Hiburan

“Tak Sabar Sangat Nak Cari Laki Ni” – Di Cop Gatal, Ini Reaksi Matang Shila Amzah

Penyanyi berbakat yang turut dikenali di dalam dan luar negara, Shila Amzah menerima kecaman daripada netizen ketika berinteraksi menerusi ‘send me anonymous messages!’ di Instagram.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story (IG Story), penyanyi ini menjawab soalan-soalan yang diajukan kepadanya dan salah satu mesej tersebut menuduhnya gatal dan tidak matang.

“Alahai macam tak sabar sangat nak cari laki ni, rileks lah jangan tunjuk sangat.

“Dari dulu sampai sekarang suka over kalau bab relationship, tunjuk matang sikit Shila. Malu lah macam gatal sangat,” tulis netizen itu.

Kemudian, Shila membalas kenyataan netizen tersebut dengan menidakkan tuduhan negatif kepadanya.

“Aiyo what is this? Mana Sha pernah cakap benda ni. Kalian ni halusinasi benda lebih-lebih eh padahal Sha tak ada cakap pun.

“And, salah ke kalau nak happy-happy kalau single sekali pun. Hidup jangan jadi pendengki, binasa diri,” tulis Shila.

Kemudian, di IG Story seterusnya, penyanyi yang menempa nama di tanah besar China ini mendedahkan hanya dua orang bekas teman lelakinya sahaja yang kacak selepas seorang netizen mengatakan kesemua bekas teman lelakinya kacak.

“Kalau nak timbang tara yang elok (kacak) maybe dua orang je kot, yang lain-lain tu boleh lah.

“Tak handsome tapi dibutakan dengan dengan cinta,” ujarnya.

Terdahulu, Shila berdepan dengan pelbagai komen-komen negatif di media sosial tentang bentuk badannya.

“Saya tak pernah ‘single’ terlalu lama. Hidup saya bosan….”-Shila Amzah

Shila Amzah memberitahu pintu hatinya tidak pernah tertutup untuk menerima kehadiran mana-mana lelaki dalam hidupnya selepas dirinya bercerai.

Menurut laporan Harian Metro, penyanyi berusia 32 tahun itu sudah mulai bosan hidup tanpa pasangan.

“Saya tak pernah ‘single’ terlalu lama. Hidup saya bosan kalau kerja saja dan tak ada apa-apa hubungan.

Pun begitu, jelas anak kepada penyanyi ND Lala, dirinya bukanlah tidak boleh ‘single’ terlalu lampu, sebaliknya ia menyeronokkan tapi bukan untuk setiap hari.

“Saya bukanlah tak boleh ‘single’ terlalu lama. Jadi ‘single’ ini seronok tapi bukan untuk hari-hari.”kata Shila.

Pada masa yang sama, Shila menegaskan dirinya tidak pernah serik untuk mendirikan rumah tangga kerana baginya tidak semua lelaki mempunyai personaliti yang sama.

“Saya juga tak serik untuk berumah tangga sebab saya masih muda dan yakin semua lelaki tidaklah sama.

“Kita tak boleh nak pukul rata semua lelaki.” jelas pelatun lagu Patah Seribu itu.

Malah, ibu kepada anak seorang ibu mengatakan dirinya tidak pernah meletakkan sebarang tanda aras tertentu dalam mencari teman hidup. Menurut Shila, dia hanya mementingkan keserasian diri dan pasangan sahaja.

“Saya dah tak ada ciri spesifik untuk lelaki yang saya mahukan. Orang kata kalau nak doa untuk jodoh perlu spesifik seperti sebelum ini.

“Saya terlalu spesifik sangat macam kena tinggi dan kena pandai. Selepas ini, saya akan lebih terbuka dan tengok mana yang lebih sesuai.”terang Shila apabila disoal mengenai kriteria pilihan hati.

Mengulas lanjut mengenai hal tersebut, penyanyi yang fasih berbahasa cina itu mengatakan keserasian yang dimaksudkan adalah cara bercakap dan bergaduh yang sama.

“Keutamaan saya adalah keserasian dari segi cara bercakap yang sama dan cara bergaduh yang sama. Maksudnya, kita boleh faham bahasa cinta antara satu sama lain.

