Hiburan

Suami Bayar RM950 Untuk ‘Cuci Kereta’, Netizen Bantu Isteri Jelaskan Mengapa Harganya Begitu

Bagi penjagaan sesebuah kereta untuk sentiasa nampak seperti ‘kereta baharu’, ia perlu dibuat pada tempat yang betul dan kosnya tidak murah serta kualitinya tidak boleh disamakan dengan ‘kedai cuci kereta’ yang beroperasi di bawah pokok.

Orang ramai baru-baru ini berasa geli hati selepas menonton reaksi seorang wanita yang terkejut apabila melihat harga pada resit yang diterima suaminya selepas mencuci kereta di carwash parking mencecah sehingga RM950.

“Tengok lelaki bila cuci kereta, tengok. Cuci kereta, bukan beli kereta tau,” ujar wanita berkenaan selepas terkejut mendapat tahu harga ‘cuci kereta’ semahal itu.

Perkongsian video itu telah mengundang rasa lucu kepada warganet, pada masa memikirkan bagaimanalah suaminya hendak menjawab persoalan isterinya.

Rata-rata memberitahu, ‘servis cuci kereta’ yang diambil oleh suaminya bukanlah cuci luaran semata-mata sahaja. Sebaliknya ia melibatkan coating, ‘lapisan’ untuk menjaga kualiti cat asal kereta berkenaan.

Menurut orang ramai lagi, harga servis coating itu boleh dikatakan antara yang termurah, kerana ada lebih mahal dan berkualiti yang boleh mencecah sehingga ribuan dan puluhan ribu ringgit.

Tambah netizen, coating ini boleh bertahan untuk tempoh yang lama (bergantung pada pemilihan kualiti). Jadi ia agak berbaloi kerana umpama satu ‘pelaburan’ untuk kereta sentiasa nampak cantik seperti baharu keluar dari showroom.

kredit: https://www.thevocket.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.