Entertainment

Selepas Crackhouse Di Tutup Sementara, DBKL Dedah Ada Yg Tak Kena Buat Ramai Terkejut

Kelab Komedi Crackhouse telah beroperasi tanpa lesen hiburan, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Jalaluddin Alias.

Premis di Taman Tun Dr Ismail yang terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu hanya mempunyai lesen restoran, katanya.

“Mereka perlukan kedua-duanya. Jadi mereka pasti melanggar syarat-syarat itu,” katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris The Star.

Jalaluddin berkata DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pengendali kelab berkenaan hari ini (Selasa). Crackhouse perlu menjawap dalam masa 14 hari.

Operasi kelab komedi itu digantung sejak Ahad lalu susulan siasatan ke atas satu klip video tular yang dipercayai menghin4 agama Islam.

Video berdurasi 54 saat itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen dalam kalangan netizen apabila seorang wanita yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran sebelum menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata.


Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

Tindakan menggantung sementara operasi kelab itu, bagaimanapun, menerima banyak kritikan daripada pelawak dan warga maya yang percaya kelab tersebut tidak sepatutnya dihukum atas tindakan wanita berkenaan yang melakukannya secara spontan.

Jalaluddin dilaporkan berkata Crackhouse boleh memfailkan rayuan dalam tempoh 14 hari, dan juga memohon lesen hiburan daripada DBKL.

“Saya akan menyerahkan kepada jawatankuasa untuk menyiasat sama ada lesen sekarang telah disalahgunakan,” katanya.

Wanita hin4 Islam didakwa esok

Wanita yang menghin4 agama Islam di kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) akan dituduh di mahkamah esok.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, kertas siasatan polis sudah dirujuk kepada pejabat peguam negara.

“Susulan itu polis mendapat arahan untuk menuduh suspek mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Reman ke atas suspek yang tamat pada hari ini turut disambung selama satu hari sehingga esok,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, teman lelaki suspek juga akan dituduh di mahkamah esok mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kelmarin, Noorsiah dilaporkan berkata, wanita berusia 28 tahun itu ditahan Sabtu lalu dan direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Polis turut menahan kekasih kepada wanita berkenaan kelmarin dan turut direman tiga hari sehingga esok.

Terdahulu, siasatan dimulakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penularan video menunjukkan seorang wanita menghin4 Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi.

Siasatan berhubung kes berkenaan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Kertas siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni.

Selain itu, kertas siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sebelum ini, tular video berdurasi 54 saat menunjukkan seorang wanita tampil berpakaian sopan dalam satu majlis di sebuah kelab malam di TTDI.

Dalam video berkenaan, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba dia menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan auratnya.

kredit: utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.