu-lagu malar segar ciptaan Dato’ Ooi Eow Jin ini, taipkan sahaja di youtube tajuk lagu yang disebut dalam artikel ini dan selamat mendengar!

Lagu Gerimis di Lautan dendangan Sudirman juga merupakan ciptaan Dato’ Ooi Eow Jin.

Malah lagu, ‘Jika begini’ dan ‘Hati yang rapuh’ dendangan bintang ternama Rahimah Rahim juga ciptaan Eow Jin. Kedua-dua lagu berkenaan pernah dijadikan lagu latar drama-drama tv sedikit masa lalu.

Pada tahun 1972, Pertandingan akhir Bakat TV yang diadakan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya yang disiarkan secara langsung oleh TV Malaysia menyaksikan antara barisan pengadilnya ialah Dato’ Ooi Eow Jin bersama-sama Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee.

Konduktor Orkestrta semasa Pertandingan Akhir Bakat TV tahun 1971 dan 1972 ialah Prof Dato Dr Hj Johari Salleh. Pada tahun 1981, Dato Ooi Eow Jin menjadi penerbit kepada salah sebuah album penyanyi terkenal tanahair Allahyarhamah Datin Rafeah Buang dengan turut mencipta dua buah lagu iaitu ‘Teman menangis sukar dicari’ dan ‘Joget sayang kekasih’.

Dato Ooi Eow Jin telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Wellesley dan Sekolah Rendah Westlands. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran menengah di Penang Free School.

Setelah menamatkan alam persekolahan, beliau telah berkhidmat sebagai guru sementara di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Cina) Li Tek, Pulau Pinang selama 2 tahun mulai tahun 1956.

Kemudian, beliau berkhidmat sebagai kerani di Jabatan Ukur Pulau Pinang. Beliau belajar bermain piano klasik selama empat tahun sebelum berjinak-jinak dengan muzik pop. Beliau bermain muzik secara sambilan bersama kumpulannya di Pulau Pinang.

Semasa bermain muzik di salah sebuah hotel ternama negara iaitu Hotel E&O Pulau Pinang, Alfonso Soliano seorang pemuzik terkenal tertarik dengan bakatnya lalu menawarkannya untuk bermain dengan Orkestra RTM.

Beliau juga pernah berkhidmat di Institut Teknologi Mara (kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA), Asia-Pacific of Broadcasting, Yamaha Music School, International College of Music (ICOM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pengalaman bersama Ooi Eow Jin

Lebih 10 tahun lepas Dato Ooi Eow Jin muncul di Istana Budaya untuk persembahan lagu- lagu ciptaan beliau di mana Allahyarham Dato Dahlan Zainuddin turut membuat persembahan.

Penulis menunggu sehingga selesai persembahan dan penonton pulang dan Dato Ooi Eow Jin berjalan hendak keluar daripada lobi Istana Budaya menuju ke tempat letak kereta dan penulis mula memperkenalkan diri dan menyatakan beberapa lagu ciptaan beliau termasuk Teriring Doa dan Laguku untukmu.

Beliau agak terkejut bila penulis dapat menyebut mengikut melodi senikata lagu Teriring Doa sedangkan pada malam berkenaan lagu berkenaan tidak dimainkan.

‘Bersama salam ku kirim…teriring doa dan restu..”

Tanpa banyak bertanya dengan mengejut, Dato Ooi Eow Jin meminta alamat dan nombor telefon penulis, beliau berkata dalam bahasa Inggeris yang disebabkan penulis memang tahu lagu-lagu beliau, beliau akan mengepos satu CD yang mengandungi semua lagu-lagu terbaik nyanyian asal penyanyi terkenal tanah air untuk simpanan saya.

Benar, selepas seminggu penulis menerima satu CD yang bertaip (bukan komputer) senarai lagu-lagu ciptaan beliau.

Selepas itu kami sambung berhubung dan penulis ada menonton persembahan beliau di Hotel Ritz Carton Kuala Lumpur beberapa kali sebelum beliau berpindah untuk membuat persembahan secara artis residen di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Selepas itu kami tidak berhubungan lama, dengan secara kebetulan klien penulis ialah Allahyarham Seniman Tamu Negara Kassim Masdor yang ketika itu bertugas di Aswara, Kuala Lumpur yang ingin menemui Dato Ooi Eow Jin dan penulis berjanji untuk menguruskan pertemuan berkenaan segera.

Setelah cuba menghubungi setiap hari selama hampir 10 hari, beberapa kali di nombor telefon bimbit Eow Jin tetapi tidak berjawab penulis maklumkan pada Arwah Kassim Masdor yang tiada jawapan. Namun penulis tahu jadual persembahan harian Eow Jin bermula sebelah petang sehingga malam di Ritz Carton dengan waktu rehat sejam pada jam 6 petang hingga 700 malam.

