Uncategorized

Sekolah Kena Kec4m Jemput Haqiem Stopa, Ini Pandangan Cikgu Fadhli

pemotoran yang tidak diiktiraf ramai (tetapi diiktiraf Timbalan Menteri Belia dan Sukan), Haqiem Stopa, untuk memberi ceramah motivasi kepada para pelajar, mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Terdahulu, Haqiem Stopa yang mempunyai lebih 860,000 followers di TikTok memuat naik video menunjukkan kehadirannya di sekolah tersebut untuk memberi ceramah motivasi.

“Terima kasih SMK Sungai Besi,” tulisnya pada kapsyen video berserta dengan hashtag #matrempit.

Dalam satu kenyataan dari Belia Mahir, penganjur program perkongsian motivasi itu berkata, SMK Sungai Besi merupakan salah satu sekolah yang memberi kerjasama terhadap pihaknya, Belia Mahir, yang menlaksanakankan program ‘Cerita Orang Gagal’ di mana program tersebut bertujuan memberi peluang kepada anak muda untuk bangkit dari kegagalan dan maju di masa depan.

“Haqiem Stopa, seorang influencer media sosial yang mana pengisiannya berkisarkan tentang permotoran. Berpendidikan sehingga Tingkatan 3 dan mula merantau ke Kuala Lumpur seawal usia enam tahun.

“Nama beliau mula dikenali selepas mencetuskan provokasi di media sosial dan juga terperangkap dengan presepsi politik terhadap beliau.

“Menerima kecaman, penghinaan, kutukan, ancaman yang hebat yang juga dikira sebagai buli di alam maya. Alami tekanan yang dahsyat dan di atas talian di atas kesilapan yang dilakukan dan perkara yang tidak dilakukan. Beliau hanyalah seorang peniaga kecil mencetak baju untuk aktiviti permotoran,” kata kenyataan itu.

Video itu mendapat banyak perhatian netizen dan salah seorangnya, Kuro Bikeseller yang mempertikaikan tindakan pihak sekolah yang dikatakan tidak mengkaji latar belakang individu berkenaan sebelum diundang untuk memberi motivasi.

“Kenapa dia dijemput? Atas dasar apa? Cemerlang dalam pendidikan? Cemerlang dalam usahawan? Cemerlang dalam dunia permotoran?

“Saya tidak setuju orang seperti ini diberi peluang untuk bercakap di depan budak-budak lapisan zaman akan datang. Orang seperti ini sepatutnya kita abaikan, bukan diberi perhatian.

“Sudah lama saya menahan diri dari memuat naik post tentang budak hingusan ini. Hari ini saya dapat video ini, this is last la bro. Kau nak tunjuk kebodohan kau aku tak kisah, tetapi untuk pelapis, aku tak setuju,” katanya.

Netizen turut menyalahkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal yang menjadi punca kepada bermulanya masalah kerosakkan ahlak di kalangan pelajar sekolah.

“Mat Jargon woi! Habis rosak murid sekolah pasal kau angkat sampah ini sebagai ikon anak muda. Kau ni jelas makhluk perosak agama dan bangsa,” kata Anas Abd Jalil.

Guru sekolah berkenaan juga tidak terkecuali menerima tempias kemarahan netizen.

“Cikgu mana b0doh gampang jemput dia ni? Jadi cikgu guna sijil tipu ke?” soal Nik Mohamad Khairi.

“Kalau aku jadi mak ayah budak-budak sekolah ini, aku dah complaint dah. Memang mesyuarat PIBG tu dengar suara aku memekak je sebab nak doktrin anak-anak aku dengan idola tak berguna macam ni,” kata Siti Norbaizura.

Dalam pada itu, aktivis sosial di kenali Cikgu Fadli melahirkan rasa tak setuju

“Tular video kelmarin yang dikongsi oleh Stopa sendiri. Ramai marah bila ada sekolah jemput Haqiem Stopa ke sebuah sekolah menengah.

Aku tertarik satu komen netizen ni,”

Aku tak kisah si Stopa nak merempit ke, nak fly ke, nak buat gaya bodoh dan bahaya apa pun. Itu hak dia. Lantak dia.

Tapi bila dia dibawa ke sekolah untuk pengaruhi generasi dan budak-budak sekolah, memang aku tentang habis habisan”.

“Entah lah. Aku pun tak setuju. Dah kenapa tak panggil ribuan orang lain yang hebat dan boleh bagi pengaruh baik kepada pelajar sekolah?

#MFS

Berikut pula penjelasan dari Pihak Penganjur

Biar Jadi Bekas Orang Jahat, Jangan Jadi Bekas Orang Baik

CERITA ORANG GAGAL (COG)

Cerita Orang Gagal (COG) ialah inisiatif dan platform mengenai PELUANG KEDUA.

Mendapat PELUANG KEDUA dalam hidup adalah tentang memberi diri anda peluang untuk berkembang melampaui kegagalan masa lalu anda. Ini tentang menyesuaikan sikap anda secara positif terhadap kemungkinan masa depan.

