Hiburan

“Nad Zainal tanya kenapa tak bagi Syamsul kahwin dgn Ira?” – Sekali Jawapan Puteri Sarah Buat Dia Sendiri Terkedu

Nama pelakon Puteri Sarah Liyana hangat diperkatakan selepas mendakwa kekasih kepada suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini pelakon wanita itu memfailkan saman kepada Ira Kazar dan orang ketiga tersebut diperintahkan oleh pihak mahkamah untuk tidak menganggu Puteri Sarah di media sosial.

Terbaru, ketika siaran langsung (live) di laman Instagram, pelakon Puteri Sarah Liyana diajukan soalan cepumas oleh rakan artis iaitu Nad Zainal mengenai isu kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga dalam dunia realiti.

“Kalau dia (Ira) datang secara baik dan minta izin nak jadi yang kedua, Mu (Sarah) okey ke tak?”tanya Nad Zainal.

Jawab pelakon berusia 37 tahun itu, sekiranya Ira Kazar tampil bersemuka dengannya secara baik pada empat tahun lalu, berkemungkinan dia boleh mempertimbangkan.

“Kalau awal-awal dia buat macam tu..mungkin aku marah. Mungkin akan pertimbangkan. Tapi awal-awal kau dah buat macam-macam, serang mak mentua aku.

“Selepas kena block dengan mak mentua aku, dia kacau pula adik-adik Syamsul. Apa benda!”luah Sarah dengan nada kesal.

Menurut Puteri Sarah, dia turut mengatakan ramai warganet mempertikaikan dirinya menolak dan menghalang suaminya, Syamsul Yusof daripada berpoligami

Pun begitu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini tidak kisah sekiranya berpoligami namun biarlah faham erti tersebut.

“Semua orang kata saya halang poligami. Rasulullah SAW (Nabi Muhammad) sendiri berkahwin lain selepas kewafatan Siti Khadijah. Para lelaki di dalam ini (Instagram) tolong dengar baik-baik.

“Rasulullah tak suka Fatimah az-Zahra (anaknya) dimadukan. Jadi korang baca dulu dan fahamkan. Jangan main cakap kata lelaki boleh kahwin empat. Lagi satu, kalau lelaki nak berpoligami cari keturunan yang baik-baik. Cari bakal isteri yang baik.”terangnya.

Dalam masa yang sama, Puteri Sarah meluahkan kehairanan apabila dikacau oleh pihak ketiga seolah-olahnya dirinya merupakan orang luar.

“Sepatutnya, saya yang pergi hentam, ganyang dia. Tapi, dia yang hentam saya macam saya ambil suami dia. Ini sudah terbalik,”ujar Puteri Sarah.

“Perempuan Tu Tak Kerja, Bapak Dia Ada Sakit”-Isteri Nazrief Nazri Mula B0ngkar Perkara Ini

Terdahulu Isteri kepada pelakon Nazrief Nazri, Aizatul Aqma berkongsi pandangan mengenai polemik rumah tangga antara Puteri Sarah, Syamsul Yusof dan juga individu yang didakwa sebagai orang ketiga, pelakon Ira Kazar.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Aizatul berkata, dia pernah mencadangkan agar Puteri Sarah menyaman pihak ketiga berkenaan, namun, jawapan yang dipulangkan semula kepadanya cukup membekas di hati.

“Jadinya aku rasa netizen perlu tahu seketul Puteri Sarah ni macam mana. Dia bukan meroyan tapi dia pertahankan diri dia sendiri. Ingat lagi dulu I tanya Sarah ‘Kenapa kau tak nak saman dia nok? Makin lama kau biar, makin dia pijak kau’.

“Terkejut dengar jawapan dia, salah satunya: ‘Aku bukan tak nak saman, tapi nanti aku saman siapa nak bayar? Perempuan tu tak kerja plus bapak dia ada sakit. Kalau orang tua tu sakit tak boleh nak kerja, siapa nak tanggung family dia weh’,” tulis Aizatul.

Dalam masa yang sama, Aizatul juga memberitahu yang Sarah merupakan seorang yang sangat baik dan sering menjaga hati orang lain.

“Sarah yang I kenal orangnya baik, tak pandai buat jahat dekat orang. Kau paksalah dia buat macam-macam, end up dia pilih untuk jaga hati orang lain dulu.

“Orang ambik laki dia, buat fake akaun banyak-banyak torture mental dia hari-hari for 4 years tapi dia masih fikir bapak malaun tu sakit, siapa nak tanggung family dia nanti. Aku kena jaga aib suami aku.

“Kalau aku, aku tak sesabar and kuat macam kau nok. Habis aku ganyang rempit rohingya tu. Jaga diri nok, aku yakin kau dah happy. Kau dah tak tanggung sorang-sorang dah, semua orang doakan kau @puterisarahliyana.”

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof diijabkabulkan pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah. Malah, Puteri Sarah sendiri mengakui dirinya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.

Sumber: Instagram @nad.zainal

Leave a Reply

Your email address will not be published.