Hiburan

“Lagi Sedap Daripada Nuha”-Ramai Puji Ernie Nyanyi Lagu Casablanca Dalam Sepahtu Reunion

Lagu Casablanca nyanyian Nuha Bahrin bersama Naufal Azrin menjadi siulan ramai selepas dilancarkan secara rasmi lebih kurang sebulan lalu. Ramai juga penyanyi lain turut merakam ulang (cover) lagu itu.

Namun paling mencuri perhatian ialah persembahan Ernie Zakri menyanyikan lagu tersebut ketika muncul menerusi sebuah rancangan televisyen.

Menerusi video yang dikongsi peminat, Ernie Zakri yang tampil sebagai artis jemputan dalam Sepahtu Reunion dilihat sedang mengadakan latihan sebelum bersiaran langsung. Lebih menarik, Ernie menyanyikan lagu Casablanca dengan cara tersendiri.

Dalam video berasingan pula, Ernie dilihat sedang menyanyi lagu tersebut dalam satu babak dia sedang mengelap meja di kedai makan ketika sesi siaran langsung. Tanpa mengubah irama lagu asal, Ernie berjaya melantunkan lagu tersebut dengan baik sekali.

Rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu kini sedang hangat dibualkan wargamaya dek kerana kemerduan suara Ernie Zakri menyanyikan lagu hit tersebut. Malah, ada yang memuji Ernie menyanyikan lagu tersebut dengan baik sekali jika dibandingkan dengan penyanyi asal.

Video penuh

‘Sedap lagi dari penyanyi asal’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pujian dan terpesona dengan persembahan Ernie dalam rancangan tersebut. Ada juga yang meminta Ernie merakam ulang (cover) lagu tersebut bersama suaminya, Syamel.

Netizen Komen ‘Terkucil’ Nyanyi Casablanca Masa Live, Nuha Bahrin Mengaku Susah Kawal Gementar

Penyanyi Nuha Bahrin dikritik netizen selepas persembahan lagu Casablanca bersama Naufal Azrin ketika program MeleTOP pada Selasa dianggap kurang ‘menyengat.’

Susah nak kawal gementar

Ketika dihubungi OhBulan!, Nuha tidak melatah dengan komen-komen negatif malah menerima dengan hati terbuka.

Akui gementar menyanyikan lagu Casablanca di depan orang ramai, Nuha, 21, menyatakan masih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk penambahbaikan dalam nyanyiannya.

Betul saya gementar semalam. Saya masih belajar untuk kawal perasaan gementar ketika menyanyi di depan orang ramai.

Saya faham, setuju dan terima komen itu dengan hati yang terbuka. Masih banyak benda yang saya kene improve dalam nyanyian.

Ditanya adakah perasaan gementar timbul disebabkan takut dengan kutukan netizen, pemilik nama Nuha Sakina Saiful Bahrin berkata dia lebih mengutamakan perasaan diri sendiri.

Saya lebih takut mengecewakan diri sendiri dan orang sekeliling saya. Saya harap selepas ini saya boleh menyanyikan dengan lebih baik.

Sumber: erniezakrivocals

Leave a Reply

Your email address will not be published.