“Itu semua penting, kalau tak sama jadi penat dan pada saya memang buang masa,” katanya.

Walau bagaimanapun, Shila mengatakan dirinya gembira dengan kehidupannya dan bukannya dalam proses untuk mencari pasangan hidup.

Apa yang dia hendak sampaikan adalah hatinya tetap terbuka dan menerima sesiapa sahaja sebagai pasangan hidupnya.

“Sekarang saya gembira dan bukan dalam proses untuk mencari-cari pasangan hidup baharu. Ia belum lagi, tapi pintu hati saya tetap terbuka untuk menerima orang baharu.

Terdahulu, Shila mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan bekas suami Haris Idraki Elias menerusi perkongsian di laman Instagram dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais, 3 tahun.

Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Di Instagram, penyanyi Shila Amzah telah mengejutkan orang ramai dengan perkongsian berita perceraiannya.

Selain update mengenai keadaan semasa keluarganya ketika banjir, Shila mengatakan dia sudah tidak tinggal bersama suaminya, Haris Idraki.

Bagi yang tertanya-tanya apakah punca dan sebabnya, berikut adalah kronologi kes perceraian pasangan ini;

#1 Sudah dua bulan keluar dari rumah di Cyberjaya

Luah Shila di Instagram, orang ramai tidak mengetahui akan perjuangan dan pergelutan yang dihadapinya dalam rumah tangga mereka. Malah dia juga akui telah keluar dari rumahnya di Cyberjaya sejak dua bulan yang lalu.

“Sha sentiasa menunjukkan wajah gembira. Orang tak tahu perjuangan Sha. Dengan susah payahnya Sha sedang bergelut sekarang. Dah dua bulan Sha keluar dari rumah dengan Seth dengan tumpang di rumah mak abah di Langat.”

#2 Tiada tempat tinggal

Pada masa yang sama penyanyi ini juga mendedahkan dia tidak mempunyai tempat tinggal lagi selepas keluar dari rumahnya sejak dua bulan lalu. Jika sebelum banjir melanda, dia terpaksa menumpang rumah kedua ibu bapanya. Kini dia terpaksa menumpang di rumah ibu saudaranya pula.

“Rasa sedih sangat sebelum ni tumpang berteduh di rumah mak abah. Tapi sekarang kita semua hilang tempat berteduh. Sekarang kita semua tumpang rumah makcik Sha.”

#3 Suami tak mahu keluar dari rumah Shila

Shila kemudiannya mendedahkan dia tidak boleh pulang ke rumahnya di Cyberjaya kerana tidak selesa dengan kehadiran suaminya. Malah dia berharap dia dapat pulang dan suaminya keluar daripada rumahnya dengan segera.

“Sha ada rumah kat Cyber pun tak selesa nak balik sebab si dia masih berada di rumah Sha. Seth tak selesa, Sha pun tak selesa. Kesian satu family Sha duduk dalam satu bilik

#4 Shila Amzah sah bercerai selepas 4 tahun mendirikan rumah tangga 

Shila Amzah akhirnya mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya Haris Idraki Elias, pada 8 FEB 2022.

Berita tersebut turut dikongsi Shila menerusi laman sosial Instagram (IG)nya.

Menerusi hantaran tersebut Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 31, turut melahirkan rasa syukur selepas urusan perceraiannya bersama bekas suami selesai dan berjalan lancar.

“Alhamdulillah, case Sha dan bekas suami dah selesai tadi.

“Kita akan berusaha jaga dan sayangi Seth sampai bila-bila.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan,” tulisnya.

Selain itu Shila turut memuat naik video di InstaStory, selepas urusan penceraian selesai.

“Semua orang berkahwin untuk mencari kebahagiaan, tak ada orang dalam dunia ni berkahwin untuk bercerai.

“Apa sahaja kemungkinan dan juga kemudaratan yang berlaku pada diri kita pasti ada hikmahnya. So, let’s move on and do our best to build our life untuk menjadi yang lebih baik,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Affan Rostam)

Leave a Reply

Your email address will not be published.