Hiburan

“Silap-Silap Ke Dalam Nanti” – Abby Abadi Pesan Pada Wanita Jgn Mengg4tal Dgn Suami Orang

Pelakon Abby Abadi memberi peringatan kepada wanita-wanita diluar sana untuk tidak menganggu suami orang.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, dia mengatakan menganggu rumah tangga orang lain boleh dikenakan tindakan undang-undang dan seterusnya dipenjarakan.

“Suami orang jangan try-try, silap-silap ke dalam nanti. Tapi kalau suami yang menggatal dulu, yang melayan juga yang kena ke? Suami tak kena apa-apa?,” tulisnya.

Pada masa sama, Abby turut berpesan supaya jaga keluarga yang Tuhan telah anugerahkan kepada kita.

“Apapun, sekadar mengingatkan. Hidup penuh tanggungjawab, dah ada keluarga, jaga keluarga ya. Sakit nak jawab dengan Allah nanti,” ujarnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Abby seakan-akan menujukan hantaran video itu kepada seseorang dan ramai yang bersetuju dengan pendapatnya itu.

Selalu Jumpa Norman & Memey, Abby Abadi Jawab Tuduhan Tak ‘Move On’ – ‘Norman Tu Yang Selalu Datang’

Rupanya ada segelintir peminat yang kurang senang melihat hubungan baik yang dikekalkan oleh pelakon Abby Abadi bersama bekas suaminya Norman Hakim. Biarpun sudah lama berpisah, keakraban mereka sudahpun terjalin sejak berpisah lagi, namun baru-baru ini ada netizen menuduh Abby seperti tidak boleh meneruskan hidup baru.

Anggap Norman dan Memey macam adik beradik

Menerusi beberapa video yang dimuat naik Abby di laman TikTok, dia berkongsi beberapa jawapan dan soalan netizen. Rata-rata soalannya berkaitan hubungannya dengan Norman dan Memey yang dilihat keterlaluan seperti didakwa netizen.

Abby dengan tenang menjawab dia sudah lama melupakannya dan menganggap Norman dan Memey ibarat adik beradik.

Sudah-sudahlah tu, takde luka dah saya ni. rilek-rilek sudah. Alhamdulillah saya okay je sekarang. Takde rasa apa pun kalau berdepan dengan Norman dan Memey.

Norman yang selalu datang rumah jumpa anak-anak

Abby yang aktif menjawab persoalan netizen itu turut menjawab beberapa pertuduhan yang dilemparkan netizen terhadapnya. Seorang netizen memintanya supaya tidak selalu berjumpa dengan Norman dan menganggap Abby tidak ‘move on’. Abby bagaimanapun menafikan kenyataan tersebut.

Lain kali cakap siang pandang-pandang. Jangan main terjah je. Tak pernah pun saya nak heran nak ada selalu dengan Norman tu ye.

Norman tu yang selalu datang rumah saya ambil anak-anak dia, jumpa anak-anak dia. Raya pun diorang datang rumah kita. Kita selalu dengan Memey je.

Awak malu-malu sikit ye kalau nak tuduh-tuduh. Jangan main sembur je. Mati tak sempat nak minta maaf nanti. Susah kat Masyar tau.

Umum mengetahui, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada 2002 tetpi bercerai pada tahun 2009. Hail perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dannia Hakim dan Danisha Hakim.

Sumber: abbyabadi112

Leave a Reply

Your email address will not be published.