Hiburan

Wahid Angkat Beto Sebagai Pahlawan Melayu. Kenali Lebih Dekat Siapa Beto Kusyairy

Sekalipun tidak memegang watak utama dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, lakonan aktor Beto Kusyairy disifatkan cukup cemerlang.

Karisma dan pesona watak Wahid, rakan kepada Mat Kilau lakonan Datuk Adi Putra bagaikan melengkapi perjalanan naskhah epik arahan Syamsul Yusof itu.

Lakonan, lantunan suara dan emosi Wahid bersatu dengan kemas. Hinggakan, lakonan Beto dianggap paling menyerlah berbanding pelakon lain.
Beto atau nama sebenarnya, NurKusyairy Zakuan Osman berkata, bukan mudah menghidupkan watak fiksyen dalam filem epik yang diinspirasi menerusi karekter pahlawan ulung.

“Saya bersyukur filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan menjadi perhatian. Sebagai pelakon, bukan nak kata bawa watak fiksyen tanggungjawabnya kurang. Ia sama sahaja, namun, ada sedikit kelegaan.

“Saya hanya menunaikan tanggungjawab diamanahkan. Namun, filem Mat Kilau berjaya menjadi naskhah filem epik Melayu pertama pecah panggung atas kerja berpasukan.

“Terima kasih menonton karya dengan penuh bersemangat dan lengkap berbusana Melayu,” katanya kepada BH Online.

Mengulas cabaran menghidupkan watak Wahid, Beto menyifatkan ketahanan fizikal dan stamina adalah keperluan hampir semua pelakon filem itu.

“Apabila membintangi filem aksi, cabaran lebih kepada sudut fizikal. Tempoh penggambaran juga mengambil masa lebih panjang.

“Kemampuan melakukan babak aksi, itu semua menjadi tuntutan utama.

“Saya bukannya masih muda lagi. Sudah sudah menjengah 40-an, namun, Alhamdulillah atas bantuan koreografi yang dihasilkan aktor Indonesia, Yayan Ruhian membuatkan tuntutan pengarah menjadi lancar,” katanya.

Dalam pada itu, Beto berkata, pengalaman bekerja dengan Syamsul cukup berharga.

“Syamsul boleh dikatakan seorang pengarah yang ‘gila’, semua perkara ingin dilakukan.

“Sejak awal menghasilkan skrip hingga kerja pengarahan dan membentuk pelakon, jiwa Syamsul begitu besar dalam menghasilkan karya ini.

“Saya kagum dan hormat dengan caranya bekerja. Syamsul sangat teliti dan mementingkan perincian.

“Saya tahu Syamsul amat serius dengan apa yang dilakukan. Ketika penggambaran kita boleh nampak hala tujunya.

“Ini termasuklah kerja pasukan produksi dan pelakon dalam satu unit,” katanya.

“Belum Tibanya Waktu Kami Bergelar Ayah Ibu, Serahkan Semua Kepada Allah” Beto Kusyairy

“Belum tibanya waktu kami bergelar ayah ibu, jadi serahkan semua kepada Allah” Beto Kusyairy. Tidak semua pasangan bernasib baik dalam mengharungi perjalanan sepanjang menjadi suami isteri.

Pasti ada hikmahnya jika sehingga kini pasangan yang mendirikan rumah tangga masih tidak mempunyai zuriat. Jangan lah bersedih, sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik.

Begitulah juga yang diharungi oleh pelakon yang melakonkan watak Wahid menerusi filem hebat Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Beto Kusyairy.

“Belum Tibanya Waktu Kami Bergelar Ayah Ibu, Serahkan Semua Kepada Allah”
Akuinya rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi hak dia dan isteri kesayangan, Tisha binti Shahar. Seperti mana yang dilaporkan menerusi Kosmo Online, Beto akui perancangan Allah adalah yang terbaik. Malah dia tidak menyalahkan takdir.

“14 TAHUN SAYA BERKAHWIN DAN MENJADI SUAMI, NAMUN REZEKI UNTUK MEMILIKI CAHAYA MATA MASIH BELUM JADI HAK KAMI.

“Namun tidak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki,” kata Beto.

Berusaha Dapatkan Zuriat, Dari Rawatan Islam, Moden & Tradisonal

Beto dan isteri juga sebenarnya sudah berusaha untuk mendapatkan zuriat. Malah pelbagai rawatan telah dilakukan namun rezeki tersebut belum kunjung tiba.

“Macam-macam cara saya dan isteri dah cuba dan berusaha. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani.

“TETAPI MUNGKIN MEMANG TUHAN DAH KATA MASIH BELUM TIBANYA LAGI WAKTU UNTUK KAMI BERGELAR AYAH DAN IBU, JADI KAMI SERAHKAN SEMUANYA KEPADA ALLAH.

“Saya juga sangat bersyukur kerana memiliki kedua-dua belah keluarga termasuk mentua yang cukup memahami dengan situasi kami.

“Mereka tidak memaksa, menekan atau sering mengajukan soalan sama berhubung anak,” sambungnya.

