Amalan

Lelaki Ini B0ngkar Sisi ‘Gelap’ Dlm Industri Haji Yg Ramai Tak Tahu

M4lang nasib kira kira 380 bakal jemaah ha.ji apabila dikatakan ter.kandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) sejak pagi Khamis kerana diper cayai menjadi m4ngsa penipvan sebuah agensi pelancongan.

Difaham kan, mereka yang ber kumpul di Balai Pelepasan.KLIA dikatakan menggunakan visa furada bagi menunaikan haji dan bukan nya melalui Lembaga Tabung Haji.(TH).

Berikut pendedahan tentang sisi ‘gelap’ dalam industri Haji yang ramai tak tahu

MEMERANGI RASUAH DALAM INDUSTRI HAJI

Tahun ini kita semua digemparkan dengan berita dimana Arab Saudi telah mengumumkan bahawa tiada Visa Furada dikeluarkan, dan pengendali Haji yang menggunakan Visa Furada hanya boleh mengusahakan untuk mendapatkan visa Mujamalah (Courtesy-budi bicara) sahaja.

Ini adalah satu situasi yang sangat menggemparkan kerana ianya sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Visa furada itu sendiri jumlahnya tak banyak, apalagi visa Mujamalah yang bersifat BUDI BICARA. Tentunya lebih sedikit dari itu.

Apa yang menariknya adalah, harga visa Mujamalah ini adalah berbeza dan dikatakan ‘mengikut nasib’. Keadaan ini memberi impak kepada para jemaah yang berdebar menanti visa mereka sehingga ada yang sanggup melakukan bayaran penambahan sekitar RM 30,000 sehingga RM 50,000 seorang, hanya untuk menampung kos visa yang bermula dari RM 40,000 seorang.

Bagaimanakah hal ini boleh berlaku?

Ada yang men’jual’ nama Arab Saudi dengan mengatakan bahawa pihak ‘sana’ yang minta tambah, tak kurang juga ada yang menggunakan bahasa ‘Harga Visa dah dinaikkan pada tahun ini’ sebagai jalan memahamkan jemaah akan pertambahan kos Haji pada tahun ini, bahkan mungkin lebih teruk pada tahun akan datang.

Tahukah anda, jemaah Haji di Indonesia sanggup membayar sehingga 10,000 USD (sekitar RM 46,000) seorang hanya untuk Mujamalah, sebelum ditambah dengan harga bayaran wajib Haji sebanyak RM 16,000 menjadikan jumlah untuk visa sahaja sehingga mencecah RM 62,000 seorang!

Keadaan ini membawa pengaruh dan kesan yang besar kepada industri Haji dimana visa Mujamalah ini akan menjadi visa yang hanya dikeluarkan kepada sesiapa yang sanggup membayar lebih mahal, jumlah jemaah yang lebih ramai, dan ianya mampu menghasilkan pulangan yang banyak kepada orang tertentu yang terlibat, sehingga akhirnya objektif utama untuk “Membantu orang ramai untuk berangkat Haji” bertukar kepada MELAYAN KETAMAKAN MANUSIA UNTUK BERANGKAT HAJI.

Kepada operator Haji Furada atau Mujamalah yang kebanyakannya terdiri dari kalangan agamawan terkenal ataupun tidak, kalian sememangnya tahu dengan siapa kalian berurusan dan kalian memang tahu apa yang kalian sedang uruskan.

Apabila anda berhadapan dengan urusan tawar-menawar sebegini, berhentilah. Tak perlu berbangga di media sosial yang anda berjaya terbangkan 30 orang VIP di saat akhir kalau semuanya diuruskan dengan cara rasuah atau suapan. Jangan pula kita menjadi orang tengah yang memimpin para jemaah untuk menyemarakkan lagi medan rasuah yang sedang terbuka luas hari ini.

Tahun ini Allah dah tunjukkan depan mata kita betapa buruknya ketamakan ini, janganlah kita pula yang beriya-iya meraikan ketamakan mereka walaupun para jemaah sanggup membayar sekian-sekian harga. Kasihanilah para jemaah kalian. Utamakanlah kesempurnaan ibadah mereka.

Berhentilah.

Saya baru sahaja mendapat berita dimana adanya jemaah yang membayar Haji dengan pakej RM 120,000 seorang, kemudian diminta untuk tambah RM 30,000 seorang, dan akhirnya memperoleh visa Mujamalah tapi semua hotel yang dijanjikan terpaksa diubah dan mereka digabungkan dengan pakej lain yang murah, semata-mata kerana perlu membayar harga visa yang melampau.

Yang sanggup membayar lebih, dia berpotensi tinggi untuk mendapatkan visa. Yang ‘pandai jaga cable’, dia akan dapat visa.

Maka di manakah terletaknya ruang untuk tujuan utama “KAMI BANTU MEMUDAHKAN JEMAAH HAJI” itu?

Kepada mana-mana pengendali Haji atau individu yang melakukan atau mengajar jemaah untuk berangkat Haji dengan menggunakan Visa Pelancong (Tourist) pula, ketahuilah bahawa kalian tidak melakukan pekerjaan yang betul, dan sekiranya kalian berhasil untuk Haji sekalipun, kalian tidak melalui proses yang betul. Ianya sama seperti kalian solat di rumah orang tanpa kebenaran. Pada bila-bila masa boleh ditangkap dan dihukum. Merisikokan orang lain adalah tidak wajar dan boleh dikategorikan sebagai kebodohan.

Tak mampu untuk mengusahakan dengan cara yang betul, bukanlah sebab untuk kita kerjakan jalan yang salah. Kalian boleh sahaja muatnaik di laman sosial dan bercerita kepada orang ramai atas kejayaan penipuan kalian, namun ketahuilah bahawa kalian sedang beribadat di atas jalan yang haram.

Rasuah untuk memperoleh visa, jangan buat, jangan ikut.

Berangkat Haji menggunakan visa pelancong, jangan buat, jangan ikut.

Semoga Allah selamatkan kita semua dari keburukan dunia dan akhirat.

Perkara ini mesti disebut, mesti disampaikan.

P/S : Kumpul jemaah sampai 380 orang adalah sangat tak relevan. Kalau wujud pun visa furada tahun ini, adalah mustahil untuk 1 syarikat itu mendapatkan visa furada untuk kesemuanya.

Wallahu a’lam.

kredit: Farid Masri

Apa Pen.dapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Ko.men Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Li.ke Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggung.jawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu se.belum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung.jawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang me.narik dan menghibur.kan di bawah ini yang dikongsi.kan seperti berikut

Leave a Reply

Your email address will not be published.