Uncategorized

‘Saya t4kut besi’ – Pemilik kafe dakwa dikunjungi wanita seperti Zalina Azman dlm keadaan cem4s dan ket4kutan

BERITA kehilangan Zalina Azman seolah-olah mendapat petunjuk baharu apabila ada individu mendakwa melihat seorang wanita seperti bekas personaliti TV3 itu pada Ahad lalu.

Individu berkenaan menerusi Twitter miliknya iaitu Mosyuki Borhan mendakwa seorang wanita seperti Zalina muncul di kafe miliknya iaitu Dos Cafe di Seksyen 9 Shah Alam, Selangor kira-kira 1 petang dalam keadaan seperti cem4s dan menggigil ket4kutan.
“Ketika di kaunter hendak memesan makanan, dia toleh belakang, kanan dan kiri. Agak mencurigakan. Apabila saya tanya okay atau tidak, dia hanya mendiamkan diri.

“Pekerja yang lain memintanya duduk terlebih dahulu dan mengambil pesanan kemudian. Dia tidak banyak bercakap tapi apa yang keluar daripada mulutnya adalah ‘saya t4kut besi’.

“Bercakap dalam keadaan takut, macam ada benda yang berlaku,” katanya.
Berita kehilangan Zalina menggemp4rkan negara.

Mosyuki berkata, reaksi wanita itu mungkin disebabkan di dalam kedainya terdapat banyak besi.

Bercerita lanjut mengenai wanita itu, Mosyuki berkata, pada awalnya individu itu kelihatan takut untuk masuk ke dalam restoran dan dia berdiri lama di hadapan pintu.

Tidak pasti mengapa dia berkelakuan demikian namun wanita itu mungkin teragak-agak untuk masuk kerana tombol pintu diperbuat daripada besi.

“Masa nak keluar kedai, dia langgar sahaja pintu sebab tidak mahu pegang tombol. Saya kasihan melihatnya. Nampak macam kelaparan tapi dia terus berlalu pergi sebab dia macam insecure, takut dan rasa teranc4m.
Saya harap kalau yang datang itu Zalina Azman, semoga dia dijumpai, dia nampak sangat ketakutan.

“Kami pun ikut keluar kedai dan tengok arah mana dia pergi. Dia berjalan tanpa arah macam mencari sesuatu. Laju,” jelasnya.

Ketika itu kami cuma berharap dia selamat sahaja masa itu malah tidak sempat untuk menawarkan makanannya kepadanya.

Insiden yang melekat di minda Mosyuki itu membuatnya tersentak apabila pada malam Isnin mereka membaca laporan tentang kehilangan seorang bekas personaliti televisyen terkenal.

Mosyuki memberitahu dia menjadi tidak senang duduk dan rasa berdebar kerana teringatkan wanita yang datang ke kedai mereka.
Tidak berlengah, dia terus memaklumkan kejadian berkenaan kepada Ibu Pejabat Polis, Shah Alam.

Pemilik Twitter ini sudah memaklumkan mengenai kejadian kepada pihak polis.
“Sebab perwatakan, saiz tubuh badan dan warna kulit dia sama macam dalam laporan polis.

“Polis kata pemakaian dia sama macam masa dia hilang. Pakai jaket apa semua,” ujarnya.
Sementara itu, Mosyuki berkata, meskipun belum dipastikan wanita yang hadir ke restorannya itu adalah Zalina namun dia terpanggil untuk memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang ada kaitan dengan misteri kehilangannya.

“Pertama kali saya tengok orang takut besi. Saya bimbang wanita ini pernah kena culik ke atau diseksa ke sampai tr4uma dengan besi.
“Dia pegang duit macam itu sahaja, tiada dompet atau barangan lain. Kasut pun pakai tidak betul sebab tali tidak berikat,” katanya.
Personaliti TV yang juga Senator, Datuk Ras Adiba Radzi turut menjalankan misi mencari sahabatnya itu.

Mosyuki turut berharap pihak polis akan menyemak kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut bagi membantu misi pencarian Zalina.

“Saya harap kalau yang datang itu Zalina Azman, semoga dia dijumpai, dia nampak sangat ketakutan.

“Kalau pun itu bukan dia, harap wanita itu pun selamat,” katanya.

Berita kehilangan Zalina atau Zalina Shaharah Azman, 58, yang didedahkan polis Isnin menggemparkan apabila bekas personaliti TV3 itu gagal dijejaki sejak November tahun lalu.

Pelbagai spekulasi dibuat tentang kehilangan Zalina sehinggakan rakan baiknya, Senator Datuk Ras Adiba Radzi bertindak melakukan misi pencariannya bermula pada malam Selasa.

Zalina merupakan bekas penyampai berita TV3 dan mengendalikan rancangan Money Matters.

Beliau dikatakan tinggal di Seksyen 3, Shah Alam dan pernah menunaikan haji pada 2011.

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.