Sebelum Cari Kesalahan Isteri, Suami Tengok Dulu Diri Apa Yang Kurang

Filem Mat Kilau Berbeza

Bertuah kerana dapat membintangi filem epik, Mat Kilau Beto akui filem tersebut sangat berbeza dengan karya lain yang pernah dibintangi.

“Filem Mat Kilau jauh berbeza. Watak fiksyen yang saya cuba sampaikan tidak sama sekali dengan puluhan filem atau drama yang pernah saya jayakan sebelum ini.

“Saya mengharapkan filem ini akan membuatkan pembikin lain lebih bersemangat untuk menghasilkan filem epik yang lebih baik,” akhiri Beto.

Hingga kini, karya terbitan Studio Kembara itu sudah mencatat kutipan lebih RM23 juta selepas tujuh hari ditayangkan. Ia sekali gus menjadikan filem epik Melayu pecah panggung yang menenggelamkan filem barat termasuk Elvis dan Top Gun Maverick.

Selain Beto, Adi dan Yayan, filem yang ditayangkan sejak 23 Jun lalu menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Fattah Amin, Johan As’ari, Farah Ahmad, Ellie Suriaty, Zarina Zainoordin dan ramai lagi.

Berikut sedikit info mengenai Beto Kusyairy

Beliau kemudian mencapai kejayaan komersial menerusi beberapa filem terkenal termasuk KAMI The Movie (2008), Nur Kasih The Movie (2011), Istanbul Aku Datang! (2012), dan Gila Baby (2014). Selain itu, beliau telah membintangi beberapa drama TV termasuk Kekasihku Seru (2008), Juvana (2011), Jangan Ambil Padang Kami (2012), dan Hanya Padamu (2013).

Menerusi persembahannya dalam Gila Baby, Beto telah memenangi Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2015 dan Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2015.

Biodata Penuh Beto Kusyairy

Nama Penuh: Nurkusyairy Zakuan bin Osman

Nama Popular: Beto Kusyairy

Tarikh Lahir: 19 Februari 1980

Umur: 39 Tahun (2019)

Zodiak: Aquarius

Asal: Kuala Lumpur, Malaysia

Agama: Islam

Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Pendidikan: Diploma Perhotelan

Pusat pendidikan: Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Pasangan: Tisha Shahar (k. 2008)
Pekerjaan: Pelakon

Tahun Aktif: 2011 – kini

Latar Belakang dan Kerjaya Beto Kusyairy

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan memiliki kelulusan Diploma Perhotelan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[3] Dalam satu temuramah bersama Berita Harian, Beto bercakap mengenai asal-usul nama pentas beliau:

“Ketika terbabit dalam filem Syaitan, saya gunakan nama Kusyairy. Kebetulan Rosyam juga berlakon dalam filem itu, jadi apabila dia tengok saya hanya pakai nama Kusyairy, dia mencadangkan supaya saya gunakan dua nama sepertinya. Kata Rosyam, kebanyakan pelakon menggunakan dua nama, manakala satu nama pula selalunya digunakan oleh penyanyi.

“Kata-kata itu saya pegang. Saya pula malas hendak fikir panjang. Kebetulan, sewaktu di sekolah saya ada kumpulan. Dalam kumpulan itu, kami ada nama panggilan masing-masing. Nama kami diambil daripada sebuah drama Mexico yang berkisar mengenai persahabatan. Nama yang tinggal waktu itu hanyalah Beto, jadi teman rapat memanggil saya dengan nama itu. Jadi saya pun gunakan nama berkenaan sebagai nama cari makan.”.

Sahabat saya bernama Syed Khusairi adalah inspirasi Beto untuk menjadi pelakon terbaik dalam filem Instabul Aku Datang!

Kerjaya Beto Kusyairy

Walaupun tidak sepopular pelakon lelaki lain ketika itu, namun Beto selesa dengan keadaannya kini dan mengakui populariti bukanlah satu keutamaan baginya. Beto amat memilih watak dan jalan cerita dalam setiap drama atau filem yang ditawarkan kepadanya kerana baginya watak dan cerita yang dibawakannya itu perlulah berbentuk ilmiah serta memberi pengajaran dan memberi kesan kepada penonton.

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Beto terlebih dahulu membina nama sebagai maskot Along untuk siri televisyen pendidikan kanak-kanak, Along terbitan 59 Communications yang disiarkan di TV1 pada 2001, ia menjadi langkah awalnya untuk menceburi dunia seni hiburan negara.

Drama arahan Erma Fatima menjadi titik tolak permulaan Beto Kusyairy untuk serius berlakon, walaupun watak sampingan sebelum berlakon dalam filem Syaitan arahan Bade Hj. Azmi. Beliau bertuah kerana Kabir Bhatia memberi peluang untuk beliau berlakon dalam Kekasihku Seru dan Juvana.

