Amalan

Punca Sebenar Wanita Rambut Pink Pvkul Budak Dengan penyapu Di Dedahkan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua individu yang dikaitkan dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, mngsa juga telah diselamatkan selepas pihaknya menerima satu laporan pada awal pagi Jumaat.

“Pada 22 Julai 2022 jam 12.14 tengah malam pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima satu laporan berkaitan kes penderaan dan menceder4kan kanak-kanak dan satu siasatan telah dijalankan.

“Selepas menerima laporan berkenaan, Polis Kajang pada 22 Julai 2022 jam 2.30 pagi telah bertindak menyelamatkan mngsa dan telah membuat tangkapan ke atas seorang perempuan Melayu dan seorang lelaki warganegara Singapura di sebuah rumah di taman perumahan Beranang, Selangor.

“Suspek berumur lingkungan 28 hingga 30-an. Tahanan reman dibenarkan selama tujuh hari sehingga 28 Julai 2022. Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan, doktor mengesahkan mngsa mengalami keceder4an di beberapa bahagian badan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menerusi video yang dikongsi menerusi TikTok dan Instagram pada Jumaat pagi, wanita itu bertindak memukul kanak-kanak perempuan berkenaan dengan sebatang penyapu.

Wanita itu turut meletakkan batang penyapu ke leher kanak-kanak itu atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

Aksi wanita itu disaksikan oleh seorang lagi wanita yang duduk bersama kanak-kanak berkenaan di meja makan sebuah kediaman.

“Tolong gunakan kuasa viral netizen bantu Aqil. Justice for Alia, shame on you,” tulis pemilik akaun The Aqil 7.

Menurut Aqil, dia merupakan pemilik video itu dan kini sedang berada di balai polis untuk tindakan selanjutnya.

“Saya yang rakam video tu sendiri untuk bahan bukti laporan polis. Alhamdulillah polis bagi kerjasama dengan baik untuk pihak Alia.

“Saya akan jelaskan lebih lanjut lepas semua reda sebab sekarang saya dekat balai dan masih dalam siasatan.

“Saya harap sokongan anda semua dan doakan untuk kami berjuang demi Alia,” ujar Aqil di Instagram Story.

Menerusi komen di posting Instagram, Aqil berkata wanita itu merupakan ibu angkat kepada Alia yang baru sahaja menjaganya dalam tempoh kurang setahun.

Video itu meraih lebih 200,000 tontonan di TikTok dan turut dihujani pelbagai komen netizen di Instagram.

“Kenapa tak ada yang tolong weh. Tak ada ke yang berani selamatkan budak tu?

“Kurang ajarlah perempuan ni. Ingat duit boleh buat segalanya. Tolong la yang ada kuasa ambil tindakan.

“Kau sabar la orang tua, melingkup kat dalam kena balasan nanti,” tulis beberapa netizen.

Video seorang kanak-kanak dipukul dengan penyapu tular pada Jumaat pagi.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan mangsa tidak suka makan nasi dan suspek memaksa kanak-kanak tersebut untuk makan sehingga termuntah.

Mngsa merupakan kanak-kanak yang dikatakan hyper-aktif berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Kesan lebam pada kaki kanak-kanak itu.

“Mngsa telah diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak April 2022 kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya. Mangsa dikatakan dipukul oleh pasangan tersebut menggunakan penyangkut baju, kayu penyapu dan kadang-kadang dicucuh dengan pemetik api,” ujarnya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Leave a Reply

Your email address will not be published.