COG telah banyak menjelajah ke seluruh negara (sekolah, komuniti, kementerian/jabatan/agensi kerajaan dan swasta) dengan menampilkan bekas pesalah juvana, bekas banduan, bekas kepulihan dadah dan sesiapa sahaja yang melalui kegagalan yang teruk di dalam kehidupannya untuk berkongsi pengalaman hidup. DI penghujungnya, jika anda di kalangan orang berjaya mungkin akan terdorong untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat dan jika anda di kalangan yang gagal akan rasa diri anda tidak keseorangan dalam menghadapi ranjau kehidupan ini.

####

CERITA ORANG GAGAL – BULI ITU JENAYAH!

Tahun ini COG bicarakan mesej mengenai BULI ITU JENAYAH. Kami tampilkan seorang bekas pembuli yang juga mempunyai masa lalu yang negative kemudian jalani hukuman di Sekolah Henry Gurney. Turut di bawa sama ialah yang telah dan sedang di buli di alam maya atau lebih dikenali dengan perkataan “kecam”, salah satu kaedah buli yang popular di kalangan masyarakat kita.

###

EMAM SAPEKRI

Perkongsian pertama menampilkan Emam Sapekri. Berasal dari Melaka dan sudah berumahtangga, seorang usahawan di Pantai Klebang. Masa lalu yang buruk dan sikap sebagai pembuli dan keterlibatan dalam keganasan berkumpulan telah menyebabkan beliau di hantar masuk ke Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas. Kebangkitan selepas Peluang Kedua membawa beliau kearah nilai positif dan mendapat 8A 1B dalam SPM 2013. Merupakan seorang Ikon Reben Kuning 2019 di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang menggerakkan Projek Reben Kuning (Peluang Kedua).

###

HAKIEM STOPA

Perkongsian kedua pula menampilkan Hakiem Stopa, seorang influencer social media yang mana pengisiannya berkisar tentang permotoran. Berpendidikan sehingga Tingkatan 3 dan mula merantau ke Kuala Lumpur seawall usia 16 tahun. Nama beliau mula dikenali selepas mencetuskan provokasi di media social dan juga terperangkap dengan persepsi politik terhadap beliau. Menerima kecaman, penghinaan, kutukan, ancaman yang hebat yang juga dikira sebagai buli di alam maya. Alami tekanan yang dahsyat dan di atas kesilapan yang dilakukan dan perkara yang tidak dilakukan. Beliau hanyalah seorang peniaga kecil mencetak baju untuk aktiviti permotoran.

##########

RIZAN HASSAN

Peranan saya sejak sekian lama hanyalah sebagai PEMBIMBING. Saya pernah di platform kepimpinan belia negara. Setelah bergelar PEMIMPIN BELIA, saya fikir anak muda termasuk remaja sekolah lebih memerlukan PEMBIMBING di kalangan orang dewasa yang boleh di percayai. Cerita Orang Gagal (COG) adalah sumbangan yang saya berikan untuk kesedaran anak bangsa.

Separuh dari hidup saya, Separuh dari hari saya, dan Separuh dari tahunan saya adalah untuk Belia Berisiko, Belila Tercicir dan Belia NEET (Not in Employment, Education and Training). Saya ada kerja hakiki saya sendiri dalam dan luar negara. Saya ada pendapatan yang baik tetapi malangnya saya tidak berada di kelompok orang berjaya, sebaliknya di kelompok orang gagal. Maka sebab itu, kekallah saya dengan Cerita Orang Gagal.

##########

BAYARAN

Tiada bayaran di kenakan kepada sekolah.
Tiada sumbangan yang sekolah berikan kepada saya.

Tiada bayaran kepada para penceramah.
Hanya minta sekolah sediakan NASI LAUK AYAM MASAK MERAH.

Dan kami gembira sangat sekolah berikan sijil penghargaan kepada kami.
Kos perjalanan dan penginapan adalah tanggungan sendiri.

Apa pun, terima kasih yang baca penjelasan saya. Yang baca tapi tak faham, saya minta maaf kerana kemampuan saya setakat ini untuk memahamkan anda. Yang terus kekal ada stigma atau persepsi buruk saya minta maaf kerana membuatkan anda terus memarahi kami. Yang dulu kawan kini tiba-tiba menolak jadi kawan tak apa, anda terus jadi kawan saya kerana saya amat hargai anda. Yang dah jemput ke sekolah tapi terpaksa batalkannya saya faham kerana kita di Malaysia memang perlu ada semangat Saya Yang Menurut Perintah. Terima kaish kepada yang memahami perjuangan saya dan menyokong orang-orang gagal untuk kebangkitan.

JIHAD DI BULAN ZULHIJJAH

Jangan Matikan Lampu Kerja Saya
– RIZAN HASSAN
06.07.2022

Sumber: Haqiem Stopa, Kuro Bikeseller, Cerita Orang Gagal via The Reporter

Leave a Reply

Your email address will not be published.