Entertainment

“Yang ini, aku terpaksa puji”-Joey BPR Terpegun Dengar Lelaki Ini ‘Cover’ Lagu Tiara Versi P Ramlee. Rupnya Dia Bukan Calang2 Penyanyi

Lagu legenda Tiara nyanyian kumpulan Kris satu ketika dahulu ketika ini menjadi fenomena kembali terutamanya di Indonesia selepas ia dipopularkan kembali oleh penyanyi muda Raffa Affar.

Ia dinyanyikan dalam versi baharu yang ternyata berbeza dengan versi yang sebenar. Penerimaaan Tiara versi Raffa Ammar juga berbeza kerana rata-rata peminat di Malaysia pastinya menyukai versi yang asal dan peminat di negara seberang sukakan versi Raffa Ammar.

Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan

Vokalis kumpulan BumiPutra Rockers (BPR), Joey semalam menerusi perkongsian di Facebook telah berkongsikan satu video Smule seorang lelaki bernama Radhi menyanyikan lagu Tiara ini dalam versi

Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Menurut Joey, beliau menyukai versi ini kerana ia unik dan kreatif.

“Tak semua cover tak bagus, tak semua cover merosakkan lagu. Kadang-kadang ada cover yang bagus, sedap dan kreatif. Yang ini, aku terpaksa puji. Suatu cover yang unik dan berkualiti. Betul-betul menggamit kenangan lama,” tulisnya. Perkongsian terbabit telah menerima lebih 3,400 perkongsian dan rata-rata memuji cover versi Radhi ini.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang memuji cover tersebut kerana lenggok nyanyian Radhi yang hampir sama dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Justeru itu mereka dapat membayangkan bagaimana jika lagu ini benar-benar wujud di tahun 1960an.

Sebelum ini, Dato hattan pernah memberi ‘peringatan’ kepada BBNU supaya tidak melebih-lebih dalam membuat cover sehingga hilang feel dan melodi asal sesuatu lagu.

“Nak rakam tu boleh tapi biar betul caranya. Ni kau rakam lembik-lembik, macam ular kena pukul pula. Belajar hormati lagu. BBNU ni rakam entah jadi apa bunyinya. Ditukarnya melodi, salah tu. Nak rakam, rakam elok-elok,” katanya.

Radhi persis P Ramlee

Penyertaan dalam pertandingan Bintang P Ramlee 10 tahun lalu menjadi titik tolak buat Muhammad Radhi Ab Rahmad untuk belajar cara melenggokkan suara agar mirip seniman legenda itu.

Bakat nyanyian Muhammad Radhi, 31, yang menetap di Taman Tembak Paya, Ayer Molek, di sini mendapat perhatian selepas satu video dimuat naik di TikTok @laguvideoradhi baru-baru ini, dikatakan menyamai P Ramlee.

Menurut Muhammad Radhi, dia sendiri tidak sangka videonya akan tular hingga meraih jutaan tontonan kerana perkongsian itu sekadar untuk hiburan semata-mata.

“Saya aktifkan akaun TikTok empat bulan lalu dan tak sangka video dimuat naik akan tular.

“Mulanya takut juga seandainya kena kecam dengan netizen, namun ramai sukakannya dan beri kata-kata positif.

“Alhamdulillah, jumlah pengikut saya juga bertambah daripada 1,000 dan kini mencecah 50,000,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Muhammad Radhi berkata, dia berguru dengan pemuzik untuk mendapatkan suara mirip P Ramlee dan keluarganya sangat meminati seniman itu, malah mempunyai koleksi DVD filemnya.

Cuma, Muhammad Radhi mengambil inisiatif untuk mengembangkan minat berkenaan ke peringkat lain yang menuntutnya menyanyi dan tampil persis P Ramlee.

“Kali pertama saya menyertai pertandingan Bintang P Ramlee adalah pada 2012 dan memenangi anugerah persembahan terbaik ketika itu.

“Pada 2014, saya bertanding lagi dalam pertandingan sama dan memenangi tempat kedua, kemudian merangkul gelaran juara serta persembahan terbaik,” katanya.

Pemuda itu berkata, gembira apabila ramai yang mengatakan suaranya kedengaran semula jadi sama dengan P Ramlee.

“Teruja juga sebenarnya apabila disamakan kerana Allahyarham hebat, saya ini pula siapa saja? Bagaimanapun, suara itu tidak dibuat-buat dan saya juga tak kata saya macam P Ramlee, namun ambil ia sebagai satu penghargaan,” katanya yang meminati lagu Hanya Dikau, Azizah dan Nak Dara Rindu.

Muhammad Radhi merancang untuk terus memartabatkan lagi lagu P Ramlee, dan berhasrat mencipta lagu yang melodinya seperti lagu seniman itu tetapi bernafas baharu.

Dia berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan dorongan terhadapnya dalam menggapai impian seiring idolanya.

Berikut pula Tiara versi Ahmad jais

kredit: https://www.thevocket.com/, hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.