Kami tiba sebelum jam 6 petang dan Eow Jin terkejut melihat kami muncul dan memohon maaf telefonnya hilang di jalanan masih belum berganti, beliau menghantar kami kedua ke ‘coffee house’ Ritz Carton dan menyambung tugas.

Ketika masa rehat beliau terus ke coffee house mula bersembang isu-isu muzik, alat muzik dan orkestra bersama Arwah Kassim Masdor.

Beliau ada memberi beberapa idea untuk memastikan sesebuah persembahan orkestra itu bermula dengan bentuk yang amat grand yang boleh membuatkan penonton akan mengharapkan ada sesuatu yang lebih menarik akan berlaku sepanjang persembahan dan penulis juga mendengar dengan penuh minat kerana ia sesuatu yang baru bagi penulis.

Kemungkinan majikan-majikan lama Eow Jin seperti RTM dan TV3 serta IPTA IPTA dan hotel-hotel dapat memberi bantuan atau mempertingkatkan bantuan sekiranya pernah membantu kerana di hari tua kini, sebelum tinggal di rumah sekarang, beliau tinggal cuma di gereja atas belas ikhsan gereja.

Namun tiada halanganp un jika pihak masjid ingin membantu kerana penglibatan beliau banyak juga menaikkan nama-nama bintang terkenal tanah air dengan lagu-lagu malar segar yang diciptanya seperti yang disebut awal artikel ini.

Agama Islam mengajar kita membantu sesama manusia untuk membuktikan Islam itu indah malah Nabi Muhammad saw pernah melayani dengan baik penganut agama lain sekali pun mereka memaki hamun dengan perkataan kasar kepada Nabi, dalam usaha baginda untuk berdakwah dalam beberapa kejadian ketika hayat baginda.

Begitu juga dengan artis-artis yang mendapat faedah daripada lagu-lagu ciptaan beliau-bantulah sekadar termampu walaupun mungkin pernah membantu barangkali lama dulu.

Kerajaan Pakatan Harapan sekalipun telah hilang kuasa buat sementara ini, tidak salah membantu juga. Bantulah komposer ternama negara ini yang kini cuma boleh makan, makanan bayi (baby foods).

Wakil-wakil rakyat, Ahli Parlimen dan Adun tidak perlu membeza-bezakan kawasan kerana ketika beliau sihat dahulu lagu-lagu ‘evergreen’, ciptaan dan gubahan beliau dimainkan di corong-corong radio dan peti televisyen seluruh negara di semua sekali kawasan 222 ahli parlimen dan juga semua Dun seluruh negara.

Rasanya bantuan molek disampaikan segera kepada mereka tanpa menunggu apa-apa birokrasi mana-mana persatuan dan badan-badan seni.

Ramai persara-persara RTM yang masih ada yang amat rapat dan kenal kepada Dato Ooi Eow Jin, hubungi mereka untuk diuruskan penyampaian bantuan segera di rumah Eow Jin di Taman Sea Park Selangor.

Beliau sedang terlantar dan tentunya tidak dapat mengingati sesiapa kerana penyakit pelupa ini memang telah lama beliau hidapi. Malah ketika semasa hayat Arwah Kassim Masdor masih ada pun Eow Jin kerap terlupa banyak perkara.

Segeralah bantu, jangan tunggu beliau sudah tiada, muncul memuji-muji jasa beliau di media tetapi tetap tidak membantu juga seperti yang berlaku kepada seniman dan seniwati, komposer-komposer ternama tanah air serta dari Singapura di mana di situlah lebih banyak sejarah lagu-lagu Melayu tanah air kita bermula.

Akhir qalam, al-Quran di turunkan untuk semua manusia iaitu Islam dan bukan Islam, sebab itulah ada ayat-ayat al-Quran bermula dengan ‘Wahai manusia’ di mana firman Allah SWT untuk semua manusia Islam dan bukan Islam.

Manakala ayat al-Quran yang bermula dengan ‘Wahai orang orang yang beriman/Wahai mereka yang beriman’, ayat begini Allah swt tujukan kepada orang-orang Islam. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir dan As Shababul Nuzul)

Justeru bantu membantu sesama manusia, InsyaAllah ada ganjaran di sisi Allah swt.

Malah membantu anjing yang sedang kehausan juga di balas dengan sebaik-baiknya oleh Allah swt seperti yang disabdakan dalam Hadith Sohih yang diriwayatkan dari al-Bukhari dan Muslim.

“Ketika ada seekor anjing yang hampir saja mati kerana kehausan berputar- putar mengitari sumur, tiba-tiba ada seorang pel4cur dari bani Isr4el yang melihat anjing tersebut, lalu dia melakukan sepatutnya dan mengambilkan air untuk anjing itu, kemudian ia memberinya minum sehingga ia diampuni kerana perbuatannya itu.”

kredit: mstar, mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published.