Beliau menjadi pelakon utama bersama Syazwan Zulkifli, Izreen Azminda, Elfira Loy, Naim Daniel, Shera Aiyob dan Izzue Islam dalam siri drama Astro Ria Jangan Ambil Padang Kami yang mengisahkan perjuangan dan pengembaraan hidup 7 orang kanak-kanak untuk menyelamatkan sebuah padang bola di kawasan flat mereka daripada dibangunkan oleh peneroka.

Pada tahun 2012, beliau membintangi peranan utama dalam filem Istanbul Aku Datang! arahan Bernard Chauly terbitan Red Communications, yang mana beliau memegang watak sebagai Harris. Filem ini turut dibintangi oleh Tomok dan Lisa Surihani, dan ditayangkan pada 8 Disember 2012, dengan sebahagian penggambaran difilemkan di Istanbul, Turki.

Di samping itu, beliau telah berlakon dalam satu pementasan teater bersama Cristina Suzanne yang bertajuk Ramlee Festasi. Pementasan ini diadakan di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 hingga 16 Disember 2012 dan pada tahun 2013 teater itu dipentaskan sekali lagi.

Beliau muncul dalam telefilem Qadr arahan Faisal Ishak lakonan bersama Zahiril Adzim yang mengisahkan tentang peluang kedua yang diberikan oleh Tuhan kepada Hambanya selepas dilanda kesakitan. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di Astro First Eksklusif pada Februari 2014.

Pada 12 Jun 2014, Beto memegang watak sebagai Suffian, seorang penghantar pizza lepasan UiTM dalam filem drama komedi CEO arahan Razaisyam Rasyid, filem ini turut dibintangi oleh Cristina Suzanne dan Remy Ishak.[9] Kemalia Othman dari mStar Online berkata: “…Beto (Kusyairy) tidak mahu kalah dengan watak bersahajanya juga mampu membuatkan penonton tergelak dan menanti kemunculannya sehingga tamat”.

Beto memegang watak sebagai Rahim, seorang pemuzik jalanan dalam drama Rubberband yang disiarkan di slot Iris TV3. Ia turut dibintangi oleh Bil Azali dan Sara Ali.

Pada tahun 2016, beliau berlakon bersama Aiman Hakim Ridza dan pelakon Indonesia Tya Arifin dalam telefilem Bidadari arahan Osman Ali yang bersiaran di slot Karya 12 Astro Citra, di mana beliau memegang watak Nathuwi.

Kerjaya Beto di Singapura bermula pada tahun sama dengan membintang drama Kisah Tok Kadi yang bersiaran di MediaCorp Suria. Menerusi drama ini, beliau diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Malam Pesta Perdana 2017 sekali gus membuka ruang yang lebih besar di negara Kota Singa.

Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Beto menjayakan peranan utama dalam filem biopik sejarah Mat Kilau yang mengisahkan tentang perjuangan pahlawan Melayu terkenal, Mat Kilau. Biopik Mat Kilau turut dijayakan oleh Ady Putra, Fattah Amin, Johan As’ari, Farid Amirul, A. Galak, Yayan Ruhiyan, Nadiya Nisaa dan bintang baru, Ali Karimie.

Beto merupakan salah seorang pelakon yang menjayakan drama online KL Gangster: Underworld arahan bersama Syafiq Yusof dan Faisal Ishak termasuk Azhan Rani, Nabila Huda, Zahiril Adzim, Ezzaty Abdullah dan lain-lain lagi. KL Gangster: Underworld yang merupakan rendisi daripada trilogi KL Gangster karya Syamsul Yusof memulakan siaran di iflix pada 16 Ogos 2018; memegang watak sebagai Shah.

Kehidupan Peribadi Beto Kusyairy

Beto berkahwin dengan Tisha Shahar (jangan dikelirukan dengan Tisha Shamsir) pada 1 Februari 2008 dan sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata.

Beto ialah seorang yang pemalu dan juga bersahabat baik dengan Zahiril Adzim, Azhan Rani dan Fikhree Bakar. Beliau juga meminati sukan lasak seperti bungee, flying fox dan paraligding serta aktiviti permotoran.

Beliau bersama penumpang dan anak kapal Penerbangan 4 Penerbangan Malaysia berdepan detik cemas apabila pesawat yang dinaikinya hampir bertembung dengan pesawat Virgin Atlantic VS251 di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, pada 23 Oktober 2018. Menerusi kenyataan di akaun Twitter miliknya, beliau bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penerimaan Media Beto Kusyairy

Beto dianggap sebagai salah seorang pelakon yang berbakat di generasinya. Menurut pelakon veteran Wan Hanafi Su, Beto dan Shaheizy Sam ialah antara pelakon yang berjiwa besar dan berpotensi untuk menjadi legenda,

“Setiap kali ditanya soalan ini, ada beberapa nama yang saya akan sebut. Antaranya adalah Beto (Kusyairy) dan (Shaheizy) Sam. Kalau berlakon dengan mereka, keserasian itu datang dengan sangat pantas. Tak perlu ambil masa yang lama pun.”

Nama isteri: Tisha Shahar

Leave a Reply

Your email address will not be published.