Hiburan

Tebang Pokok Pisang Pukul 3 Pagi, DSV T Ceritakan Apa Sebenanrya Yang Berlaku Kepada Cik B

Perkongsian usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menjadi perhatian apabila memuat naik video mendakwa kedai air boba milik anaknya iaitu Cik B disihir.

Menerusi video itu, Vida meluahkan rasa pelik apabila ada pelanggan mengadu tidak menemui kedai Boba Lova Cik B itu sedangkan ianya terletak berhampiran dengan kawasan jalan raya.

Kata Vida lagi, ada pelanggan kecewa apabila sampai ke lokasi berkenaan mengatakan kedai ditutup sedangkan ia dibuka setiap hari.

Jelasnya lagi, pada awalnya dia enggan percaya kedai tersebut telah disihir namun akhirnya percaya selepas berjumpa dengan seorang pengamal perubatan Islam.

“Saya nak cakap saya rasa tidak tercakap nak percaya atau tidak mahu percaya. Tapi saya nak beritahu sihir orang nampak kedai tutup, tak nampak kedai apabila saya pergi berubat, orang itu kata ada benda tergantung dekat pokok,” katanya.

Menerusi video dikongsikan, Vida turut menunjukkan beberapa batang pokok pisang berdekatan dengan kedai dan individu yang menghantar sihir meletakkan ‘barangan’ tersebut pada pokok berkenaan.

Kata Vida lagi, dia sendiri ke lokasi kedai tersebut pada jam 3 pagi untuk membuang pokok pisang berkenaan. Dalam pada itu, Vida berkata dia tahu siapa yang melakukan perbuatan khianat itu namun tidak mahu memperbesarkan hal itu.

“Inilah orang Melayu dengki, nak tengok saya jatuh. Orang yang sebelum ini tiba-tiba ramai menjadi kosong. Bukan orang tak mahu datang, tapi mereka kecewa cari kedai tak jumpa,” katanya.

Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau nama popularnya, Cik B merupakan anak kepada pengasas produk kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato Seri Vida (DSV).

Beliau menempa populariti kerana sering menghasilkan video-video kreatif hingga mengumpul peminat yang tersendiri di laman sosial Instagram miliknya, @cikb_havoc66.

Biodata Cik B

1. Nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen binti Mohd Amin.

2. Lebih mesra disapa dengan nama panggilannya, Cik B.

3. Lahir pada 19 Mei 2005. Kini berumur 15 tahun (2020).

4. Anak kepada pasangan Mohd Amin (bapa) dan Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (ibu).

5. Menggunakan media sosial Instagram atas nama @cikb_havoc66 yang sehingga kini sudah mencatatkan lebih 470,000 pengikut.

Fakta Menarik

Diminati ramai kerana perwatakan dan gaya hidupnya yang ‘sempoi’.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang peramah.

Suka mendengar muzik, menyanyi rap dan membuat magik.

Meminati bidang kreatif.

Penyokong kelab bola sepak, Real Madrid.

Gemar melayan para peminat di laman sosial.

Tidak gemar bersolek walaupun sering dipaksa ibu!

Menggalas peranan sebagai CEO seawal usia 14 tahun.

SUMBER MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.