Uncategorized

Wany Hasrita Umum Nikah Malam Ini. Ini Wajah Suami Dia. Memang Hensem

PETALING JAYA – Penyanyi Wany Hasrita menamatkan teka-teki apabila membuat pengumuman akan melangsungkan majlis pernikahannya malam ini dengan seorang jejaka bernama Al-Adib Fahmi.

Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya sekitar sejam lalu.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang Maha merancang setiap sesuatu di muka bumi ini. Saya dengan rasa rendah hati memohon doa kalian semua untuk saya menempuh kehidupan fasa baharu.

“Insya-Allah saya akan bernikah malam ini. Jadi pada kesempatan ini saya ingin memohon maaf andai saya pernah menyakiti hati, terlanjur kata atau mengecilkan hati anda semua.

“Maafkan kami dan doakan kami,” tulisnya beserta tanda pagar #adibwany.

Bagaimanapun, pelantun lagu Terlalu Memuja itu tidak berkongsi secara terperinci butiran tentang majlis pernikahannya dengan Adib.

Menerusi ruangan komen, Wany dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan-rakan artis apabila bakal mengakhiri zaman solonya.

“Tahniah sayang. Awak layak untuk bahagia. Semoga pernikahan awak dirahmati Allah SWT. Tahniah!” ujar penyanyi Amylea Azizan.

“Semoga yang terindah dan bahagia buat Wany Hasrita serta pasangan. Moga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT,” ujar penyanyi Shila Amzah.

Akhirnya inilah wajah sang arjuna yang berjaya mencuri hati Wany Hasrita

Berikut Sedikit Info Mengenai Wany Hasrita

Nama penuh: Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah

Tarikh lahir: 25 Disember 1992

Umur: 25 tahun

Tempat lahir: Hospital Besar Kuala Lumpur

Genre: Pop dan Balada

Pekerjaan: Penyanyi

Tahun aktif: 2016 sehingga kini

Syarikat rakaman: FMC Music

Single: Menahan Rindu (2016), Disana Cinta Disini Rindu (2017), Rintihan Rindu (2017) dan Ewah Ewah (2017)

Pencapaian: Menerima pencalonan bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 (ABPBH 3.0) bagi Penyanyi Wanita Popular dan Artis Baharu Wanita Popular

Media sosial: Instagram @wanyhasrita, Twitter @shazwanyhasrita dan Facebook @wanyhasritaa

Fakta menarik

1. Single pertamanya ialah Menahan Rindu dan lagu duet bersama Tajul (adik Achik Spin), iaitu Disana Cinta Disini Rindu. Single keduanya pula bertajuk Rintihan Rindu.

2. Berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan kini menetap di Shah Alam.

3. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Perubatan di MSU Shah Alam.

4. Jumlah tontonan di YouTube bagi lagu Menahan Rindu adalah hampir 30 juta dan lagu Disana Cinta Disini Rindu pula adalah 12 juta.

kredit: KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.